Pesan untuk Kawan.

on Monday, January 20, 2014


Dulu kau tak ada sapa-sapa,
Dia datang jadi kawan,
Teman kau susah senang.

Korang macam belangkas,
Sweet sangat, tapi tak belengas.
Jelas korang berkawan ikhlas.
Bila diam kau di faham cuma dengan pandangan sekilas.

Ada kurang kau dia tak boleh terima,
Jangan salahkan dia,
Kau faham kan? Apa hukum itu di sisi agama,
Mungkin itu cara dia nak kau tinggalkan itu semua.

Jadi, kau sembunyikan dari dia,
Dia segala-galanya, kecuali telinga,
Dan kau mula jumpa ada yg sudi dengar dgn terbuka,
Perlahan-lahan, kau jauh dari dia.

Kau dulu yang cuma ada dia,
Kini ramai rakan yg mula menjelma,
Kau diatas roda dunia,
Kau kini punya segala.

Aku cuma nak pesan,
Dia jangan kau lupakan,
Dia jangan kau sia-siakan,
Mengejar yg belum pasti kawan atau lawan,
Kawan yg setia berciciran,kau tak endahkan.

Sungguhnya, bila tiba kau dibawah putaran,
Yg dikejar belum tentu sudi meneman,
Yg berciciran, jgn kau harapkan,
Lupakah kau siapa yg mula meniggalkan.

Lebih teruk jika dia kau salahkan,
Tinggalkan kau dalam kesusahan,
Padahal waktu kau senang,
kau yg mula dulu menghiraukan.
Waktu susah, jgn pernah kau cuba nak menyalahkan.
Ingat, ini aku pesan.

p/s: aku pesan sbb aku dah ada pengalaman. :)
Terima kasih bekas kawan atas pengajaran,
semoga aku tak ulang kau punya kesalahan.







Stay Strong

on Wednesday, January 15, 2014


bila kita nak buat baik memang banyak dugaan,
ini bukan kali pertama kan?
semoga kau tak ubah fikiran,
sebab aku rasa kau dah jumpa jalan kebenaran,

perbuatan mereka mungkin tak mengalakan,
tapi kau faham kan yg mereka tak menghalang.
mereka cuma tak tau apa perkembangan,
dan cuba berlagak jadi tuhan,
tanpa apa perbincangan,
jalankan hukuman.

fizikalnya mungkin kau nampak lemah,
tapi tau tak jiwa  kau sebenarnya gagah.
masih berdiri walau setiap ceruk menomah,
berani mengaku kau salah,


tapi yang salah tetap salah.
kau tewas dengan nafsu serakah.
harini mungkin perasaan itu indah,
tahun mendatang,semoga menyesal tak sudah.

pertama kali itu kesalahan,
kedua kali itu pilihan.
perjalanan hidup adalah pilihan,
pilihan itu terletak ditangan.

kawan,
andai esok permulaan bagi tahun mendatang,
aku ingatkan, tuhan itu maha perngampun dan penyayang.
Selagi matahari masih terbit mengikut kebiasaan,
Selagi itu kau masih berpeluang.

kalau tuhan menerima taubat hambaNya,
tiada manusia layak menolak hambaNya yang bertaubat.


p/s: habis idea. lain kali sambung
idea datang lagi,
selepas setahun dua bulan sembilan hari
selepas kenal dengan lebih dalam lagi.

Orang Planet

on Monday, January 13, 2014



Jangan kau pandang hina terhadap diriku ini
Aku juga manusia sama sepertimu 
Walaupun kita berbeza penampilan diri ini 
Aku juga punya hati jiwa dan juga perasaan 

Aku ini bukannya mahluk asing
Berkepala besar punya kapal angkasa
Aku ini bukannya dari Jupiter
Sama sepertimu makhluk di bumi 

Kita ini tiada bezanya woh oh oh woh oh oh 
Tiada bezanya woh oh oh woh oh oh 

Tiap yang bernyawa mereka bisa punya pilihan
Tak kira apa kau lakukan kebaikkan atau keburukkan
Mahu kau jadi apa tetapkanlah pendirianmu
Tepuklah dada oh oh tanya selera 

Kita ini yang bernama manusia
Dikurnia tuhan akal dan juga fikiran
Jangan sesekali kau hilangkan pertimbanganmu
Kelak kehidupanmu ditimpa bencana 






p/s: banyak masa nak layan jiwa 


Another Side

on Sunday, January 12, 2014


dark side,
does everyone have it?
human is not angel anyway.

then, why judge others?
Don't you commit sins too?

Not every criticism is destructive,
but their's are not constructive.

every human is just the same,
criminal and actor in the same time.

what make us different,
the mask and acting skills.





MUDAH

on Wednesday, January 8, 2014


 2 paper siang nanti,
HOB dan Web Programming.
Memang payah,
Tapi berusahalah,
Semoga Allah buat ia jadi mudah.

* May Allah help me,
May Allah easy my way.


2014

on Sunday, January 5, 2014


 5 Januari,
Minggu baru di tahun baru,
Ye, minggu mula dengan Ahad bagi aku.

Minggu lepas semua baik-baik saja,
Seperti sem sebelumnya,
Tahun baru mula minggu periksa,
Sambutan tak la semeriah mana,
Cuma bagi peluang diri sendiri buang masa,

Azam tahun lepas dah terlaksana,
Azam tahun ini, aku nak berjuang melawan masa,
Harap Allah mudahkan semuanya.

Semoga tahun ini aku lebih dewasa,
Semoga tahun ini aku bawa lebih bahagia.
Selamat Tahun Baru 2014 Syamimi.