*UP

on Monday, August 5, 2019

Sometimes I mess up,
Give me some time,
I'm picking up some strength,
To wake up stronger and higher
x

CINTA PADA MANUSIA

on Sunday, March 18, 2018
Tak pernah aku menyangka,
Sedalam ini sekeping hati mampu menyayangi seorang manusia,

Manusia ini tiada pertalian saudara,
Namun sanggup dia menanggung dosa pahala aku,
Walaupun dia tahu, aku hamba tuhan penuh noda.

Manusia ini sanggup terima cacat cela aku,
Walaupun dia tahu aku jauh dari sempurna.

Manusia ini sanggup luangkan seluruh hidupnya bersama aku,
Walaupun dia tahu aku bukan golongan berharta.

Manusia ini sanggup peruntukan aku wang sakunya,
Walaupun saat itu , baki akaunnya tinggal sebelas ringgit sahaja.

Manusia ini sanggup buat apa saja asal aku bahagia dan gembira,
Walaupun terkadang, aku lupa untuk menghargainya.

Sungguh aku mencintai manusia ini dengan sepenuh hati,
Namun, jauh di sudut hati yang sama,
Aku perlu bersedia andainya manusia ini pergi,
Kerana tiada seorang pun manusia yang abadi di dunia.

Manusia inilah yang bernama SUAMI,
Dan yang abadi hanyalah ILLAHI.

Andai boleh dibuat pilihan,
Antara kita, biarkah aku dulu yang pergi mengadap tuhan.


Selamat ulangtahun perkahwinan sayang.

Nurkilan,

Isteri
(28hb Feb 2018)


TERKENANG

on Monday, February 6, 2017

Pandangan,
Senyuman,
Cukup buat aku terkenang bila berjauhan.

Sekarang aku memahami,
Benarlah kata orang dari mata turun ke hati.


p/s: LDR ni berat jugak kadang-kadang.



INDAH

on Saturday, February 4, 2017

Menghilang
Bukan dari kehidupan,
Cuma dari laman biru kehijauan.

Hilang mencari kehidupan,
Terkadang, terlupa mencari bekalan,
Namun, Allah masih sayang,
Pelbagai nikmat diberikan.

Alhamdulillah, hidup terlalu indah.
Semoga hidup akan menjadi lebih indah.
Bila aku berpeluang menjadi isteri solehah.
Doakan rumahtangga yang bakal dibina 
menjadi Solehah Mawardah Warahmah.
In sha Allah.

*getting married soon




Setan

on Thursday, October 8, 2015

Setan,
Seram, Tak tenang.
Mata liar perhati persekitaran.
Konon kalau ternampak sosok yang asyik memerhatikan.
Tapi tidak dikurniakan kelebihan.
Cuma mampu tak tenang sorang-sorang.

Rupa-rupanya,
Sampai tahun depan perati sekitar pun takkan nampak Setan,
 sebab Setan dalam badan,

Kau la Setan.