Setan

on Thursday, October 8, 2015

Setan,
Seram, Tak tenang.
Mata liar perhati persekitaran.
Konon kalau ternampak sosok yang asyik memerhatikan.
Tapi tidak dikurniakan kelebihan.
Cuma mampu tak tenang sorang-sorang.

Rupa-rupanya,
Sampai tahun depan perati sekitar pun takkan nampak Setan,
 sebab Setan dalam badan,

Kau la Setan.

Jodoh bukan Bodoh

on Monday, October 5, 2015
Jodoh yang baik,
Dekatkan kau dengan tuhan,
Bukan bawa kau menyimpang dari kebenaran.

Jodoh yang baik,
Menjaga engkau dari anasir negetif,
Bukan tangan meraba, mulut menutur kata-kata manis.

Jodoh yang baik,
Tak buat kau jadi bodoh.
Sebab dia adalah Jodoh, bukan Bodoh.



p/s: Ya Allah, Please guide me to the truth.

HAPPY BIRTHDAY BAD BOY.

on Saturday, August 29, 2015

\

It's your birthday,
But you are the one that wish me on 12.00am.

I can't promise anything,
I can't promise you forever.
I can't promise you happiness.

I'm honestly pray the best for you,
May you get the best in life.
Although it's not me.

All the best bad boy.

P/s: Al-fatihah is my birthday gift for you.
*I know will never read this. 3:)


Biasa

on Monday, June 1, 2015

Ada satu masa,
Kita biasa luang masa bersama,
Lama-lama,
Jadi terbiasa.

Sampai satu masa,
Biasa dah jadi tak biasa,
Mungkin dah bosan gamaknya,
Atau kau ada yang lain yang lebih jelita?
Pujuk hati, aku anggap kau banyak kerja.
Lama-lama,
Tak biasa dah jadi biasa.

Cuma nak kata,
Kau jangan datang semula,
Sebab aku dah biasa kau tak ada.





Let it go

on Monday, April 6, 2015

pergilah ke mana saja kau mahu,
jumpalah siapa saja kau mahu bertemu,
buatlah apa saja asal kau gembira.

kerana aku percaya,
kalau sayangkan manusia,
lepaskan dia.

andai dia tak kemana,
andai dia kembali semula,
dia akan tinggal dengan hati rela,
dan dengan harapan, dia akan setia.

makin lama makin sedar,
tak perlu kaya,
tak perlu berupa,
cukup sekadar setia.




Janji Kerak Nasi

on Wednesday, April 1, 2015


hati yang cuma sekeras kerak nasi,
kau jirus dengan janji manis setiap hari.

hari-hari,
lembut juga nanti.
malangnya, janji kau bukan janji pasti.

jadi,
aku cuma minta kau berhenti.

aku tak perlukan janji,
cuma percaya pada bukti.


Leting

on Monday, March 30, 2015

senyum,
gaya,
cara,
ayat,

manis.

bagaimana manisan melekat di tekak,
sebegitulah semua kemanisan kau melekat di otak

bagaimana diwar-warkan bahana manis untuk manusia,
sebegitulah juga aku war-warkan pada jiwa.

kau terlalu manis untuk aku,
sebagaimana kau terlalu baik untuk aku.


p/s: tekak aku suka tawar,
mungkin bila aku lebih manis,
kau akan jadi tawar.


*" leting" is redundant word for sweet in Tranung dialect
Normal use : "manis leting" = too sweet

Divergent

on Monday, March 16, 2015


This is not a movie review entry.
This is not the latest movie in cinema.

I just watched this last night.
And remind me to my first year life.

Not because I was as great as trice,
Neither handsome senior fall in love with me.
Nor having good friends as support system
Everything was vice versa.

Just make friend with senior,
and got lots of trouble.
and no one helps,
nor understood the situation.

Tris is such a lucky recruit.
My first year will be wonderful if there was Four .


p/s;  Although it wasn't a good memory,
It was a good lesson for entire life.
I learnt a lot.
Even hate remembering those. 

p.p.s: still working on my backpacking entry.

Dream

on Thursday, March 12, 2015

Are you going anywhere?
I think, you got lost on the way to anywhere.
Because you were in my dream last night.

Seperti biasa,
Sebagaimana kelirunya aku untuk labelkan siapa kau,
Begitu juga kelirunya aku untuk labelkan mimpi semalam.

Kau indah,
tapi keadaan kau menyayat hati.

