Girls Vacation: Kuching, Sarawak.

on Saturday, January 31, 2015


Misi utama kunjungan kali ni adalah demi baby yusuf.
Dari dulu-dulu lagi satu family dah plan melawat baby baru
sekaligus tolong-tolong ayah da pindah rumah baru.
Baby yang mula-mula plan due bulan 12 dianjakkan ke bulan 1.
Memandangkan bulan satu semua dah start busy,
Kami-kami je la yang free jadi wakil orang kemaman melawat baby.
Dan memandangkan rumah baru tak siap renovate lagi,
Aktiviti pindah memindah dikeluarkan dari agenda.


Alang-alang dah sampai Kuching, 
Wajiblah berjalan-jalan makan angin jugak.
Walaupun, masing-masing dah pernah datang kuching, 
excited nak explore tu tetap ada.
Maybe sebab ni first time vacation tanpa parents masing-masing.
Yuhuuuuu. Oppss.

Dah,takyah muqaddimah panjang-panjang,
 cekedout je gambar.

Perjalanan dari terengganu dengan bas. Hingga sampai di KIA.
Paling memorable, bila ayong lambat tunggu bas.
 Bas scheduled pukul 11.45a.m dari kertih, dan 12p.m dari kemaman.
Gua dan kakak naik bas dari kertih, and ayong dari kemaman.
Bas lambat dalam 45 min, and ayong lagi lambat dari bas.
Mau berangin pakcik bas bila gua suruh tunggu kejap.
Sebab lambat, umi suruh deliver spaghetti dulu baru pegi stesen.
Aduyaiiii. Btw, kalau berminat nak beli spaghetti, pm gua.

Meet Muhammad Yusuf Harith b. Mohd Mazuni.
Muka copy paste ayah da.
Kalau cek turnitin ni mau kena plagiat 100%



Second day: ke santubong lah kite.
Sempat Zohor di Masjid Negeri Sarawak, Petra Jaya.
Haaa, aku tau ini masjid negeri pun sebab buat fyp kat sini.
Selama ni ingatkan masjid pink kat Kuching tu dah masjid negeri.
Dah sampai sini, rindu gerlpreng gorjes.
Time g picnic dolu-dolu, otw balik unimas, singgah sini solat dulu.
Parking kete di tempat yang sama, buat gua mengimbau memori lalu.
Makan nasi lemak homemade dulu sebelum gerak balik.
Ohh, rindu betul zaman tu.

Otw ke Santubong, ade port cantik nak bergambar
dekat ngn kaki bukit puteri . Singgah kejap.



Pertandingan lompat paling ayu.
Tunggu sunset
Acah - acah romantik habis.
Honeymoon kang kena buat aktiviti camni jugok.
Malam tu, shoot ke Samarahan untuk dinner date.

Third day: Food hunting



Aiskrim gula apong dan Yukimi's Sushi.
Yukimi's Sushi ni gua pernah cerita dulu.
Nak tau lebih lanjut, klik sini.
Aiskrim gula apong ni legend baqang.
Nanti gua cerita lanjut dalam entry lain bila rajin.
I taknak janji tau. Sbb I ni bukan jenis rajin.
Ok, proceed.


The next day! Hari ke-empat:

Tasik Biru, Bau.


Niat di hati nak shopping di serikin, malangnya jalan banjir teruk.
End up, jalan-jalan area bau je.
Ke gua ibadat dan gua angin.




Nah, kerja gila. Gua paksa budak-budak ni panjat gunung serapi.
Sorry girls seksa uolls.
Dah sampai serawak, kena la merasa.
Ni gunung paling senang tau.


Fifth day: Family outing.


Bawak budak-budak cari Muqaddam.
 Aiskrim again sebab sedap sangat.
Spend evening di Padang Merdeka.
Maghrib di Kompleks Islam sampai bersushi as
Nuriy request Sushi telur ketam tu. Fav dia.
Then, isi perut di RJ Ayam Bakar, Kuching.

Hari Keenam, last day.


Ke dobi ekpress, settlekan semua baju.
Cari kek area sana sebab waterfront takleh seberang.
Melawat UNIMAS ku gemilang.
Cari travel tshirt, some souvenir,
And ke airport.
Sampai KLIA2, amek bas ke TBS.
Sambil-sambil tunggu bas jam 10.30pm,
Urut-urut dulu urat tegang naik gunung.
Sampai TBS, tiket malam ke kemaman dah habis.
So, merempat dulu sana sementara tunggu bas esok hari.

