ANGKASA sana.

on Tuesday, August 20, 2013


kecewa dengan sikap sesetengah manusia,
boleh aku tinggal di angkasa?

disana tiada pencemaran apa-apa,
disana semuanya bersih saja,
kerana disana
TIADA MANUSIA


p/s:  geram boleh marah,
       sedih boleh menangis,
       kecewa?
       
       aku cuma mampu diam,
       berharap mereka belajar dari ke"diam"an ini.
       sama-sama muhasabah diri,
     
      

PELIK

on Tuesday, August 13, 2013


dari kecik, aku dah biasa dianggap pelik,
tulisan aku tak cantik,
pegang pisau, gunting, pen terbalik,

kidal,
aku tahu itu masa tadika,
cikgu pernah tegur cara aku pegang pensil tak kena,
selalu juga dia tegur sebenarnya,
tapi aku tak boleh buat apa-apa,
memang itu cara yang aku selesa,
budak kelas pandang aku macam aku ni raksaksa.
ma terangkan aku, aku kidal sebenarnya

sekolah rendah,
ada budak sekelas juga macam aku,
dia lelaki, anak cikgu,
orang anggap kami istimewa,
ma aku juga mengajar sekolah yang sama,
mungkin sebab itu persepsi mereka berbeza.

tapi aku tak rasa itu istimewa,
mungkin ya bagi budak lelaki tu, (aku lupa nama dia)
sebab dia ada bakat istimewa,
lukisan dia semua macam bernyawa,
waktu itu, kami baru 6tahun sebenarnya.

7 tahun, aku dah tak bersekolah kat sana,
kembali ke darjah satu buat kali ke 2.
ma tak mengajar di sekolah yang sana,
aku tak lagi dapat layanan istimewa,
tapi sekolah ni semua baik-baik saja,
tapi kerja aku tak sekemas mereka,
comot, tak ada rupa perempuan punya kerja.

darjah- darjah seterusnya,
aku tetap yang pelik dalam kelas yang aku berada,
perempuan kidal, kerja cincai,
ada beberapa cclassmate yang kidal juga,
tapi mereka lelaki,
tulisan comot tak siapa peduli.
aku, selalu kena perli,
kenapa kerja macam lelaki?

masa darjah 5,
aku tak keluar rehat sebab ada kerja,
tengah mengunting,
seorang kawan baru balik dari kantin,
panggil aku dan aku terus berpaling.

"haa, kan betul aku cakap tu mimi",
aku tak faham cerita dan tanya kenapa,
dia cakap, dari jauh dia dah boleh cam yang aku yang tengah buat kerja,
aku tanya macam mana?
dia kata cara aku pegang gunting berbeza.
seingat aku tu kali pertama ada orang anggap itu kelebihan sebenarnya.

sekolah menengah,
aku ada beberapa kawan kidal,
masing-masing pelukis yang handal,
cuma aku tak ada apa yang aku pandai.

tingkatan 2, tulisan aku mula cantik,
tak ada lagi comot sebab dakwat aku seret.

makin lama, orang dah biasa,
minah kidal dalam kelas mereka.
aku pun dah lali mereka nak kata apa.

habis SPM, aku kerja,
jadi customer service di syarikat swasta,
kerja aku menulis untuk pelanggan,
disitu aku jumpa macam-macam ragam.

bermula dari rakan sekerja,
hari pertama, kami makan pagi bersama,
kebanyakkan mereka lelaki, terkejut aku makan pakai tangan kiri,
aku pegang sudu tangan kiri, bukan makan terus dari tangan kiri,
hari itu, aku sedar sesuatu,
mereka tegur hal yang sama, tapi cara mereka berbeza.

Y marah aku suruh aku tukar tangan,
A cuma tanya, aku kidal k? tak boleh tukar tangan ke?
I buat aku tersentuh, dia mulut paling kepoh,
tapi teguran dia buat aku perasan dia tak la teruk mana,
"mimie, tau tak makan pakai tangan kiri tu tak manis ,
ye, I tau mimie kidal, tapi boleh belajar kan?
cuba try, belajar la slow-slow" dan dia terus makan.
aku ingat peristiwa ni sampai bila-bila.

dan sepanjang aku kerja,
pelbagai jenis teguran aku terima dari customer,
ada yang salahkan cikgu,
ada yang salahkan aku,
ada yang salahkan ma dan abah,
ada yang kata cikgu tak buat kerja,
ada yang kata aku degil tak dengar kata,
ada yang kata ma dan abah nak pandai nak didik anak dia.
ada juga aku aku pembersih didapur orangnya,
ada yang tanya aku macam-macam apa aku rasa jadi orang kidal.

bagi aku,
kidal bukan satu kesalahan,
tak perlu salahkan sesiapa ataupun tuhan,

bagi aku juga,
kidal bukan juga satu kelebihan,
mungkin ya bagi sesetengah insan,
tapi aku tak ada apa-apa kelebihan,
tapi dulu, aku boleh makan nasi sambil menulis dalam dewan makan,
biasanya berguna bila nak bayar yuran makan asrama,
penyelia tu susah nak jumpa,
waktu makan je dia selalu tunjuk muka,
tengah makan, nak tulis bil yuran,
biasanya aku tolong tuliskan untuk kawan-kawan.

dan hari ini, 
13 AUGUST,



HAPPY LEFTY DAY's!