B atau H dan O.D.O.H

on Tuesday, November 13, 2012





Bodoh,Hodoh
Aku kata kau bodoh,kau kata aku hodoh,
Tapi kau punya bodoh bukan bodoh biasa,
Kau bodoh tahap keajaiban dua kelima,

Aku rasa,
Lebih baik hodoh daripada bodoh,
Hodoh rupa itu bergantung pada insan yang menilai,
Menilai dari hati suci atau hati yang dikuasai hasad dengki,
Namun, ingatlah ciptaan tuhan tidak boleh dimaki,
Kejadian tuhan harus dihormati,
Walaupun ia seekor babi,

Aku juga rasa,
Bodoh itu semua orang boleh nampak,
Dari cara kau bercakap dan bertindak,
Kau bodoh, tapi kau berlagak bijak,
Sampai bila-bila bodoh kau takkan berganjak,
Teguran aku untuk buat kau nampak bijak,
Tapi kau taknak terima, malah kau siap boleh gelak,

Aku pasti,Bodoh kau bukan bodoh abadi, 
Masih boleh dirawat lagi,
Hanya perlu sucikan hati,
Ambil teguran untuk perbaiki diri.
Bukan orang yg menegur kau maki,










TAHU TAK & TAK TAHU

on Monday, November 12, 2012



Tak tahu,
Frasa yang mungkin kau tak tahu,
Ataupun kau malu nak mengaku,
Mungkin kau anggap dungu bila ucap tak tahu.

Sebenarnya,
Frasa itulah yang kau perlu ucap,
Bila kau memang tak tahu nak buat,
Bukan beriya-iya dakwa kau tahu semua,
Bila ditanya, diam seribu bahasa.

ada benda kita boleh agak bagaimana nak buat melalui dia punya rasa,
Dan ada juga benda perlu ikut prosedur, baru dapat rasa sebenar dia,

Ada cerita kau boleh agak endingnya bila kau tau separuh jalan cerita,
Dan ada juga cerita endingnya tak sama seperti kau jangka,

Sesekali, kau mungkin nampak hebat bila jangkaan kau kena,
Namun, selalunya kau nampak bodoh bila hanya jangka kau cuma pakai teka.

Jadi tak perlu berlagak macam kau tahu semua.
Semua kau boleh jangka, semua kau boleh handle.
Kau juga manusia, bukan google bukan dewa.


p/s: Tak salah mencuba, tapi ada caranya.
        Bukan berlagak macam kau tahu semua








KENCANG

on Thursday, November 8, 2012
sembang,
sekencang manapun kau sembang,
kalau hanya berani sembang belakang,
hanya kencang depan kawan-kawan,
takkan ada siapa goyang,

silap hari bulan,
kawan-kawan pun boleh bengang,
boleh naik bosan,sembang punyalah gebang,
tapi satu pun tak mampu buktikan.

segala yang kau gebang, kami dengarkan saja,
walaupun diam, tak bermakna kami percaya,
kerana apa yang kau buat,  langsung tak serupa seperti yang kau cerita.
kami pilih percaya apa yang kami nampak dengan mata,
bukan percaya bulat-bulat cerita yang kau reka.

mungkin aku patut cakap ni semua depan muka,
tapi aku kenal, kau bukan jenis dengar kata,
kau lah manusia yang betul belaka.
orang lain semuanya celaka


p/s:  tak perlu nak nampak pandai serba serbi,
       yang penting tak nampak bodoh abadi.







KOMUNIKASI

on Tuesday, November 6, 2012


komunikasi,
itu term yang kau perlu fahami,
kerana kita bukan seorang diri,di dunia ini.

jika ada tak puas hati,
jalan terbaik untuk mengubati ialah komunikasi.
jika ada salah faham,
jalan terbaik untuk meleraikan juga komunikasi.
jika ada ketegangan,
komunikasi juga jalan terbaik untuk menenangkan .

persepsi kau terhadap komunikasi,
mungkin itu yang perlu kau baiki,
bukan semua komunikasi membawa kepada pergaduhan,
semuanya bergantung kepada cara kau mulakan.

bergantung juga pada kau punya cara percakapan.
tak guna berkepul-kepul kau gebang belakang,
kau mungkin rasa kau hebat dapat mencarut berbalang-balang,
tapi kau perlu tahu apa yang kami fikirkan,

P/S:  budak-budak komunikasi FSS UNIMAS sangat style bila sembang,
maklumlah semuanya bakal wartawan.





TEGUR-MENEGUR AMALAN MULIA

on Monday, November 5, 2012

Bila ditegur, dia tarik muka,
Kalau tak tegur, dia buat tak reti bahasa,
Aku patut percaya apa yang teman dia cerita dari mula,
Tapi aku rasa tak adil kalau percaya macam tu saja,
Jadi aku pilih untuk kenal dia dan ketepikan semua cerita.

Layanan baik buat dia jadi selesa,
Dia mula main pijak kepala,
Mungkin dia anak orang kaya,
Ada orang buatkan semua kerja.

Namun,
Kali ini, kita hidup bersama,
Aku tak paksa kau ikut aku punya cara,
Aku cuma minta kita semua selesa.