Percaya,
Subjektif
bergantung kepada individu,
Aku susah
nak percaya bukan sebab aku selalu kena tipu,
Tapi sebab
aku kenal ramai penipu dan yang tertipu.
Memang silap
mangsa kalau terlalu percaya kepada sang buaya,
Akhirnya
mereka sendiri kecewa, menangis sampai bengkak mata.
Bagi si
buaya,
Percaya itu
memang sangat berkuasa,
Bila dah
dapat mereka akan salah guna,
Si mangsa
akan buta mata walaupun kawan-kawan mereka cerita.
Kadang-kadang,
Si buaya
saja suka-suka jual ayat-ayat cinta,
Tapi si rama-rama
mudah sangat percaya,
Kucing mana
lepas ikan depan mata??
Si rama-rama
sudah jadi ikan masak tiga rasa.
Lumrah
dunia, belajar daripada pengalaman,
Tapi
mungkin ramai yang lupa apa yang Islam
sarankan,
Aku bukan
ustazah, tapi aku sokong bercinta selepas nikah.
p/s: mungkin
aku tak layak bercerita soal agama,
tapi aku layak berkongsi apa yang aku
rasa.
0 comments:
Post a Comment