Showing posts with label AIDASYAMIMI.. Show all posts
Showing posts with label AIDASYAMIMI.. Show all posts

TERKENANG

on Monday, February 6, 2017

Pandangan,
Senyuman,
Cukup buat aku terkenang bila berjauhan.

Sekarang aku memahami,
Benarlah kata orang dari mata turun ke hati.


p/s: LDR ni berat jugak kadang-kadang.



INDAH

on Saturday, February 4, 2017

Menghilang
Bukan dari kehidupan,
Cuma dari laman biru kehijauan.

Hilang mencari kehidupan,
Terkadang, terlupa mencari bekalan,
Namun, Allah masih sayang,
Pelbagai nikmat diberikan.

Alhamdulillah, hidup terlalu indah.
Semoga hidup akan menjadi lebih indah.
Bila aku berpeluang menjadi isteri solehah.
Doakan rumahtangga yang bakal dibina 
menjadi Solehah Mawardah Warahmah.
In sha Allah.

*getting married soon




SALAM MAULIDUL RASUL

on Monday, January 5, 2015






Salam Maulidul Rasul
Salam Tahun Baru.


Semoga semuanya lebih baik dari tahun sebelumnya.

Dunia cuma sementara,
Semoga kita semua istiqamah mencari bekalan ke sana.
In Sha Allah.

Andai aku tiada disyurga,
Carilah aku di neraka,
Tariklah aku ke syurga bersama kalian.





ISTIADAT PENTAULIAHAN DIRAJA KALI KE-33

on Monday, August 25, 2014


Alhamdulillah,
Hasil titik peluh,
Kuyup hujan,
Panas berjemur,
Comot berselut,
Gatal, Miang, Ruam,
Sakit, Perit, Kejang,
Gembira, Senyum, Ketawa
Selama 3 tahun sampai ke kemuncak.


Istiadat berlangsung di UPSI, Tanjung Malim.
Kawasan memang cantik dengan pemandangan banjaran titiwangsa.
Menginap di Kolej Ungku Omar yang amat selesa selama 2 minggu,
Few spooky incident happened actually,
tapi buat-buat tak tahu je.

I went there on 12 Aug, few days late,
Memandangkan hidup diperantauan,
Takde parent or relatives nak hantar ke sana.
So, kena berdikari pegi Tanjung Malim by public transport.
Luckily, Shah plan nak gerak sekali.
At least ada teman.
Perjalanan mmg panjang,
Dari KLIA smpai Tanjung Malim,
Dari siang sampai malam.
Thanks buddy.

Nah belanja gambar.

Dia single lagi. Hengsem je sebenarnya,
cuma rambut askar sikit sbb nak pegi tauliah kan.
Sapa berminat Pm. Harga boleh nego. haha

latest update 24/9: He's taken. Sorry girls.
Almost 2 weeks there,
Aktiviti basically benda yang sama je,
kawad, kawad, kawad, 
watikah,baris, makan, mandi,
rehat boleh la kot masukkan sekali.
Malam akrab yang "ni je?" tu boleh kira rest la kot.
tapi honestly aktiviti pack,
Walaupun pihak atasan bagi rehat,
Pihak pengurusan ada aktiviti lain untuk kami.
Mmg sweet sangat. Caring.

2 minggu tu tak terasa manapun sebenarnya,
kawad, watikah, kawad, watikah,
Dah sampai 23hb Ogos.
Malam sebelum tu busy sikit la prepare.
Check baju, kilat kasut,baris,
and boleh rest.
Gua tak sure org lain mcm mane,
tp gua mmg tak dapat tido.
Nerves baq ang.
Mcm-mcm benda terlintas kat kepala.
Risau ada,
Gembira ada,
Tak sabar,
tapi sedih.
Celaru jugak la perasaan.
tgh duk celaru tu, akhirnya terlelap la jugak.
Buka mata, dah D-day.


Menggedik before kawad tauliah
Gua detachment ke 2 je sebenarnya. 

Thanks abah, ma, umi, ayong, adik-adik
sudi luangkan masa walaupun busy.
Am I make U proud?


Owh, abang pun ada datang melawat.
Thank you abang.

And big thanks juga to Nabil.
Should be Lt.m Nabila Asyikin
sbb dia tauliah awal dari gua.
Dari hari first sampai tauliah hari-hari tanya khabar.
Sweet sgt lah.

Nah! belanja gambar jugak.

Nabil yang dah lama tak jumpa

Sebenarnya kalau nak ucap thanks kat semua yang terlibat mmg tak habis.
Tapi itulah hakikat.
Kejayaan takkan dapat tanpa usaha semua pihak,
Tanpa sokongan dan pertolongan.
Tanpa kerjasama skuad sejak 3 tahun yang lalu,
Tanpa tunjuk ajar jurulatih,
Dan tanpa izin dari-NYA.

Alhamdulillah.
T E R I M A   K A S I H   S E M U A.

I'm officially, Lt.m Nurul Aida Syamimi bt Daud
Teruk betul muka aku. 


p/s: Masa tauliah ni baru tau yang selain kuning,
 putih dan ungu ialah warna diraja juga
And kalau berkabung, baju boleh berwarna,
Tudung mesti hitam.

and tu those nak kenal shah,
Jemput singgah blog dia.
Selain merupakan buddy gua,
Dia juga merupakan seorang wedding designer yang hebat.
Nah, klik je sini.