Tak perlu rasanya aku tanya khabar kau lagi,
Cukuplah aku doa dari sini,
Agar kau sentiasa sihat, murah rezeki, senang hati,

Semoga kau kekal indah,
Semoga kehidupan kau juga indah,


p/s:  it has been really long time since you had been forgotten.

Deting

on Sunday, February 1, 2015


Sambungan kisah ke Kuching itu hari.
Niat dihati taknak bagitau pun buddies di kenanga.
Ye la. Masing-masing busy ngn annual camp.
Lagipun bulan 2 nak g travel kang.
Biar la rindu lebih sikit baru jumpa.

Tetapi,
Itu tidak berlaku.


Malam sebelum fly, 
CikDa call mintak amek teksi ke Padawan,
Takde org nak fetch kiteorg di airport.
Cik Da masih berpantang, Ayah Da dah ke offshore,
Pak Mbah pegi hantar Mak Mbah dialysis.

Lepas je letak call Cik Da,
Duk berkira-kira nak inform depa ke tak.
Tengah-tengah duk susun ayat dalam kepala,
Dapat call dari Shah
Memang sangat kena pada masa.
Dan takdir dah menentukan, 
Tak boleh rahsiakan dari mereka.

Maka, bermulalah komplot.
Seems Shah takleh drive,
Kenalah jebakkan Hajar sekali.
And even Shah boleh drive pun,
Kena drag jugak Hajar g airport. haha

Kisahnya scandal Hajar nak datang Kuching,
Malangnya, yang datang tu gua.
Lebih malang lagi,
gua tak record moment hajar terkejut  bila nampak gua.
Sumpah lawak.Kalau gua record moment tu,
mmg jadi bahan membahan paling laris abad ini.
Thanks Shah jadi crime partner paling mantop.
Lepas ni boleh komplot lagi.

So, alang-alang dah jumpa,
Dan kiteorg kelaparan serta kerinduan mee kolok,
Pegi la breakfast dulu sambil sembang gosip of kos.

Then, barulah gua sampai ke Padawan.
Duk sambung sembang sampai gua rasa nak ikut korang balik sekali.
Ni sebab malas jumpa tau. Kecewa, takleh lepas rindu puas-puas.

Second day: lepas tengok sunset santubong,
We were having dinner date kat tempat paling legend -warong 2000.
Disebabkan masa gosip-gosip semalam tu
Banyak benda depa cerita benda gua kena try kat summer.

So, g cekedout dulu benda-benda baru kat summer.
Must try katanya. Potato ape tah baru bukak.
Sedap, pandai hajar pilih flavour.
Then lepak warong sebab boleh duduk sampai pagi.
Roberto pun ada, tapi taknak masuk gambar.
Dan memandangkan rindu tahap langit ke tujuh,
Hari keempat, lepas turun serapi,
terus pick up depa untuk steamboat.. yeahh.
Tiba-tiba.... jengjengjeng.
Otw ke Samarahan, dapat call dari Cik Da pesan dinner kat rumah.
Dilemma habis time tu. Rasa mcm nk belah badan jadi dua.
Selepas perbincangan lanjut, bersama ayong and kakak.
We got plan A,B and C.

Seems dah otw ke Samarahan,
proceed je la amek buddies and rush back to Padawan
sebab Cik Da nada kecewa gilerr bila cakap tak dapat dinner kat rumah.
Rush tak rush ,sejam jugak la pending kat kenanga
dengan peluh hiking and belum solat lagi.

Pick up je depa, terus balik mandi.
Siap mandi, nampak depa duk menjamu atas meja.
Thanks guys jaga hati Cik Da ngn Mak Mbah.
And, keluarlah kami bersteamboat.
Malangnya, kakak and ayong tak dapat ikut.


They decided to stay home habiskan makanan.
Thank you girls, gua hargai giler pengorbanan korang.
Padahal kiteorg simpan perut dari pagi demi steamboat.
Hiking pun perut berbunyi. Steamboat buat moral up.
And yet, they choose to sacrifices their tummy for all person feeling.
Win-win situation. Makan rumah dapat, steamboat pun dapat.
Nanti gua belanja uolls float ngn wafer A&W ye.

Seems malam tu balik lambat,
Hajar temankan gua balik Padawan,
And she spend overnight there.

Keesokkan harinya, food hunting with hajar sampai malam.
Then, hantar balik kenanga sebab esok dah kerja.
Shah dah masuk hutan time tu.
Kakok pun kerja time tu.
Dah tak dapat jumpa.

