I'm DOWN

on Monday, January 21, 2013




minggu genting assingment berlonggok sudah berlalu,
minggu study week juga telah dibazirkan sebaiknya,
minggu peperiksaan yang penuh tekanan berjaya diselesaikan.

masa-masa gentir, payah dan ketal,
tidak pernah akan kekal,
berlalunya saat kental, tinggallah manusia yang cekal.

tanpa semangat dan jiwa,
tak akan wujud ikhlas dan rela,
walaupun terpaksa,
ini jalan yang aku pilih untuk rasa,
tak perlu lari darinya,
jangan jadi seorang "loser"

untuk sedapkan hati,
aku bisikkan pada diri sendiri,
tempoh ini takkan kekal sampai mati,
ia akan berakhir jua nanti,
ini pilihan aku, cabarannya akan aku hadapi.

NURUL AIDA SYAMIMI BINTI DAUD,
anda pasti boleh!

**moral up please?

TENTANG DIA

on Sunday, January 6, 2013





agak lama aku tinggalkan kolej tercinta,
untuk menuntut ilmu dunia,
agar aku dapat teruskan tahun dua seperti biasa.
pulangnya aku, dapat dengar banyak cerita.
wataknya mungkin berbeza, tapi masih cerita yang sama.

aku tak tahu nak klasifikasikan cerita apa,
nak labelkan ini kes ego atau berpura-pura?

dia pada situasi berbeza,
dia bukan orang yang sama,
tapi, dia buat apa itu hampir serupa,
dia rasakan benda yang sama.

sengaja atau tidak,dia sakitkan seseorang
walaupun ada rasa bersalah, dia buat-buat tak endah,
kononnya hidupnya tidak terkesan,
tapi sebenarnya hati dia tak tenang.

sampai sini, ada dua cabang cerita,
kalau masih suci hatinya,
dia akan akhirkan cerita ini dengan ucapan maaf.
kalau ego menguasai diri,
dia akan terus-menerus menyakiti,
dia akan terus-menerus  menindas,
hati dia takkan puas,
namun,perbuatan dia tak perlu dibalas,
dia sendiri tidak akan tenang sampai dia insaf.

aku sangat percaya,
bila kita sakitkan hati seseorang,
sebenarnya, kita akan rasa tiga kali lebih sakit hati.
sebab itu pentingnya sucikan hati.
pesanan ini aku terima dari sahabat bernama salimi.

aku pernah jumpa beberapa manusia seperti dia,
aku tahu wujudnya manusia seperti dia,
tak aku tak sangka dia ini ada dimerata-mata,
ramai bercerita tentang dia.

p/s: petua hidup tenang,
     hati kena senang.


2013 buat MEREKA




6 JANUARI 2013

hampir seminggu bernafas ditahun 2013,
tak rasa apa beza dengan tahun lepas,


aku cuma ucap selamat tahun baru kepada beberapa orang saja,
dua orang sahabat yg ada depan mata saat detik tahun baru tiba,
dengan mereka,aku banyak kongsi suka duka
selama kami bersama,

seorang lagi, kawan di IM chat FB
 sebab dia buat tahun lepas aku banyak cerita,
cerita bukan cerita suka saja,
 cerita duka dan bala pun banyak juga,
dia sendiri tak tahu dia pernah buat aku suka gembira,
dan aku tak pasti kalau dia tahu dia banyak beri aku bala
yang pasti aku tak pernah cerita pada dia itu semua.

cuma mereka bertiga sahaja 
sebab aku berharap agar tahun ini lebih bermakna buat mereka,
aku berharap agar tahun ini akan buat mereka lebih bahagia,
aku berharap agar tahun ini mereka gembira dan sejahtera,
semoga ceria sentiasa walaupun bukan aku sebabnya,
dimana, dengan siapa, bila masa,
aku tetap doakan kalian baik-baik saja.

walaupun cuma sekadar ucapan SELAMAT TAHUN BARU,
aku betul-betul maksudkannya,
sebab itu aku tak ucap kepada sembarangan orang saja.  :)




p/s:  maaf, tiada ucapan selamat tahun baru buat semua.
dan aku sentiasa doakan keluarga aku bahagia setiap masa.