Aku jumpa,
Ada yang kerja untuk
keluarga.
Belum berumahtangga
tapi sara kakak dan adik di india sana.
Sekarang dia
akauntan, dulu dia buat macam-macam kerja.
Macam-macam sampai
tak terkira katanya.
Sambil-sambil kerja,
dia sambung belajar, dan berhijrah.
Alhamdulillah, nasib
dia dah berubah.
Tapi dia tak berapa
gembira,
Bulan 11, bakal
terbang ke UK,
Dapat tawaran kerja
di sana.
Aku jumpa,
Lulusan master.
Enam bulan menganggur
selepas kerja terakhir,
Selepas ada master,
dia buat beberapa kerja.
Tapi semua dalam
setahun dua saja.
Ada yang dia tak mahu
teruskan sebab bayaran tak seberapa,
Ada yang tak mahu
sambungkan kontrak dia.
Bila simpanan dah tak
ada,
Hutang kad kredit dah
cecah limit.
Dia buat ape saja
kerja.
Dia dah cukup gembira
berbanding tak da buat apa.
Aku jumpa,
Full timers.
Ada yang dah berumah
tangga,
Ada yang masih
single.
Ada yang tgh pjj
sambung Phd juga.
Minggu lepas, 6 orang
assistant manager resign,
Bayaran tak seberapa
alasan mereka,
Tapi yang masih ada,
Kebanyakkan gembira
dengan bayaran yang diterima,
Kata mereka, kerja
tak la se”tough” mana.
Ye. Gaji mereka
berbeza.
Job specification
juga tak sama.
Yang aku tahu, budak
Phd tu,
RM 2500 basic dia,
tak masuk imbuhan apa-apa.
Sebulan dia boleh
dapat RM 3+++ juga katanya.
Hari-hari dia datang kerja
dgn ceria.
Aku jumpa,
Part timers.
Ada budak lepasan
SPM,
Ada budak lepasan
STPM,
Ada budak kolej
swasta berdekatan,
Ada dah ada kerjaya,
tapi ada masa datang
buat kerja sambilan juga,
Mungkin sbb nk luang
masa lapang dgn kawan-kawan sambil jana kewangan.
Kebanyakkan mereka
gembira.
Mungkin sebab ini
pilihan mereka.
Aku juga jumpa,
Budak intern.
Dari macam-macam
institusi.
Bayaran semua sama.
Kerja berbeza, ikut
department mana.
Ada yang gembira, ada
yang tak rela,
Ada juga yang cabut
lari lepas sehari mula,
Intern kena kerah mcm
buruh paksa,
Ambil kesempatan
mentang-mentang bayaran tak seberapa,
Tapi kebajikan intern
paling terjaga.
Cuti, Waktu kerja,
semua dijaga.
Mereka yang aku
jumpa,
Buat aku terfikir
manusia kerja untuk apa?
Ye duit, untuk terus
hidup.
Berbaloi ke dapat
gaji lumayan, tapi kerja jiwa tak layan?
Atau lebih berbaloi
kerja jiwa boleh layan tapi bayaran tak lumayan?
Aku rasa ,
tak mewah takpe,
yang penting kita
gembira,
makan cukup saja,
ada masa layan jiwa,
ada masa beramah
mersa dengan keluarga, jiran tetangga,
ada “life” orang
kata.
p/s: hidup untuk
dinikmati,
bukan untuk jadi
hamba abdi.
Hidup itu sendiri pun
tak abadi.