PELIK

on Tuesday, August 13, 2013


dari kecik, aku dah biasa dianggap pelik,
tulisan aku tak cantik,
pegang pisau, gunting, pen terbalik,

kidal,
aku tahu itu masa tadika,
cikgu pernah tegur cara aku pegang pensil tak kena,
selalu juga dia tegur sebenarnya,
tapi aku tak boleh buat apa-apa,
memang itu cara yang aku selesa,
budak kelas pandang aku macam aku ni raksaksa.
ma terangkan aku, aku kidal sebenarnya

sekolah rendah,
ada budak sekelas juga macam aku,
dia lelaki, anak cikgu,
orang anggap kami istimewa,
ma aku juga mengajar sekolah yang sama,
mungkin sebab itu persepsi mereka berbeza.

tapi aku tak rasa itu istimewa,
mungkin ya bagi budak lelaki tu, (aku lupa nama dia)
sebab dia ada bakat istimewa,
lukisan dia semua macam bernyawa,
waktu itu, kami baru 6tahun sebenarnya.

7 tahun, aku dah tak bersekolah kat sana,
kembali ke darjah satu buat kali ke 2.
ma tak mengajar di sekolah yang sana,
aku tak lagi dapat layanan istimewa,
tapi sekolah ni semua baik-baik saja,
tapi kerja aku tak sekemas mereka,
comot, tak ada rupa perempuan punya kerja.

darjah- darjah seterusnya,
aku tetap yang pelik dalam kelas yang aku berada,
perempuan kidal, kerja cincai,
ada beberapa cclassmate yang kidal juga,
tapi mereka lelaki,
tulisan comot tak siapa peduli.
aku, selalu kena perli,
kenapa kerja macam lelaki?

masa darjah 5,
aku tak keluar rehat sebab ada kerja,
tengah mengunting,
seorang kawan baru balik dari kantin,
panggil aku dan aku terus berpaling.

"haa, kan betul aku cakap tu mimi",
aku tak faham cerita dan tanya kenapa,
dia cakap, dari jauh dia dah boleh cam yang aku yang tengah buat kerja,
aku tanya macam mana?
dia kata cara aku pegang gunting berbeza.
seingat aku tu kali pertama ada orang anggap itu kelebihan sebenarnya.

sekolah menengah,
aku ada beberapa kawan kidal,
masing-masing pelukis yang handal,
cuma aku tak ada apa yang aku pandai.

tingkatan 2, tulisan aku mula cantik,
tak ada lagi comot sebab dakwat aku seret.

makin lama, orang dah biasa,
minah kidal dalam kelas mereka.
aku pun dah lali mereka nak kata apa.

habis SPM, aku kerja,
jadi customer service di syarikat swasta,
kerja aku menulis untuk pelanggan,
disitu aku jumpa macam-macam ragam.

bermula dari rakan sekerja,
hari pertama, kami makan pagi bersama,
kebanyakkan mereka lelaki, terkejut aku makan pakai tangan kiri,
aku pegang sudu tangan kiri, bukan makan terus dari tangan kiri,
hari itu, aku sedar sesuatu,
mereka tegur hal yang sama, tapi cara mereka berbeza.

Y marah aku suruh aku tukar tangan,
A cuma tanya, aku kidal k? tak boleh tukar tangan ke?
I buat aku tersentuh, dia mulut paling kepoh,
tapi teguran dia buat aku perasan dia tak la teruk mana,
"mimie, tau tak makan pakai tangan kiri tu tak manis ,
ye, I tau mimie kidal, tapi boleh belajar kan?
cuba try, belajar la slow-slow" dan dia terus makan.
aku ingat peristiwa ni sampai bila-bila.

dan sepanjang aku kerja,
pelbagai jenis teguran aku terima dari customer,
ada yang salahkan cikgu,
ada yang salahkan aku,
ada yang salahkan ma dan abah,
ada yang kata cikgu tak buat kerja,
ada yang kata aku degil tak dengar kata,
ada yang kata ma dan abah nak pandai nak didik anak dia.
ada juga aku aku pembersih didapur orangnya,
ada yang tanya aku macam-macam apa aku rasa jadi orang kidal.

