TAK GUNA

on Saturday, December 27, 2014


Itu yang aku rasa.

Seketul atas bahu tapi tak buat apa-apa.
Muda bertenaga tapi tak buat apa-apa.

Tak punya wang, Tak pandai berenang,
Tapi aku tahu pasti ada sesuatu aku dapat lakukan.

Aku mungkin tak pernah alami pengalaman,
Aku mungkim tak faham perasaan,
Percayalah, aku faham keadaan.

Memerlukan,
Kehilangan.

Aku harap aku mampu buat sesuatu yg mampu meringankan kalian. 


H6P3 KMPP 2010/2011.

on Wednesday, December 10, 2014



H6P3 KMPP 2010/2011.

Rindu.
3 Tahun lepas.
Banyak benda dah berubah.
Bila dapat ketemu lagi?

p/s: Tahun 2010 gua dah pakai pastel colour. 
Kuning dan pink youu.
Kalau suruh gua pakai lagi sekarang,
Memang tak lah.
Imma matured enough. 
*fliphairlaikaboss*

Turning twentytwo.

on Tuesday, December 9, 2014

8 December 2014.
I'm turning 22.

Alhamdulillah.
22 tahun bernafas di dunia yang fana ni.
Syukur atas semua nikmat dan dugaan yang telah diberikan.

Terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diucapkan,
Semoga segala aura positive melalui perkataan baik-baik dalam
setiap ucapan dan doa sampai kepada kita semua.

Terima kasih atas ingatan dan perhatian yang masih dicurahkan.
Terima kasih atas phone call, text, wasap, wechat,
Ig, fb, twitter dan doa kalian 


Antara wishes di media sosial


Kepada Geng KAMI 2009,
Jangan kecewa tak dapat jadi org last ye.
Next birthday kita cuba lagi.

Geng Sahabat Selamanya,
Terima kasih atas editing gambar yg cun jadi group icon satu hari.

Aidas Sistas,
Thank you for the surprise.
I don't know what happen to my brain today.
Seriously, tak perasaan apa-apa pun plan korang.
Dari belon, cawan, sudu, pinggan, kek semua.



P/s: Imma happy blessed 22years old Birthday Girl

Semoga dengan bertambahnya usia,
Bertambahlah amalan sebagai bekalan ke sana


THANKS BUDDIES

on Friday, December 5, 2014


Antara insan yang ada di setiap hari-hari aku.
Antara insan yang ada pada saat penting aku.
Contohnya bila tak tau nak pilih tudung mana nak pakai g malam akrab,
Ataupun bila takde baju konvo nak pakai sebab kecewa takleh pakai onedress.
Dan juga masa aku takleh tido bilik sendiri masa shortsem.
Juga mangsa aku nak menggedik lebih sikit bila mood gedik datang.

Ngan korang ni, 
Kalau nak cerita memang panjang berjela-jela.
Long story cut short,
Aku nak terima kasih kat korang untuk semuanya.
Dari setiap suap dan teguk makan minum, 
Setiap saat, minit, jam dan tahun yang dah diluangkan,
Setiap peluh masam korang yang kuar,
Setiap sabar korang ngn kerenah dan tebiat aku,
Perhatian dan kasih sayang korang walaupun tak pernah cakap,
No worries, aku tahu semuanya sbb aku mmg suka perasan lebih.
Tapi aku yakin, kalau aku hilang dalam UNIMAS,
korang mesti perasan punye.
Well, UNIMAS ni banyak kes pelik-pelik lately.

Terima kasih jugak sebab jadi insan, 
yang aku boleh luah apa aku rasa,
yang aku boleh cakap apa yang aku tak suka,
yang aku boleh ganggu bila-bila masa,
yang sudi teman aku buat benda gila,
yang sudi dengar bebelan ideology sesat aku,
yang sudi bawak aku release tension kat padang kawad
usha orang sambil makan biskut ngn air gedegang,
Banyak moment-moment gila ngn korang,
Dan aku tak nyesal kenal ngn makhluk gila macam korang,
Banyak benda aku belajar dari korang,
Contohnya kegunaan chop stick yang pelbagai,
Boleh buat makan megi, goreng cekodok, 
baiki mesin basuh dan pelbagai kegunaan yang tak pernah terlintas.
Banyak sangat benda kalau nak cerita,
Dari Miri sampai Sri Aman pun xcukup.

