DENDAM atau SEKADAR KENANGAN??

on Sunday, March 31, 2013



ya! aku memang gembira,
jika kau dapat dengar balik ayat-ayat berbisa,
ayat yang kau pernah guna,
gembira jika kau dapat rasa juga bagaimana sakitnya.

dulu,
kau sedap mengata aku,
depan khalayak, sengaja buat aku malu,
cerita kau sembang belakang pun aku tahu,
dan aku tahu, kau buat semua tu sebab cemburu.

sekarang,
kau buat apa yang kau mengata aku dulu,
tersenyum melihat gelagat kamu,
tergelak bila teringat semua penghinaan dulu,

aku tak berdendam,
peristiwa lalu bukan selalu dalam ingatan,
cuma bila melihat gelagat kalian,
aku jadi terkenang.

pasal ayat berbisa,
teliti balik ayat perenggan pertama,
itu semua jika,
aku takkan baling kalian semula,
sebab aku tahu bagaimana sakitnya.

tapi aku percaya,
lebih baik bagi seseorang terasa,
dari biarkan mereka terus berdosa,

dan apa aku buat,
aku pilih untuk hanya melihat,
supaya dapat gelakkan kau punya gelagat,
aku sedar itu semua jahat,
persetankan semuanya, aku bukan malaikat.

p/s:tak kisah kalau nak kata aku berdendam,
aku juga punya perasaan.

JAUH 2013

on Wednesday, March 27, 2013




aku suka bermain dengan jauhnya jarak,
jarak bukan soal, jika hati saling mengingati.

kian menjauh, usaha merapati
agar ukhwah kemas terpatri


jauh,
banyak mengajar aku soal kehidupan,
aku belajar budaya,aku belajar bahasa,
pelbagai juadah aku dapat rasa.
keindahan ciptaan tuhan,
terbentang di penglihatan.



selama berjauhan,
paling diuji ialah berdikari,
menguruskan ekonomi sendiri,
bagaimana perut diisi,
bagaimana masa dimanfaati.



dalam kejauhan,
kawan-kawan mengantikan family,
pelbagai jenis rakan ditemui,
ada sanggup berkongsi susah dan senang,
tapi dia sukar ditemui,
walaupun saat sukar ditempuhi bersama beberapa kali,
jangan mudah menganggap sesiapa kawan sejati,
tidak mustahil, saat anda tiada apa-apa untuk dikongsi lagi,
dia akan menjauhi,,mengisi keperluan diri sendiri.



lumrah kejauhan,
akan wujud satu perasaan,
terkenang-kenang orang di halaman,
mengidam pelbagai juadah tempatan,
namun, terpaksa dipendamkan,
nafsu kehendak terpaksa dilawan,
saat ini tiba, semangat harus dikuatkan,



kejauhan memerlukan pengorbanan,
takala lemah dalam berkorban,
ingat niat asal berada dikejauhan,
disamping mencari keseronokkan,
jangan sampai harapan orang halaman dikecewakan.



p/s: rasa macam homesick. :(




PRIHATINKAH MEREKA?

on Friday, March 15, 2013


mereka tau dia pakai barang baru,
walaupun yang pernah tengok cuma dua tiga orang saja,


kuasa perempuan, semuanya sampai ke pengetahuan,

saat dia tiba,  dalam sekelip mata
,
dapat tangkap apa tak kena pada dia kononnya,

sebenarnya,
mereka sudah berkata-kata,
sudah bercerita sebelumnya.

aku bermonolog dalaman,
pesan untuk diri sendiri buat masa depan,


itu beza teguran dan perlian,
teguran itu dari kawan,
perlian itu dari musuh dalam lipatan.
teguran itu dari kawan sejati,
perlian itu dari si pendengki.

riak muka dan nada si berkata-kata,
riak muka dan ekspresi orang sekitarnya,
sudah cukup menjanggalkan suasana,
dari situ sepatutnya boleh beza.

dan walaupun mulut boleh berdusta,
ada satu bahasa yang tak boleh sorok apa hati rasa,
itu dia pandangan mata,
cara pandangan cukup menceritakan.

harap dia boleh beza,
harap dia tak tertipu dengan drama mereka.
ikut hati mau saja aku cerita  pada dia,
ikut akal, buat apa nak sibuk orang lain punya pasal?


p/s:  perhati gelagat manusia,
macam-macam cerita ada,
tapi ini yang paling tak bertimbang rasa.
kesian dia. :(

PENYERI HARI

on Tuesday, March 12, 2013


hari yang gelap,
rasa macam sangat badluck,
dari pagi, macam-macam tak menjadi,
dah takde hati nak teruskan hari,

tiba-tiba,
dapat senyuman semangat,
rasa langit terus terangkat,
matahari menyinar kembali.

bila ada yang tak menjadi,
aku ingat senyuman tadi,
rasa ringan sekali.

senyum itu sedekah,
aku pernah dengar,
senyumlah dengan ikhlas walaupun hati kita lara,
mungkin senyuman kita
dapat mengembirakan penerima,
aku anggap itu semua pemanis kata saja,
tapi kini aku percaya,
bila aku sendiri alaminya.