Tapi takpe. In few days ahead, 
Kita akan spend time together.
Then, korang konvo pulak baru kite jumpa ye.



p/s: aku malas jumpa korang
sebab nanti rindu meroyan lagi teruk.
Contohnya, macam sekarang.

Girls Vacation: Kuching, Sarawak.

on Saturday, January 31, 2015


Misi utama kunjungan kali ni adalah demi baby yusuf.
Dari dulu-dulu lagi satu family dah plan melawat baby baru
sekaligus tolong-tolong ayah da pindah rumah baru.
Baby yang mula-mula plan due bulan 12 dianjakkan ke bulan 1.
Memandangkan bulan satu semua dah start busy,
Kami-kami je la yang free jadi wakil orang kemaman melawat baby.
Dan memandangkan rumah baru tak siap renovate lagi,
Aktiviti pindah memindah dikeluarkan dari agenda.


Alang-alang dah sampai Kuching, 
Wajiblah berjalan-jalan makan angin jugak.
Walaupun, masing-masing dah pernah datang kuching, 
excited nak explore tu tetap ada.
Maybe sebab ni first time vacation tanpa parents masing-masing.
Yuhuuuuu. Oppss.

Dah,takyah muqaddimah panjang-panjang,
 cekedout je gambar.

Perjalanan dari terengganu dengan bas. Hingga sampai di KIA.
Paling memorable, bila ayong lambat tunggu bas.
 Bas scheduled pukul 11.45a.m dari kertih, dan 12p.m dari kemaman.
Gua dan kakak naik bas dari kertih, and ayong dari kemaman.
Bas lambat dalam 45 min, and ayong lagi lambat dari bas.
Mau berangin pakcik bas bila gua suruh tunggu kejap.
Sebab lambat, umi suruh deliver spaghetti dulu baru pegi stesen.
Aduyaiiii. Btw, kalau berminat nak beli spaghetti, pm gua.

Meet Muhammad Yusuf Harith b. Mohd Mazuni.
Muka copy paste ayah da.
Kalau cek turnitin ni mau kena plagiat 100%



Second day: ke santubong lah kite.
Sempat Zohor di Masjid Negeri Sarawak, Petra Jaya.
Haaa, aku tau ini masjid negeri pun sebab buat fyp kat sini.
Selama ni ingatkan masjid pink kat Kuching tu dah masjid negeri.
Dah sampai sini, rindu gerlpreng gorjes.
Time g picnic dolu-dolu, otw balik unimas, singgah sini solat dulu.
Parking kete di tempat yang sama, buat gua mengimbau memori lalu.
Makan nasi lemak homemade dulu sebelum gerak balik.
Ohh, rindu betul zaman tu.

Otw ke Santubong, ade port cantik nak bergambar
dekat ngn kaki bukit puteri . Singgah kejap.



Pertandingan lompat paling ayu.
Tunggu sunset
Acah - acah romantik habis.
Honeymoon kang kena buat aktiviti camni jugok.
Malam tu, shoot ke Samarahan untuk dinner date.

Third day: Food hunting



Aiskrim gula apong dan Yukimi's Sushi.
Yukimi's Sushi ni gua pernah cerita dulu.
Nak tau lebih lanjut, klik sini.
Aiskrim gula apong ni legend baqang.
Nanti gua cerita lanjut dalam entry lain bila rajin.
I taknak janji tau. Sbb I ni bukan jenis rajin.
Ok, proceed.


The next day! Hari ke-empat:

Tasik Biru, Bau.


Niat di hati nak shopping di serikin, malangnya jalan banjir teruk.
End up, jalan-jalan area bau je.
Ke gua ibadat dan gua angin.




Nah, kerja gila. Gua paksa budak-budak ni panjat gunung serapi.
Sorry girls seksa uolls.
Dah sampai serawak, kena la merasa.
Ni gunung paling senang tau.


Fifth day: Family outing.


Bawak budak-budak cari Muqaddam.
 Aiskrim again sebab sedap sangat.
Spend evening di Padang Merdeka.
Maghrib di Kompleks Islam sampai bersushi as
Nuriy request Sushi telur ketam tu. Fav dia.
Then, isi perut di RJ Ayam Bakar, Kuching.

Hari Keenam, last day.