Yang pasti,
Mcm Shah pernah bagitau,
Aku pun ada perasaan yang sama macam dia.
Bahawasanya, aku tak risau sangat berpisah ngn korang.
Sebab aku yakin satu hari nanti,
Kita pasti jumpa lagi.
Aku tak datang tempat korang, 
Korang datang tempat aku,
Ataupun kite g merayau mane-mane.
Tapi jujur, meroyan jugak la.

Bayangkan selama ni bangun pagi selalu ada,
Pagi-pagi boleh breakfast barang baik,
Tumpang nyelit tido bile seram,
Dan moment-moment camtu takkan ada lagi.
Meroyan oiii.
Tapi takpe, kalau aku call korang
pukul satu pagi pun korang angkat.
Kalau aku busy sikit, korang call aku.
Sembang macam korang ade sebelah je.
Tak rasa jauh.

Nak tempek gambo pun banyak sangat gambonye,
Dan yang pasti juga,
Semua muka tak berape senonoh nak tayang kat umum,

Jadi, Nahtijahnya,
KORANG GILE.
Bye!


Masihkah kau ingat?
Don't belive in media
sbb beza sgt warna dalam gambo ngn warna kulit sebenar.



Lumrah

on Thursday, November 20, 2014

Lumrah.

Benda yang kita nak,
Bila cari tak jumpa.

Benda yang kita tak nak,
Bersepah depan mata.

Orang suka kita,
Kita tolak,

Orang tak suka kita,
Itu yang kita nak.

Di laman jiran, indah belaka,
Kenapa tak jaga laman sendiri agar lebih indah dari dia?


Terfikir.
Lumrah tu apa?

Takdir, Suratan , Kebetulan atau Pilihan?

P/s:Bersyukurlah apa seadanya.

Entry thanks dedication masih belum selesai

THANKS GORJES GELPRENGS

on Saturday, November 15, 2014





I called them gorjes gelprengs.
They taught  me to present gorjesly,
and to behave gorjesly.

Well, terjebak dengan dunia askar
kekadang effect juga cara kita bergaul.
Dan bergaul dengan manusia-manusia ni,
Sedikit sebanyak terencatkan pengaruh askar dalam hidup aku.

Seperti biasa, hidup perempuan penuh dengan drama.
So do us. Banyak sangat cerita.
Dari bertiga, bergabung, berpecah, bermasam, bermanis balik,
merajuk sana, berpujuk sini. Tu semua drama biasa.


Banyak kepala, banyak ragam, banyak kelebihannya juga.
Kami ada dean list setiap sem, dean list beberapa sem,
yang mengejar dean list dan yang bermimpi lebih je . 
Aku yang last tu.
Memandangkan Cognitive Sciences ni multidisciplinary field,
Banyak kepala is an advantage for us.
Among us, ada yang pandai programming,
Ada yang cepat pick up segala teori philosophy,
Ada yang creative design with brilliant ideas flow,
Ada yang study pulun lagi gigih,
Ada yang study last minit,
Dan aku yang malas study.

Mereka side kick terhebat di alam semesta,
Bila tak datang kelas, attendance ber'sign',
Bila tak faham nota, bila stuck coding,
Semuanya akan settle dengan bantuan mereka.
Bila wifi kolej problem pun boleh settle.

Merempat rumah mereka scene biasa,
Dah macam rumah sendiri, selesa.
Antara port release tension dengan benda dalam kenanga juga.
Banyak kali juga aku lari ke sana.

Sorry girls,
Kadang-kadang aku bagi korang masalah,
Contohnya masa aku gi Sibu
time present VR dan hantar report Ergonomics,
tapi nasib kita lepas dengan bersihnya.
Kadang-kadang aku buat korang tunggu lama bila kita nak outing 
time tu la ada emergency things to settle kat kenanga,
Well, aku berjanji ngn makhluk mungkir janji.
Buat korang ternanti-nanti

Satu lagi time aku kena heret dengar promo MLM masa first year,
Malam tu kita patut ada meeting, dan korang tunggu aku sejam.
Lepas tu aku heret kawan yang heret aku tu pegi meeting kita sekali.
Sorry juga sebab bagi korang musuh.
Aku pernah sound sorang budak masa first year
sampai dia jeling korang sekali. Tak matang betul.
Tapi eseymen kita yang tu berjaya dapat tepukan
dan diabadikan dalam akaun youtube aku.
Sorry juga bila tak dapat tolong korang settle urusan bil, imigresen
dan join outing sebab ada hal lain.
Kadang-kadang rasa suck sangat bila terpaksa say No kat korang.

