PANTANG LARANG

on Tuesday, November 20, 2012



Kawan,
walaupun dah bermacam cerita disembangkan
Walaupun kongsi susah senang,
walaupun dah bertahun berkenalan,

Tapi bila main belakang,
Semua jasa dan budi boleh dilupakan.
Dari kawan boleh jadi lawan.

tak perlu terlalu ikut perasaan,
tak perlu bagitahu apa yang dah kita lakukan,
tak perlu bercerita apa yang dah kita korbankan,
tak perlu kongsi apa yang dia buat kita telan,

biar berkawan dengan penuh keikhlasan,
bukan cuma untuk hiburan,
bukan cuma untuk teman gelak sakan,
bukan sebab kasihan.

sepanjang 20 tahun aku berkawan,
aku belajar satu pantang larang,
jangan sekali-kali main belakang,
perlu jujur dan berterus-terang,
tak perlu depan nampak tenang,
tapi belakang sembang kencang.



p/s: salah satu keburukan laman sosial ialah
      kurangnya komunikasi dalam perhubungan,
       semua nak post walaupun boleh cakap depan-depan.

MARRIED

on Monday, November 19, 2012



one day in 2009,

my bro asked me either our mom will allowed 
him to get engaged before he continue his degree.

that time,
I feel like I am not matured enough to talk about that kind of things.
and my mom does't like when we talk about that.

but now days,
we can talk about marriage as a joke,
even my mom can start talk about it first.

and yesterday,



I know he cared even it's in joking sound.
don't worry, I don't have any calon suami yet.






JUST DOIT

on Saturday, November 17, 2012


Duit,
Memang tak mampu beli segala-galanya,
Namun,Segala-galanya perlukan duit.

Kerana duit,
Dunia boleh huru-hara,
Negara boleh porak-peranda,
Keluarga boleh putus saudara,
Sihir-menyihir antara mereka,

Ini bukan cerita drama bersiri,
Aku pernah dengar cerita sebegini,
Kisah orang yang pernah aku kenali,
Sebab semua ini terjadi?
hanya sebab duit yang tak boleh dibawa mati.

kerana duit,
keturunan boleh putus saudara,
apatahlagi yang tiada kena mengena,
boleh jadi perang dunia ketiga.

Sebenarnya,
duit tak perlu nak berkira,
Ada buat cara ada, Tak ada duduk diam sahaja,
Tak perlu nak ambil orang punya,
Tak perlu nak pinjam sini sana,
Kita merasa apa kita punya saja,

Takkan wujud along,
Takkan wujud loan,
Takkan ada sesiapa kena potong.

Bila mula berkira,
Itu punca berperang sebab harta.


p/s: kalau duit boleh beranak, aku bela banyak-banyak

LEKA

on Thursday, November 15, 2012




Leka,
Seringkali kita leka dengan dunia,
Pentingkan keseronokan sementara,
Lupa  niat kita tinggalkan keluarga,
Hanya mencari hiburan untuk bersuka ria,
Di depan sana, masa masih ada,
Walaupun belum tentu untuk kita,
Tapi kita perlu bersedia,
Kerana,
Masa kita bukan di dunia saja,
Masa kita yang sebenarnya,
Ialah di akhirat sana.
Hidup abadi yang menjadi impian semua,
Tapi berapa ramai saja yang berusaha?



RAMA-RAMA, BUAYA. KUCING & IKAN 3 RASA

on Wednesday, November 14, 2012


Percaya,
Subjektif bergantung kepada individu,
Aku susah nak percaya bukan sebab aku selalu kena tipu,
Tapi sebab aku kenal ramai penipu dan yang tertipu.

Memang silap mangsa kalau terlalu percaya kepada sang buaya,
Akhirnya mereka sendiri kecewa, menangis sampai bengkak mata.

Bagi si buaya,
Percaya itu memang sangat berkuasa,
Bila dah dapat mereka akan salah guna,
Si mangsa akan buta mata walaupun kawan-kawan mereka cerita.

Kadang-kadang,
Si buaya saja suka-suka jual ayat-ayat cinta,
Tapi si rama-rama mudah sangat percaya,
Kucing mana lepas ikan depan mata??
Si rama-rama sudah jadi ikan masak tiga rasa.

Lumrah dunia, belajar daripada pengalaman,
Tapi mungkin  ramai yang lupa apa yang Islam sarankan,
Aku bukan ustazah, tapi aku sokong bercinta selepas nikah.

p/s: mungkin aku tak layak bercerita soal agama,
       tapi aku layak berkongsi apa yang aku rasa.