SERAPI

on Friday, November 30, 2012

sebelum cerita pasal aktiviti bulan ini,
kena bayar hutang yang bulan lepas dulu.

ok, sedikit review pasal gunung serapi,
gunung serapi ini terletak di daerah Matang.


berada di dalam taman negara Kubah.
jadi, nak masuk kena bayar RM10 untuk dewasa.
disebabkan ianya merupakan taman negara,
segala flora dan fauna yang berada dalam kawasan tu adalah terpelihara,
so, tak boleh sesuka hati je petik daun, tampar nyamuk dalam tu.
boleh kena saman RM3 000 dan perjara tau..
 **betapa bernilainya nyamuk taman negara.

kami ke sana under unimas punya program,
KELAB EXPEDISI kot namanya,
azlan pengerusi kelab tu.
aku pun baru tahu pada hari kejadian.

kami yang dimaksudkan tu ialah:
aku, nisa, hajar, naim dan yatun.
kalau tengok pic tu nanti,
ada sorang awex hengsom,
itulah dia azlan.
kitaorg terjumpa dekat sana.
walaupun 3 bas ke sana, tapi kami just buat kepala sendiri,
rasa macam kami berenam je yang ada kat sana
selain beberapa orang pakwe yang comel dan hengsomm

ok, malas nak sembang panjang,
biarlah gambar bercerita..

berjalan kaki ke gate kubah national park


excited sampai


ini national park ke-2 aku pernah sampai kat sarawak

buat macam pencinta flora

agak-agak ada orang nak berkumpul ke kat situ kalau ada kitaorg?

muka exited lagi dekat kaki gunung

still boleh senyum

semangat masih waja

dah sampai peak!!

menara tinjau.

usha boypreng satu sorang

lepas atas bergambar kat bawah pulak, mmg dasar gila kamera

cover muka penat sebenarnya

okeyh, dah nak turun!

tapi sempat lagi bergamabar?

muka anti camera. anti tengok, terus posing.

macam dalam cerita king kong

dah sampai bawah, dan sangat letih. terus terbaring


tengah syok-syok landing lepas lelah,
penganjur program ini datang dengan berbatang-batang lemang.
disebabkan kesiankan kitaorg yang tak sambut raya haji,
pihak penganjur buatkan la satu sambutan kecil-kecilan.
**sangat terharu, terima kasih!!

btw, kali ni, kitaorang tak pergi dekat waterfall serapi yang sangat cantik.
sangat berharap dapat pergi lagi 
ini sebenarnya kali kedua dah aku jejak gunung serapi.
1st time masa study week sem lepas.
yang tu tak boleh share gambar.
cencored!!

okeyh, sekian cerita GUNUNG SERAPI, MATANG, SARAWAK
terima kasih sudi membaca.

MALU

on Tuesday, November 27, 2012

MALU,
kau tahu apa itu?
aku yakin dan pasti bhawa kau memang tak tahu.
kau memang muka tak tahu malu.

makan, pakai harta kami,
lepas tu kau boleh buat tahi,
memang dasar muka tebal berinci,

Bukan nak berkira,
setakat barang pakai seriyal dua,
kita boleh kongsi saja,
empat riyal hingga lima,
kami masih boleh pejam mata,

tapi,
kalau dah barang isi perut pun kau nak rembat,
sampai perut kami pulak yang nak kena ikat,
perut  kau makin bulat,
kau patut rasa malu bertingkat-tingkat,

aku tak mintak ganti,
aku tak kisah nak berkongsi,
tapi,kalau sampai perut kami sendiri tak terisi,
kau dah melampau tahap mintak kaki dan maki.

p/s: “aku makan , aku bayar”??
          aku ingat ayat ini sampai mati
           walaupun kau tak realisasi.



CERITA SUKA DUKA

on Friday, November 23, 2012



Suka,
Kita bersama-sama,
Berjanji setia,
Bahagianya dunia,
Kaulah sahabat sampai syurga,

Duka,
Kau siapa? ,
Aku peduli apa? ,

Itu kau punya cerita,
Pergilah kau ke neraka,

Inilah cerita  dunia,
Walaupun cerita biasa,
Tak semua orang faham situasinya,
Bila kau dah rasa,
Kau akan faham maknanya.


p/s: Ini memang adat dunia.






MASA KITA CERITA RASA APA

on Thursday, November 22, 2012




aku harap aku punya masa,
dimana tiada siapa-siapa,hanya kau dan aku ada, 

agar kita boleh kongsi cerita, 
luahkan semua yang kita rasa, 

agar kita boleh berkawan dengan biasa, 
kita boleh bergaul dengan selesa. 

agar semuanya jelas antara kita, 
tak perlu pendam apa-apa yang kita rasa.


p/s: ini bukan rasa cinta atau bahagia,
rasa biasa antara manusia 






PANTANG LARANG

on Tuesday, November 20, 2012



Kawan,
walaupun dah bermacam cerita disembangkan
Walaupun kongsi susah senang,
walaupun dah bertahun berkenalan,

Tapi bila main belakang,
Semua jasa dan budi boleh dilupakan.
Dari kawan boleh jadi lawan.

tak perlu terlalu ikut perasaan,
tak perlu bagitahu apa yang dah kita lakukan,
tak perlu bercerita apa yang dah kita korbankan,
tak perlu kongsi apa yang dia buat kita telan,

biar berkawan dengan penuh keikhlasan,
bukan cuma untuk hiburan,
bukan cuma untuk teman gelak sakan,
bukan sebab kasihan.

sepanjang 20 tahun aku berkawan,
aku belajar satu pantang larang,
jangan sekali-kali main belakang,
perlu jujur dan berterus-terang,
tak perlu depan nampak tenang,
tapi belakang sembang kencang.



p/s: salah satu keburukan laman sosial ialah
      kurangnya komunikasi dalam perhubungan,
       semua nak post walaupun boleh cakap depan-depan.