Ke dobi ekpress, settlekan semua baju.
Cari kek area sana sebab waterfront takleh seberang.
Melawat UNIMAS ku gemilang.
Cari travel tshirt, some souvenir,
And ke airport.
Sampai KLIA2, amek bas ke TBS.
Sambil-sambil tunggu bas jam 10.30pm,
Urut-urut dulu urat tegang naik gunung.
Sampai TBS, tiket malam ke kemaman dah habis.
So, merempat dulu sana sementara tunggu bas esok hari.

Berakhirlah tujuh hari perjalanan.
Rasa macam sekejap sangat.
Balik rumah, terus rindu nuriy and ina.

p/s:
ada part yang gua tak cerita dalam ni.
Nanti buat entry asing untuk uolls.









Terpesona

on Sunday, January 11, 2015




p/s: Lirik dan kisah lagu
tiada kena mengena dengan kisah benar
empunya laman sesawang biru kehijauan. :)





Melayu

on Saturday, January 10, 2015

Melayu itu layu.
Melayu mudah lupa.
Melayu miskin.

Aku melayu. Namun,
Kata lah apa saja, Label lah apa saja pasal Melayu,
Aku setuju. Aku mengaku. Aku juga begitu.
Itulah aku kerana Aku juga melayu.

Tapi ingat selalu.

Islam itu kaya.
Islam itu bersaudara.
Islam itu maju.

Kalau malu jadi Melayu,
Hiduplah sebagai Islam.

Islam yang maju, Islam yang kaya.
Supaya jadi yang memberi, bukan yang meminta.
Biar mampu bantu sesama saudara.
Supaya nasib kita terbela.


p/s; Yakin Kelantan akan kembali bangkit


Obsess

on Friday, January 9, 2015


Manusia tu tak ada yang sempurna,
Pasti ada kurang di mana-mana.

Yang baik kita ambil jadi amalan.
Yang buruk jangan kita nafikan.


Tegur. Betulkan.


Yang buta itu bukan cinta atau suka,
Yang buta itu nafsu.

duaribu empatbelas

on Thursday, January 8, 2015

2014
tahun yang sangat panjang perjalanan,
Tahun yang paling sedap untuk dikenang.

Sedap.
Bukan bererti manis.
Sedap bila semua rasa seimbang.
Ada manis, ada pahit, ada masin,ada masam
Ada panas, Ada sejuk.

2014 jadi tahun sum up
untuk 3tahun pernafasan di Sarawak.
Walaupun 2011, 2012, 2013 juga terlibat,
2014 paling diingat sebab ia adalah pengakhiran.
Tauliah.
Graduasi.
Mixed feeling
Tak ada exact word dapat desciribe perasaan tu.


2014 ajar aku dua perkara.
Pertama rindu.
Kedua dunia.

Aku mula rindu banyak perkara.
Suasana, aktiviti, perasaan, bau, manusia.
Banyak kalau nak senaraikan semua.

Dunia.

Aku sedar.
Nak hidup kena ada matlamat dan impian.
Ada wawasan, ada perancangan,
Takkan tergelincir landasan.
Silap jalan tak apa, masih berjalan.
jangan berhenti berjalan,
lebih lagi kau manusa sempurna anggota badan.

Dan dunia itu sementara.
Bila-bila masa kita akan dipanggil mengadapnya.
Sediakan bekalan sebelum dijemput tuhan.

Aku dapat ramai kawan,
namun belum tentu mereka akan ada bila diperlukan
Aku juga hilang ramai kenalan,,
Ada yang pergi mengadap tuhan,
Ada yang hilang tak dapat dikesan,
Ada juga aku sengaja renggangkan,
dan mereka sendiri yang melangkah hilang.

Untuk semua watak yang pernah jadi sebahagian dari cerita,
Aku takkan lupakan kalian semua.
Untuk semua kesalahan aku pada korang,
Maaf, semoga korang tak ulang silap aku pada manusia lain.
Untuk semua kesalahan korang lakukan, terima kasih.
Aku belajar dari kalian semua.


p/s:
paling penting untuk jaga tutur kata,
bimbang dalam tak sedar ada yang terluka.








SALAM MAULIDUL RASUL

on Monday, January 5, 2015






Salam Maulidul Rasul
Salam Tahun Baru.


Semoga semuanya lebih baik dari tahun sebelumnya.

Dunia cuma sementara,
Semoga kita semua istiqamah mencari bekalan ke sana.
In Sha Allah.

Andai aku tiada disyurga,
Carilah aku di neraka,
Tariklah aku ke syurga bersama kalian.