Thanks sebab tahan dengan perangai aku,
Dapat gerprengs macam korang 
mmg hikmah terbesar sepanjang undergraduate.
Tanpa korang, aku takkan mampu nak duduk 3 tahun,
Mungkin akan jadi 5 tahun kot.
Tapi, ada juga yang nasib tak sebelahi. Terkandas.
Pernah juga aku terlintas 
yang aku sepatutnya duduk kat tempat korang.
Korang rajin gilerr. Baik pulak tu.
Sepatutnya korang patut dapat yang terbaik.
Tapi ni semua rezeki kan.Bukan kuasa kita.
Aku yakin, rezeki korang kt luar sana mencurah-curah nanti.
Sebab Allah tu maha adil.

Thanks sebab ajar aku tips-tips kecantikan,
Pakaikan eye liner, ajar exfoliate kulit mati,
Ajarkan cardio exercise untuk kuruskan paha,
Bagi pinjam shawl baru dan baju
 sebab sehelai sepinggang merempat rumah korang,
Bagi aku lepas gian memasak kat dapur korang,
Sudi berhimpit tido ngn aku,
Sudi teman aku skodeng jiran korang yang sado,
Walaupun korang tak buat kerja-kerja camtu.
Sudi ajak aku g food hunting kat tempat korang usha lam tenet,
Sudi back up aku bila ada orang mengata,
Sudi bebel suruh aku iron baju sebelum g kelas walaupun aku degil,

Banyak sangat jasa korang kalau nak tulis semua.
Tak mampu den.
Aku cuma mampu doa semoga korang baik-baik saja,
Semoga korang terus berjaya,
Semoga friendship kita kekal sampai hilang nyawa
Dan semoga korang jangan M.I.A. 


Terima kasih jugak kat Matt,
Dia pun gorjes. Gorjes dia kat hati.
Well, kalau nak compare Matt
ngn mamat-mamat jambu kelas aku,
Aku rasa Matt lagi gorjes.
Sebab tu dia ramai scandal dalam kelas walaupun dia tak ngorat.
Terima Kasih Matt sudi kawan ngn kami semua,
Terima Kasih sudi jaga gerlprengs aku,
Gambo kita yang cantik sikit semua ko simpan sorang.
Terpaksa tampal gambo muka gelojoh mulut penuh.


T E R I M A  K A S I H   U N T U K   S E G A L A N Y A

p/s:  Baru perasan kita takde gambar semua.
Susah nak keluar ramai-ramai seems selera berbeza.
Gambar konvo kita ramai-ramai  tak sedut lagi.
Ada pada hengpon sape ntah aritu?

Korang satu-satunya kaum yang aku jumpa g karok lagu korea
Siap nari-nari ikut step lagi.
Boleh berubah 360 darjah bila karok korea. Mmg Dasyhat.

LE' CIK DA'S FAMILIA



Antara insan yang banyak berjasa sepanjang di Sarawak,
Ayah Da and Le' Familia.

Walaupun Ayah Da tu adik kepada Ma,
So, jadi Ayah sedara la kan.
Tapi aku lagi rapat ngn isterinya, Cik Da.
Mugkin sebab Ayah Da jarang ada kat rumah kot.
And lagi selesa kalau nak gosip-gosip sesama pempuan.

Dari first day aku sampai Sarawak,
Sampailah last day sebagai student di Sarawak,
They are always with me.

Selalu call tanya khabar,
Selalu juga bagi duit belanja,
Rumah mereka port aku release tension zaman first year.
Stress dengan setan-setan dalam kenanga,
Hujung minggu, tak ada training, sampailah aku ke sana.

Kisah pembuli, mereka orang first yang tahu.
Ayah Da risau masa tu,
Cik Da syak pembuli suka aku.
Haha. Lawak bila ingat balik.
Bila dapat tahu pembuli dah tak ada,
Baru mereka lega.

Mak mbah dan Pak mbah jugak banyak bantu,
Tapaukan makanan sedap-sedap,
Bagi nasihat, cerita-cerita zaman muda,
Bawa balik beraya kat kampung Mak mbah,
Rasa ada keluarga walaupun jauh.

