Let it go
pergilah ke mana saja kau mahu,
jumpalah siapa saja kau mahu bertemu,
buatlah apa saja asal kau gembira.
kerana aku percaya,
kalau sayangkan manusia,
lepaskan dia.
andai dia tak kemana,
andai dia kembali semula,
dia akan tinggal dengan hati rela,
dan dengan harapan, dia akan setia.
makin lama makin sedar,
tak perlu kaya,
tak perlu berupa,
cukup sekadar setia.
Janji Kerak Nasi
hati yang cuma sekeras kerak nasi,
kau jirus dengan janji manis setiap hari.
hari-hari,
lembut juga nanti.
malangnya, janji kau bukan janji pasti.
jadi,
aku cuma minta kau berhenti.
aku tak perlukan janji,
cuma percaya pada bukti.
Subscribe to:
Posts (Atom)