PEREMPUAN

on Friday, October 12, 2012
perempuan,
jika tidak mahu dianggap murahan, jagalah adab dan perlakuan,
peliharalah pertuturan dan pergaulan, berkawan ada batasan,
semua itu landasan hidup Islam, aku tahu kamu bukannya tiada pengetahuan,
cuma tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.

aku juga tidak sempurna, aku bukanlah orang kuat agama,
aku hanya insan yang hina, terkadang aku juga leka,
tapi aku punya hati yang ingin menjaga,
juga punya rakan yang cakna mengingatkan kala aku leka.

aku buka mahu mengata, aku cuma ingin berpesan,
seasyik manapun kalian bercinta, ingatlah pada batas pergaulan,
gembirakah drama dan adegen cinta kalian menjadi perhatian?

p/s: aku sudah serabut mata,
ke kelas mengaut dosa bertimbunan.

PESANAN BILA BOSAN

on Wednesday, October 10, 2012
Bosan,
Ma selalu pesan, dalam kamus hidup orang Islam tiada istilah bosan,
Jika ada kelapangan, berwuduklah dan bacalah Al-Quran.

Dari kecil itulah yang cuba diterapkan,
Dari kecil juga, didikan agama diberikan,
Tapi itu semua aku tidak pedulikan,
Jika ada kelapangan, hiburan jadi teman.

Kadang-kadang,
Pesanan itu terlintas difikiran,
Tapi aku masih tidak pedulikan,
Cukup sekadar melayang difikiran,
Tidak juga aku amalkan.

Semoga aku tidak kelewatan,
Semoga pesanan itu dapat aku amalkan.
Semoga tiada penyesalan.

TAKSUBKAN JANTAN

on Tuesday, October 9, 2012
hari ini, terjadi satu insiden yang meluaskan pemandangan,
dalam hidup ini, wujudnya perempuan yang taksubkan sang kumbang,
walaupun cuma segolongan, ia tetap memalukan,
lebih menyedihkan, perempuan itu merupakan seorang kawan.

tidak terlalu rapat untuk aku panggil teman,tapi kami berkongsi cerita termasuk cerita cintan,
dia cantik menawan, pujaan ramai jantan, dunia aku, jantan hanya sebagai kawan,
ada perbezaan, tapi kami tetap kawan.

satu hari, dia ceritakan perihal sang kumbang yang dia sedang berkawan,
bukan kumbang tempatan tapi si awang hitam,
bila ditanya pandangan, lantang dinyatakan aku tidak berkenan.

bukan berfikiran prejudis,namun sudah banyak kes,
awang hitam berumpankan ayat manis,memancing hati si gadis.

beberapa hari kemudian, seorang rakan prihatin datang,
segala temberang dan permainan si awang hitam dibongkarkan.
atas dasar seorang kawan, cerita si awang hitam aku sampaikan,
tidak sampai hati melihat gadis menawan terus digelakkan diluar pengetahuan.

namun, gadis menawan sudah taksubkan jantan,gadis prihatin dijadikan lawan,
mungkin malu mengakui kebenaran,si gadis menawan telah dipermainkan.

wahai gadis menawan,pendekatan apa lagi harus aku gunakan,
bukalah mata agar dapat kau bezakan dan membuat pilihan,
antara kawan dan jantan mana yang patut kau percayakan.

bila terlalu taksubkan jantan, wujudlah istilah murahan

p/s: busy body and caring are two different things.
itu juga kau harus pandai bezakan.

KERING HATI


memang aku tidak secantik puteri,
memang juga aku tidak semulia bidadari,
lebih pasti, aku memang tidak berbakat untuk menyanyi,
apatah lagi untuk mengubah lagu sendiri,


aku hanya insan yang egonya tinggi,
lebih tinggi dari ketinggian diri sendiri,
yang faham apa itu hasad dengki,
sedang belajar memahami permainan duniawi,
yang kenal siapa sahabat sejati,

bukan kerana aku memang sempurna semenjak azali,
bukan juga kerana aku baca kamus dwibahasa pelbagai versi,
tapi kerana pengalaman hidup yang mengajar aku semua ini.

aku bukan pelakon drama bersiri,
tidak pandai bermekap seperti penghias majalah dewi,
namun, pura-pura perlu untuk mengawal situasi.



those smiles, peaces and linked hand was just a past.


 p/s: tiada guna terus bersahabat jika saling menyakiti, 
masing-masing sudah selesa dengan privasi sendiri,
aku juga sudah lali hari-hari mencuci
 sambil memaki-maki.




HAPPY BIRTHDAY NISA!!

on Friday, October 5, 2012
she's the friend I meet along life's road.



yeeeyyyyyyhhhh!!
harini besday nisa si pengkom.
selaku teman lesbo yang sweet,
aku hanya mampu wish je,
nak celebrate fuluss xdokk..
ape-apepun,

HAPPY BIRTHDAY AMOII HENGSEMM!!

kasih sayangku terhadapmu takkan berubah 
walaupun kamu sudah berkedut.

p/s: kami bukan lesbian.