RAYA #1

on Monday, July 28, 2014





Raya tahun macam tahun sebelumnya,
tak sempat keluar rumah,
dah kena serbu dengan sanak - saudara.
Tapi sebelum kena serbu sempat lagi la ber"family-fie" dulu.
Nah, belanja.

Bila dah petang sikit,
baru berkesempatan nak pegi menziarah tok wan,
padahal jarak rumah 100M je pun.
tapi paling lambat sampai kata tok wan.

Yang syok pegi melawat tok wan is,
gua diberi keizinan untuk kendalikan vespa.
Seems besi bespa kami tak sempat siap sebelum raya,
Kawan abg dgn baik hatinya bagi pinjam dia punya dulu.

And, vespa dia ni model 90an punye,
Model yang complete dgn wiring,
Dia ada bateri, and  lengkap semuanya,
So, mmg berat giler dibandingkan dgn besi bespa.
Besi bespa tu model 80an.
Simple motor.
So lebih ringan and easy to operate.
Anyway, color vespa n besi bespa ni sama.
So, orang tak cam pun ni vespa pinjam sebenarnya.


Nah, belanja gambar gua ber"bespa" dgn penuh keayuan.



p/s: gambar lain still dalam camera. Malas nk transfer.


RAYA!



Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Alhamdulillah,
tahun ni merasa puasa kat rumah,
Alhamdulillah,
beraya kat rumah.

Percayalah sambut aidil fitri kat perantauan adalah sgt sadis. 
Ini berdasarkan pengalaman tahun lepas.
Tapi tak apa lah,
Itu pengorbanan untuk grad ontime.
Dan Alhamdulillah,
pergorbanan itu dah membuahkan hasil.

Ikut rasa banyak lagi nak cerita,
tapi masa mcm tak berapa nak kena.

Apa-apa pun, Selamat Hari Raya.

p/s: Raya ketiga jemput datang rumah.

IMPIAN

on Sunday, July 27, 2014






semua punya impian,
tapi tak semua punya wawasan.
wawasan untuk realisasikan impian.


p/s: esok raya

GEDIK

on Thursday, July 17, 2014


layan baik tak bermakna istimewa,
memang patut layan baik sesama manusia.

jadi,
jangan gedik,
nanti kau aku jentik,
sebelum kau aku herdik,
baik kau buat perangai baik-baik.

p/s: tak faham jenis apa yang senang-senang ada rasa.

JUMPA

on Tuesday, July 15, 2014
Aku jumpa,
Ada yang kerja untuk keluarga.
Belum berumahtangga tapi sara kakak dan adik di india sana.
Sekarang dia akauntan, dulu dia buat macam-macam kerja.
Macam-macam sampai tak terkira katanya.
Sambil-sambil kerja, dia sambung belajar, dan berhijrah.
Alhamdulillah, nasib dia dah berubah.
Tapi dia tak berapa gembira,
Bulan 11, bakal terbang ke UK,
Dapat tawaran kerja di sana.

Aku jumpa,
Lulusan master.
Enam bulan menganggur selepas kerja terakhir,
Selepas ada master, dia buat beberapa kerja.
Tapi semua dalam setahun dua saja.
Ada yang dia tak mahu teruskan sebab bayaran tak seberapa,
Ada yang tak mahu sambungkan kontrak dia.
Bila simpanan dah tak ada,
Hutang kad kredit dah cecah limit.
Dia buat ape saja kerja.
Dia dah cukup gembira berbanding tak da buat apa.

Aku jumpa,
Full timers.
Ada yang dah berumah tangga,
Ada yang masih single.
Ada yang tgh pjj sambung Phd juga.
Minggu lepas, 6 orang assistant manager resign,
Bayaran tak seberapa alasan mereka,
Tapi yang masih ada,
Kebanyakkan gembira dengan bayaran yang diterima,
Kata mereka, kerja tak la se”tough” mana.
Ye. Gaji mereka berbeza.
Job specification juga tak sama.
Yang aku tahu, budak Phd tu,
RM 2500 basic dia, tak masuk imbuhan apa-apa.
Sebulan dia boleh dapat RM 3+++ juga katanya.
Hari-hari dia datang kerja dgn ceria.

Aku jumpa,
Part timers.
Ada budak lepasan SPM,
Ada budak lepasan STPM,
Ada budak kolej swasta berdekatan,
Ada dah ada kerjaya,
tapi ada masa datang buat kerja sambilan juga,
Mungkin sbb nk luang masa lapang dgn kawan-kawan sambil jana kewangan.
Kebanyakkan mereka gembira.
Mungkin sebab ini pilihan mereka.

Aku juga jumpa,
Budak intern.
Dari macam-macam institusi.
Bayaran semua sama.
Kerja berbeza, ikut department mana.
Ada yang gembira, ada yang tak rela,
Ada juga yang cabut lari lepas sehari mula,
Intern kena kerah mcm buruh paksa,
Ambil kesempatan mentang-mentang bayaran tak seberapa,
Tapi kebajikan intern paling terjaga.
Cuti, Waktu kerja, semua dijaga.

Mereka yang aku jumpa,
Buat aku terfikir manusia kerja untuk apa?
Ye duit, untuk terus hidup.
Berbaloi ke dapat gaji lumayan, tapi kerja jiwa tak layan?
Atau lebih berbaloi kerja jiwa boleh layan tapi bayaran tak lumayan?

Aku rasa ,
tak mewah takpe,
yang penting kita gembira,
makan cukup saja,
ada masa layan jiwa,
ada masa beramah mersa dengan keluarga, jiran tetangga,
ada “life” orang kata.

p/s: hidup untuk dinikmati,
bukan untuk jadi hamba abdi.
Hidup itu sendiri pun tak abadi.





Rindu

on Saturday, July 12, 2014


teringat.
perkataan yang aku selalu guna.

ada satu masa,
aku cerita pada kawan baru aku teringat banyak benda,
makanan, kawan-kawan di sana selalu terlintas di kepala.

dan kawan aku kata,
"aku tau ko rindu kenangan tu semua" 
ayat dia buat otak hang sesaat dua.
itu perkataan yang sempurna 
nak gambarkan apa yang aku rasa.
rindu.
ya, aku rindu.

aku rindu banyak benda,
keluarga, geng sekepala, makanan memikat selera.
dan bila terlalu layan rindu itu,
sedih datang sampai aku keliru.
rindu itu sepatutnya tanda bahagia atau duka?

kalau boleh,
aku nak packing semua benda,
takkan aku tinggal satu pun perkara,
termasuk tapak kaki di mana saja aku pernah berada,
semua aku bawa bersama,
supaya semua ada dengan aku selamanya.

tapi.
tak ada daya,
tak mampu nak bawa semua benda bersama selamanya,
"masa tak boleh undur" ayat kawan aku yang kedua,
dia betul. walau ayat dia biasa, 
tapi bermakna dan mampu buat hati kembali selesa.

yang aku pasti,
aku tak menyesal dengan semua yang pernah dilalui,
sebab semuanya akan kekal dalam memori,
sebagai kenangan manis di universiti.

p/s: subcribe je broadband,
terus buka blog.
rindu blog. (T-T)




Sepatah dua kata

on Wednesday, July 2, 2014


Puasa,
Intern,
Penat. 

Jauh,
Family,
Buddy,
Rindu.

Baju kurung,
iron,
malas,
panas,
rimas.

Flat shoes,
1st day,
2nd day,
sneakers.

Nah,
Belanja.