Nuriy dan Afrina pun banyak menyerikan hari,
Tengok budak-budak ni membesar
Mengingatkan aku pada adik beradik.
Mengingatkan aku zaman kecik-kecik dulu.


Thanks Cik Da, sudi datang walaupun tgh sarat.

Adorable Nuriy Nazihah.
A great daughter and the best sista.
Being an Olda sista is not easy.
But, u are the best.
Better than me indeed.


p/s : Sorry if I'm not a good niece, 
       And really sorry if I'm not a great sista to you girl.
      Love you guys Walillahi.



T.H.A.N.K.S  F.O.R  E.V.E.R.Y.T.H.I.N.G

A L L A H   B L E S S   Y O U R   F A M I L I A.





THANKS DEDICATION PART 1


Alhamdulillah kepada Allah 
yang memberi rahmat dan nikmat,
yang memberi ruang dan peluang,
yang memberi ujian dan penyelesaian,
yang memberi ketabahan,

Terima kasih atas konvokesyen,
Semoga kejayaan semakin mendatang,
Teruskan meberi kekuatan,
Sesungguhnya Engkaulah yang mengaturkan segalanya.

Terima kasih juga kepada Abah dan Ma,
Bayarkan yuran setiap sem,
Duit poket setiap bulan,

Memberi idea saat gelap gelita,
Memberi telinga mendengar segala luahan rasa,
Memberi nasihat agar tak sesat,
Memberi kasih sayang agar rasa disayangi
Memberi kata-kata puji agar rasa dihargai,


Tak mampu nak buat kata-kata 
yang mampu mejelaskan dengan tepat 
how grateful I'm.
This is for Abah and Ma,
Without them, I can't afford to do all these.
Thanks. Alhamdulillah.





p/s: Lambat sikit update,
Better late than never.
And, takde gambo ngn ma,
tahun depan ma konvo kite amek gambo sesame ye.

Thanks jugak Kak Cik sudi datang. 
Iloveyoumucho.


KONVOKESYEN UNIMAS KE-18

on Monday, November 10, 2014





Alhamdulillah,
Syukur ke hadrat Illahi,
Atas limpah dan kurniaNYA,
Aku selamat bergraduasi pada 2 Nov lalu.

Bachelor of Science with Honor (Cognitive Sciences).
Masih jelas tiga tahun lepas,
Habis matrik, aku kerja kat butik.
Dapat result matrik pun kat butik.
Isi UPU pun kat butik.

Masa isi UPU basically aku pilih kos pshycology.
Google banyak bantu masa tu.
Search pasal kos ni kat semua IPTA.
Dan dalam banyak-banyak,
kos psychology kat UNIMAS dipanggil Cognitive Sciences.
So, termasuk la jugak dalam pilihan.
Pilihan ke 6 tak silap.

And, even dah lepas tutup UPU,
gua still searching for info about Cognitive Sciences ni.
Masa tu, hari-hari berdoa agar dapat kos ni.
Walaupun bukan first choice.
Dan Alhamdulillah, doa aku dimakbulkan.

Terlalu panjang cerita perjalanan.
3 tahun tempoh pengajian,
Terlalu banyak benda aku dah berdepan,
Ramai orang aku berkenalan.

Tak mampu nak cerita satu-satu,
Tak mampu nak terima kasih pada semua yang membantu,
Syukur, semoga segala jasa kalian dibalas tuhan yang satu.

Still rasa macam mimpi sampai harini.







JATUH

on Sunday, November 9, 2014


Rindu zaman kecik-kecik dulu,

Bila jatuh,
Yang luka cuma tangan dan kaki.
Bukan hati.

Tarbiah Sentap: Boleh ke ada crush?

on Tuesday, October 28, 2014
Tarbiah Sentap: Boleh ke ada crush?: Dengan nama Allah saya mula. Juga selawat ke atas arrasul saw. Insyallah, kali ini, saya akan hurai isu “crush” yang makin lam...

Fortune Teller

on Thursday, October 23, 2014

Hari ni gua tolong miss yap jaga office.
Segala plan gua nak cari souvenir
 buat sahabat tak tau la jalan ke x arini,
Basicly gua tak buat ape pun.
Cuma amek pick up list je.
Ala- ala Gdex jugak la kerja ni,
Miss yap ada courier service brand sendiri.