SENYUMLAH SEIKHLAS HATI. :)



p/s: kalau tahu perasaan senang ini,
      dari dulu tak elakkan diri.
        agak-agak, dapat lagi tak hari ni? :)

HARGAI MEREKA SETIAP MASA

on Friday, March 8, 2013



SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA!!
kisah 2 wanita hebat,aku kagumi mereka.

PUAN NORA'INI BINTI A.RAHMAN

bonda tercinta,
sentiasa mengajar aku menjadi perempuan sempurna,
sempurna sebagai adik, kakak dan bakal permaisuri keluarga,
kami sama-sama anak perempuan pertama,
besar tanggungjawabnya,
tanggungjawab sebagai anak dan perempuan dipikul bersama,
dia sentiasa bantu aku agar jadi anak dan perempuan yang berguna.

banyak aku pelajari, makin aku fahami,
adik, kakak, anak, permaisuri,
semuanya perlu korbankan kepentingan diri,

aku pernah kata dia mengada-ngada,
bila ke kedai pun nak tunggu abah balik kerja,
nak tau apa jawabnya?
kadang-kadang, kita kena bataskan kemampuan kita,
bukan nak mengada-ngada atau buat-buat manja,
tapi hormat abah sebagai ketua keluarga,
ikut rasa, boleh saja selesaikan semua urusan keluarga,
tak payah tunggu siapa-siapa, lagi jimat masa,
tapi ini lumrah berkeluarga,
mengada itu kekalkan hormat pada ketua.

HEBAT!, sehebat bidadari duniawi.







PUAN NORAISHAH A.RAHMAN

ibu saudara kesayangan,
mengajar aku hidup ini bukannya senang.
namun hidup perlu sentiasa riang,
ambil setiap peluang yang terbentang,
setiap masalah pasti ada penyelesaian,
dalam hidup, tiada istilah penyesalan,
berani tampil dengan kelainan.

senang bukan diukur dengan wang,
jika senang, bantulah yang memerlukan,
tak mampu seluruh badan,
bantulah dengan sebelah tangan,
kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan.

KENTAL!, WANITA JIWA CEKAL.




makin besar, aku makin belajar,
menjadi wanita bukan bererti lemah,
menjadi wanita, bukan sentiasa dibawah,
menjadi wanita ialah menjadi insan yang tabah.


MERASA RASA TERASA

on Thursday, March 7, 2013




masa sembang, ikut sedap rasa,
tak peduli jika ada yang terasa.
dan bila tiba saat kau merasa,
 rasa yang kau buat orang rasa.
harap kau tak terasa.

p/s: dunia ini adil,cuma tunggu masa.

mampukah lena?

on Sunday, March 3, 2013



 3:24 AM, 3 MARCH 2013

badan letih tapi mata tak boleh lena,
tempat biasa, bersimpuh di atas meja,
di tepi jendela, menikmati wireless percuma,

seorang kawan bertegur-sapa di IM,
agak hairan, larut malam masih belum pejam mata,
tanpa ditanya, dia berkongsi rasa risaunya,
gundah-gulana hingga tak dapat tidur lena,
abangnya sudah tiga hari tak dengar khabar berita.
setelah menerima perintah, mempertahankan negara,
sejak tiba, tiada lagi berita dari lahad datu sana.

cuba selami perasaan dia,
ya! bagaimana nak lena?
bila berita kematian hari-hari diterima,
bila nyawa dipertaruh untuk negara.

tapi diluar sana,
masih ramai yang buta,
menunding jari sini sana,
anggap keselamatan negara
mainan politik kotor semata-mata,

"only army knows army"
selalu aku dengar tapi aku tak berapa percaya,
menjadi sebahagian kecil keluarga tentera,
aku sedar, askar bukan sekadar mengalas senjata,
sebelum bertempur, ilmu harus penuh di dada.

p/s:  ilmu itu bukan dapat dipelajari sehari-dua,
      bukan dapat difahami melalui kamus dwibahasa,
      bukan dapat diulangkaji dari buku nota biasa.



YA ALLAH,peliharalah kami semua,tiada yang lebih berkuasa darimu,

dan padamu kami menyerah.
aminn.



AKU RASA....

on Saturday, March 2, 2013



12.53AM , 2 MARCH 2013

bersimpuh di atas meja, di tepi jendela,
dalam otak, banyak yang nak dicerita,
tapi tak tahu bagaimana nak diungkap dengan kata-kata,

mungkin kerna itu aku lebih gemar mendengar dan membaca,
lebih selesa begitu daripada aku yang bercerita apa yang aku rasa..



p/s: DIA sepatutnya tempat mengadu kita,
memahami perasaan kita lebih dari sesiapa,
tapi aku hanya insan alpa.

Do you have anything?

on Friday, March 1, 2013




and people will leave you 
when you don't have anything
to share any more.



no butt-hurt, no heart-feeling,
everybody got their own stomach to fill in.
everybody will find way to keep laughing.
that's how life rolling,
never aspect anybody to keep you accompanying..


p/s: I'm just monologuing. :)