bagi aku,
kidal bukan satu kesalahan,
tak perlu salahkan sesiapa ataupun tuhan,

bagi aku juga,
kidal bukan juga satu kelebihan,
mungkin ya bagi sesetengah insan,
tapi aku tak ada apa-apa kelebihan,
tapi dulu, aku boleh makan nasi sambil menulis dalam dewan makan,
biasanya berguna bila nak bayar yuran makan asrama,
penyelia tu susah nak jumpa,
waktu makan je dia selalu tunjuk muka,
tengah makan, nak tulis bil yuran,
biasanya aku tolong tuliskan untuk kawan-kawan.

dan hari ini, 
13 AUGUST,



HAPPY LEFTY DAY's!




COMMENT

on Friday, July 26, 2013





I don't say anything
because you can do nothing. 

I tell Allah everything
because HE may give us best ending .

RAMADHAN

on Wednesday, July 10, 2013




mood nak update entry pasal sibu tergendala pada hari kedua,

dan mood ramadhan datang menjelma.






                                 dan terdetik nak berkongsi sedikit ilmu semoga bermafaat.

                                                    nak puasa jangan lupa niat.
baik niat sebulan terus, nanti takut lupa,

walaupun dah niat sebulan,
masa sahur, niat la jugak untuk sehari-hari.
niat dia?
nah! kat bawah.


yang ni mesti ramai dah hafal.

doa berbuka puasa.
lain dengan doa makan tau.
tapi lepas baca doa berbuka,
baca la doa makan. :)







yang ni mungkin ramai tak alert,

sejujurnya, aku sendiri pun tak alert.
kalau doa selepas makan tu hafal la.
bagi yang tak hafal doa selepas berbuka macam aku ni,
boleh la save, pastu print.
tampal kat meja makan.








sekian perkongsian untuk kali,

semoga bermafaat untuk semua.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.


SWAN CITY #2

on Tuesday, July 9, 2013


Day 2 (1.6.2013)

first morning at sibu.
check out for cheaper hotel seems this it budget holiday

meet christine jane. hudson's sister.

preparation for mengabang

kids there accept us well. *glad

and they are so cute.

while hudson treat his visitors,
we decide to get some rest near to batang igan

such a relaxing place


jane and pika.

p/s: dalam sambutan gawai antu, setiap rumah panjang dalam satu kawasan
akan saling mengujungi  mengikut sistem yang telah dibincang dalam mesyuarat
yang melibatkan setiap tuai rumah.
dan pada hari pertama gawai,
 rumah panjang yang kami kunjungi telah ditetapkan untuk menerima tetamu.
dan, semakin ramai penghuni yang meninggal
dalam satu rumah panjang,
semakin meriah perayaan gawai antu disambut.







SWAN CITY #1

on Monday, July 8, 2013



memandangkan baru ada masa nak bukak lappy,

baru hari ini dapat ruang dan peluang nak berkongsi,



berdasarkan tajuk entry,

kali ni nak kongsi pengalaman kami bercuti di Swan City aka Sibu.
kami pergi sempena gawai yang lepas.

kami?
ye! kami. nanti aku kenalkan siapa kami tu.
let's picture story,

day 1. (31.5.2013)






0800 bertolak dari terminal penumpang kuching ke sibu menaiki bot ekspress.



berbaju merah, pengerusi program percutian kali ini. thanks yaw!
disebabkan aircond terlalu sejuk kat dalam dek,
kami menghabiskan masa diluar
bersama pemandangan laut china selatan

6 hour journey, weird face comes out



finally, sampai sudah ke rumah panjang.



hiasan yang paling menarik perhatian.
ini original tau.

the most exicited thing,
rumah panjang ni betul-betul depan batang igan.

malamnya, merayau di bandar sibu..

mencari makan malam.
we found food are cheaper here. and delicious.



as promise. memperkenalkan kami dalam percutian kali ni.:

salieati
khairani

pika


p/s: we was stayed at century inn hotel with super comfortable service.