Berakhirlah tujuh hari perjalanan.
Rasa macam sekejap sangat.
Balik rumah, terus rindu nuriy and ina.

p/s:
ada part yang gua tak cerita dalam ni.
Nanti buat entry asing untuk uolls.









Terpesona

on Sunday, January 11, 2015




p/s: Lirik dan kisah lagu
tiada kena mengena dengan kisah benar
empunya laman sesawang biru kehijauan. :)





Melayu

on Saturday, January 10, 2015

Melayu itu layu.
Melayu mudah lupa.
Melayu miskin.

Aku melayu. Namun,
Kata lah apa saja, Label lah apa saja pasal Melayu,
Aku setuju. Aku mengaku. Aku juga begitu.
Itulah aku kerana Aku juga melayu.

Tapi ingat selalu.

Islam itu kaya.
Islam itu bersaudara.
Islam itu maju.

Kalau malu jadi Melayu,
Hiduplah sebagai Islam.

Islam yang maju, Islam yang kaya.
Supaya jadi yang memberi, bukan yang meminta.
Biar mampu bantu sesama saudara.
Supaya nasib kita terbela.


p/s; Yakin Kelantan akan kembali bangkit


Obsess

on Friday, January 9, 2015


Manusia tu tak ada yang sempurna,
Pasti ada kurang di mana-mana.

Yang baik kita ambil jadi amalan.
Yang buruk jangan kita nafikan.


Tegur. Betulkan.


Yang buta itu bukan cinta atau suka,
Yang buta itu nafsu.

duaribu empatbelas

on Thursday, January 8, 2015

2014
tahun yang sangat panjang perjalanan,
Tahun yang paling sedap untuk dikenang.

Sedap.
Bukan bererti manis.
Sedap bila semua rasa seimbang.
Ada manis, ada pahit, ada masin,ada masam
Ada panas, Ada sejuk.

2014 jadi tahun sum up
untuk 3tahun pernafasan di Sarawak.
Walaupun 2011, 2012, 2013 juga terlibat,
2014 paling diingat sebab ia adalah pengakhiran.
Tauliah.
Graduasi.
Mixed feeling
Tak ada exact word dapat desciribe perasaan tu.


2014 ajar aku dua perkara.
Pertama rindu.
Kedua dunia.

Aku mula rindu banyak perkara.
Suasana, aktiviti, perasaan, bau, manusia.
Banyak kalau nak senaraikan semua.

Dunia.

Aku sedar.
Nak hidup kena ada matlamat dan impian.
Ada wawasan, ada perancangan,
Takkan tergelincir landasan.
Silap jalan tak apa, masih berjalan.
jangan berhenti berjalan,
lebih lagi kau manusa sempurna anggota badan.

Dan dunia itu sementara.
Bila-bila masa kita akan dipanggil mengadapnya.
Sediakan bekalan sebelum dijemput tuhan.

Aku dapat ramai kawan,
namun belum tentu mereka akan ada bila diperlukan
Aku juga hilang ramai kenalan,,
Ada yang pergi mengadap tuhan,
Ada yang hilang tak dapat dikesan,
Ada juga aku sengaja renggangkan,
dan mereka sendiri yang melangkah hilang.

Untuk semua watak yang pernah jadi sebahagian dari cerita,
Aku takkan lupakan kalian semua.
Untuk semua kesalahan aku pada korang,
Maaf, semoga korang tak ulang silap aku pada manusia lain.
Untuk semua kesalahan korang lakukan, terima kasih.
Aku belajar dari kalian semua.


p/s:
paling penting untuk jaga tutur kata,
bimbang dalam tak sedar ada yang terluka.








SALAM MAULIDUL RASUL

on Monday, January 5, 2015






Salam Maulidul Rasul
Salam Tahun Baru.


Semoga semuanya lebih baik dari tahun sebelumnya.

Dunia cuma sementara,
Semoga kita semua istiqamah mencari bekalan ke sana.
In Sha Allah.

Andai aku tiada disyurga,
Carilah aku di neraka,
Tariklah aku ke syurga bersama kalian.