Miss yap ni sebenarnya sifu umi,
time gua kat Gdex dulu umi selalu jugak cerita pasal dia,
And bile kat sini, die selalu cite pasal umi pulak.
they admire each other for their successfulness.
Gua pun admire dua-dua.
Masing-masing sekolah tak tinggi pun,
Tapi wawasan nak majukan diri tu tinggi.
And now, they are successful business woman.
Most important, they enjoy life.

Umi sekarang kt Jepun, tgh holiday.
Miss yap skrg tgh settlekan hal jual beli rumah.
Dia jual rumah dua tingkat dia.
Beli rumah teres biasa,
Gaji lebih pekerja,
And she can go travel anytime, anywhere,
Pekerja cari duit untuk dia.
I love her plan.
Walaupun tak kaya raya duk dalam istana,
dia boleh buat apa dia suka.
I want that life too.

Okey, panjang lebar pulak cite pasal miss yap.
Balik pada tajuk,
Pagi tadi, miss yap ada baca tapak tangan,
yeahh, chinese kan ada la feng shui bagai ni semua.
She told me my life would have different story,
if i run a business, i can succeed.
but there will be lots of obstacles.
And once i had succeed,
I cant be greedy.
or else ill drawn and destroy forever.

and she talk about my love story,
I gonna have complicated relationship.
I did ask her how come it will happen,
she said she don't know that either.

Miss yap read nana's palm too.
and  she get really excited.
Nana was born for business.
She has that luck, look and style.
and she offered nana to become her mentee.
She willing to teach nana and share everything with her.

it's good to see bright future in your younger sista.
She have all the package, but her attitude ruin it all.
I hope nana will be successful like miss yap and umi too.
She has great mentor to learn from them.

and for me.
I dont need the two man.
it quite nonsense.
I even don't have any special boyfriend at this age.
And I don't need boyfriend.
I choose to wait for my husband to come.

My soul is not in business field.
I need money, but i don't love it.
I love happiness.
I love to see people happy.
I think charity or welfare is my world.
I'm going be very happy in that world.
but I still need to generate money for living.

apa-apa pun, tak baik percaya sgt dgn tilik nasib ni,
syirik. percaya je dengan ketentuan Allah.
but somehow, I do believe yg semuanya Allah dah aturkan.
setiap pergerakan bulan dan bintang,
setiap insan punya masa depan.
and i believe there is a way to reveal that.
Umi once said, the moment we were born,
...........................
I don't know how to explain this.

Sampai sini je la.
Gua kena menuntut banyak lagi.
Gua rasa sejak belajar cognitive sciences,
Gua makin gila.
Sekian.

p/s:  updated from tab pinjam.
susah sikit nak setting warna text ngn alligment die.
next time gua adjust balik.

27/10: Gua dah ejas alignment and colour


Disappoinment

on Wednesday, October 22, 2014




I wish I can sewing,
The tailor always disappoint me.

They ruined my clothes,
And I can't do anything.

I don't get angry,
But this is the greatest disappointment I ever faced.

Don't cry syamimi,
It just your convo cloth.
It just a convocation.
Nothing big.


BITTAUFIQ WANNAJAH SYASYA





Nurul Aida Syarafana bt Daud,
Bittaufiq Wannajah for your SPM.

Paling rendah 8A okeyh.
Budak SBP kan.

At least kena beat budak harian,
6A.

Whatever it is,
Kakngah doakan kakak straights okeyh.
In Sha Allah.

KONVOKESYEN ABANG.






Tahniah Abang.
6 tahun penantian.

I witness all your hardship,
I saw how tough your way,
I'm happy to see your smile that day.

Banyak benda dalam akademik,
Gua buat keputusan dipengaruhi abang.
The aims was ,to beat abang.
UPSR, PMR, SPM, MATRIC.
Semuanya demi beat abang.

You know that too,
But, I still guide me,
Give advise,
Taking care.
Sampai degree life.
Walaupun selalu jugak mintak duit.
Haha.

Semoga lebih berjaya 
Semoga dapat berjasa.

Terima kasih sponser tiket konvo dengan gaji pertama.
Semoga murah rezeki.
In Sha Allah.


Testing sikit. Warna dia cantik

EIDUL ADHA 2014



Setelah bertahun-tahun Daud's Family beraya tak cukup korum,
Finally, Aidil Adha kali ni semua dapat berkumpul.




Siang harinya memang tak kemana.
Lumrah raya apa pun setiap tahun.
Pagi-pagi mesti rumah dah kena serbu.
So, memang duk rumah je sambut tetamu.

