memang aku tidak secantik puteri,
memang juga aku tidak semulia bidadari,
lebih pasti, aku memang tidak berbakat
untuk menyanyi,
apatah lagi untuk mengubah lagu sendiri,
aku hanya insan yang egonya tinggi,
lebih tinggi
dari ketinggian diri sendiri,
yang faham apa itu hasad dengki,
sedang belajar memahami permainan duniawi,
yang faham apa itu hasad dengki,
sedang belajar memahami permainan duniawi,
yang kenal siapa sahabat sejati,
bukan kerana aku memang sempurna semenjak azali,
bukan juga kerana aku baca kamus dwibahasa
pelbagai versi,
tapi kerana pengalaman hidup yang mengajar aku
semua ini.
aku bukan pelakon drama bersiri,
tidak pandai bermekap seperti penghias
majalah dewi,
namun, pura-pura perlu untuk mengawal
situasi.
those smiles, peaces and linked hand was just a past. |
p/s: tiada guna terus bersahabat jika saling
menyakiti,
masing-masing sudah selesa dengan privasi sendiri,
aku juga sudah lali hari-hari mencuci
sambil memaki-maki.
sambil memaki-maki.
0 comments:
Post a Comment