TAK GUNA

on Saturday, December 27, 2014


Itu yang aku rasa.

Seketul atas bahu tapi tak buat apa-apa.
Muda bertenaga tapi tak buat apa-apa.

Tak punya wang, Tak pandai berenang,
Tapi aku tahu pasti ada sesuatu aku dapat lakukan.

Aku mungkin tak pernah alami pengalaman,
Aku mungkim tak faham perasaan,
Percayalah, aku faham keadaan.

Memerlukan,
Kehilangan.

Aku harap aku mampu buat sesuatu yg mampu meringankan kalian. 


H6P3 KMPP 2010/2011.

on Wednesday, December 10, 2014



H6P3 KMPP 2010/2011.

Rindu.
3 Tahun lepas.
Banyak benda dah berubah.
Bila dapat ketemu lagi?

p/s: Tahun 2010 gua dah pakai pastel colour. 
Kuning dan pink youu.
Kalau suruh gua pakai lagi sekarang,
Memang tak lah.
Imma matured enough. 
*fliphairlaikaboss*

Turning twentytwo.

on Tuesday, December 9, 2014

8 December 2014.
I'm turning 22.

Alhamdulillah.
22 tahun bernafas di dunia yang fana ni.
Syukur atas semua nikmat dan dugaan yang telah diberikan.

Terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diucapkan,
Semoga segala aura positive melalui perkataan baik-baik dalam
setiap ucapan dan doa sampai kepada kita semua.

Terima kasih atas ingatan dan perhatian yang masih dicurahkan.
Terima kasih atas phone call, text, wasap, wechat,
Ig, fb, twitter dan doa kalian 


Antara wishes di media sosial


Kepada Geng KAMI 2009,
Jangan kecewa tak dapat jadi org last ye.
Next birthday kita cuba lagi.

Geng Sahabat Selamanya,
Terima kasih atas editing gambar yg cun jadi group icon satu hari.

Aidas Sistas,
Thank you for the surprise.
I don't know what happen to my brain today.
Seriously, tak perasaan apa-apa pun plan korang.
Dari belon, cawan, sudu, pinggan, kek semua.



P/s: Imma happy blessed 22years old Birthday Girl

Semoga dengan bertambahnya usia,
Bertambahlah amalan sebagai bekalan ke sana


THANKS BUDDIES

on Friday, December 5, 2014


Antara insan yang ada di setiap hari-hari aku.
Antara insan yang ada pada saat penting aku.
Contohnya bila tak tau nak pilih tudung mana nak pakai g malam akrab,
Ataupun bila takde baju konvo nak pakai sebab kecewa takleh pakai onedress.
Dan juga masa aku takleh tido bilik sendiri masa shortsem.
Juga mangsa aku nak menggedik lebih sikit bila mood gedik datang.

Ngan korang ni, 
Kalau nak cerita memang panjang berjela-jela.
Long story cut short,
Aku nak terima kasih kat korang untuk semuanya.
Dari setiap suap dan teguk makan minum, 
Setiap saat, minit, jam dan tahun yang dah diluangkan,
Setiap peluh masam korang yang kuar,
Setiap sabar korang ngn kerenah dan tebiat aku,
Perhatian dan kasih sayang korang walaupun tak pernah cakap,
No worries, aku tahu semuanya sbb aku mmg suka perasan lebih.
Tapi aku yakin, kalau aku hilang dalam UNIMAS,
korang mesti perasan punye.
Well, UNIMAS ni banyak kes pelik-pelik lately.

Terima kasih jugak sebab jadi insan, 
yang aku boleh luah apa aku rasa,
yang aku boleh cakap apa yang aku tak suka,
yang aku boleh ganggu bila-bila masa,
yang sudi teman aku buat benda gila,
yang sudi dengar bebelan ideology sesat aku,
yang sudi bawak aku release tension kat padang kawad
usha orang sambil makan biskut ngn air gedegang,
Banyak moment-moment gila ngn korang,
Dan aku tak nyesal kenal ngn makhluk gila macam korang,
Banyak benda aku belajar dari korang,
Contohnya kegunaan chop stick yang pelbagai,
Boleh buat makan megi, goreng cekodok, 
baiki mesin basuh dan pelbagai kegunaan yang tak pernah terlintas.
Banyak sangat benda kalau nak cerita,
Dari Miri sampai Sri Aman pun xcukup.

Yang pasti,
Mcm Shah pernah bagitau,
Aku pun ada perasaan yang sama macam dia.
Bahawasanya, aku tak risau sangat berpisah ngn korang.
Sebab aku yakin satu hari nanti,
Kita pasti jumpa lagi.
Aku tak datang tempat korang, 
Korang datang tempat aku,
Ataupun kite g merayau mane-mane.
Tapi jujur, meroyan jugak la.

Bayangkan selama ni bangun pagi selalu ada,
Pagi-pagi boleh breakfast barang baik,
Tumpang nyelit tido bile seram,
Dan moment-moment camtu takkan ada lagi.
Meroyan oiii.
Tapi takpe, kalau aku call korang
pukul satu pagi pun korang angkat.
Kalau aku busy sikit, korang call aku.
Sembang macam korang ade sebelah je.
Tak rasa jauh.

Nak tempek gambo pun banyak sangat gambonye,
Dan yang pasti juga,
Semua muka tak berape senonoh nak tayang kat umum,

Jadi, Nahtijahnya,
KORANG GILE.
Bye!


Masihkah kau ingat?
Don't belive in media
sbb beza sgt warna dalam gambo ngn warna kulit sebenar.