Raya tahun ni tak tahu kenapa bahagia sangat,
Maybe sebab dah lama tak berkumpul semua ada.
Makan, makan, makan.
Tu je kerja.
Ma masak pun dah macam-macam.
Umi datang pun bawak macam-macam lagi.
Tambah-tambah tahun ni Cheff Iqra Nabawi pun dapat beraya sekali,
Prawn Olio cheff mmg sedap.

Malamnya, melawat rumah Ayah Long.
Bergosip gurl- gurl dulu seround dua.
Melawat Kuzy-kuzy yang jarang jumpa.



PULANG


Balik dari Broga,
Niat di hati nak tido dulu.
Then balik Subang.

Pagi tu gua wasap pic sunrise dari Broga,
And Ma bagi order suruh balik Ganu.
Anak die dah start buat perangai merayau.

Seems kunci rumah Subang ada ngn gua,
And Abah punye bas ke Subang malam harinya,
Gua kena sampai ganu sebelum petang.

So, tumpang mandi manda kt tempat Arah dulu,
And terus shot g Putra.
Luckily, gua sampai je Putra,
Ada annoucement tiket ke Dungun jam 1.30pm.
Jam sekarang 1.00p.m.
Cepat-cepat pegi kaunter,
Amek tiket paling cepat.

Gua dapat bas Sani Express dan seat super cool.

Inilah yang dimaksudkan dengan super cool.
Power bank drain sbb buat jadi touchlight masa kt Broga
and tak sempat charge.
Luckily, dalam bas ada plug.
Tak de la gua boring sangat.

Walaupun dah beberapa malam tak tido,
Gua tak dapat tido dalam bas sbb gua bukan jenis tido
dalam perjalanan, and gua jarang tido siang.
Yang best time-time sengsorang cenggini is,
muhasabah diri.
Time merayau cenggini la at last kita tau mane tempat harus pulang.
Nak-nak bile poket dah kering and muka dah burn.

Kolej Anggerik, UITM Shah Alam.
Dah mcm kolej gua dah.
LEpas pada broga ni,
Banyak kali jugak gua lepak sini.


 And, gua selamat sampai Kertih dalam jam 6 ptg.
Semuanya going well.
Alhamdulillah.


P/s:
Sampai rumah, wajib belai adik kesayangan gua.
Kembang yang sangat teramat comel




BROGA HILLS


Lepas balik dari Pee dee,
Gua tak plan nak balik Subang terus.
Sebab abah balik ganu,
Tak de orang kat bilik,
So gua pun plan nak sambung merayau.

Time gua upload pic dalam train otw g Seremban tu,
Arah ada komen mintak gua melawat dia.
So, gua rasa ni oppurtunity la kan.
Timing cantik, then gua amek tiket terus ke tempat Arah.


Seram giler perjalanan dari Seremban ke tempat Arah.
Dah la train tengah malam,
Sepanjang-panjang ladies coach,. cuma ada aku ngn lalat.
Nasib jugak ade lalat buat teman.

Jeng, jeng! Sampai kat tempat Arah.
Mula-mula pegi ICT dulu sebenarnya.
Lepas ICT tutup baru pegi layan busking kt Bukit Bintang.
Dari Bukit bintang, last min plan,
Sampai lah kami di Broga Hill.

Terima kasih pada Waze sebab tunjuk jalan ke Broga,
Nak cari tempat ni tak susah mana,
Nak naik pun tak susah mana.
Broga ni bukit je pun.
Tapi, nak turunnya tu aduyaiii.
Seksa! sebab dia bukit lalang.
Tak de akar pokok ke apa.
Dah la curam, kalau pakai track nak je gelongsor turun.

Tips kali ni,
Pakailah pakaian yang bersesuaian
dan bawak touch light sekali.
Gelap weyh nak panjat pagi-pagi buta tu.
Dan parking kena bayar RM2 walaupun 
tu bukan proper parking,
Amek kesempatan betul.

Jalan nak naik tu tak susah pun,
Ikut je denai yang dah ada,
And, dah sampai atas,
Broga ni ada empat peak.
Kalau boleh, naik la sampai peak yang atas sekali.
Baru la betul-betul khatam kan.

Tu je kot cerita broga.
And, Gua dapat kawan baru.
Nama dia Arep.
Sarawakian.
Arah tu kawan sekolah gua.
Dah 9 tahun kenal.

Nah, belanja video satu.