duaribu empatbelas

on Thursday, January 8, 2015

2014
tahun yang sangat panjang perjalanan,
Tahun yang paling sedap untuk dikenang.

Sedap.
Bukan bererti manis.
Sedap bila semua rasa seimbang.
Ada manis, ada pahit, ada masin,ada masam
Ada panas, Ada sejuk.

2014 jadi tahun sum up
untuk 3tahun pernafasan di Sarawak.
Walaupun 2011, 2012, 2013 juga terlibat,
2014 paling diingat sebab ia adalah pengakhiran.
Tauliah.
Graduasi.
Mixed feeling
Tak ada exact word dapat desciribe perasaan tu.


2014 ajar aku dua perkara.
Pertama rindu.
Kedua dunia.

Aku mula rindu banyak perkara.
Suasana, aktiviti, perasaan, bau, manusia.
Banyak kalau nak senaraikan semua.

Dunia.

Aku sedar.
Nak hidup kena ada matlamat dan impian.
Ada wawasan, ada perancangan,
Takkan tergelincir landasan.
Silap jalan tak apa, masih berjalan.
jangan berhenti berjalan,
lebih lagi kau manusa sempurna anggota badan.

Dan dunia itu sementara.
Bila-bila masa kita akan dipanggil mengadapnya.
Sediakan bekalan sebelum dijemput tuhan.

Aku dapat ramai kawan,
namun belum tentu mereka akan ada bila diperlukan
Aku juga hilang ramai kenalan,,
Ada yang pergi mengadap tuhan,
Ada yang hilang tak dapat dikesan,
Ada juga aku sengaja renggangkan,
dan mereka sendiri yang melangkah hilang.

Untuk semua watak yang pernah jadi sebahagian dari cerita,
Aku takkan lupakan kalian semua.
Untuk semua kesalahan aku pada korang,
Maaf, semoga korang tak ulang silap aku pada manusia lain.
Untuk semua kesalahan korang lakukan, terima kasih.
Aku belajar dari kalian semua.


p/s:
paling penting untuk jaga tutur kata,
bimbang dalam tak sedar ada yang terluka.








0 comments:

Post a Comment