MIMPI TADI

on Saturday, April 27, 2013



semua lancar, semuanya selesa,
semua terseyum gembira,
dapat rasa apa itu bahagia,
indahnya mimpi tadi seperti realiti.

separuh sedar, aku tahu ia cuma mimpi,
bingkas bangun lalu jam aku cari,
3.05 pagi dan aku terseyum sendiri,
kata orang waktu-waktu begini,
mimpi bukan hanya mainan duniawi,
mungkin petanda atau apa yang akan terjadi,
aku tak percaya mana sebab teori ini tiada siapa kaji,
tapi aku masih berani tersenyum sendiri.
seolah-olah yakin mimpi tadi akan jadi realiti.

dan dalam separuh kesedaran lagi,
aku takut untuk teruskan bermimpi,
indah, gembira, bahagia lagi,
tapi dalam separuh kesedaran itu aku tahu ia takkan jadi realiti,
ya, memang masa depan ketentuan illahi,
tapi aku tak berani nak bermimpi,
bukan takutkan mimpi atau realiti,
tapi aku takut aku kecewakan hati sendiri.



p/s: mimpi indah sebenarnya lebih ngeri dari mimpi ngeri
 bila jauh dalam hati kita tahu sendiri
 ia takkan jadi realiti






GANTI NAMA

on Wednesday, April 24, 2013



pernah tak aku bagi tahu,
dalam cerita aku,

aku boleh jadi sesiapa,
dia boleh jadi sesiapa,
kau boleh jadi sesiapa,
mereka boleh jadi sesiapa,
kalian juga boleh jadi sesiapa,

aku tak semestinya aku,
dia tak semestinya dia,
kau tak semestinya kau,
mereka tak semestinya mereka.
kalian juga tak semestinya kalian.

aku dia dan kau tak semestinya single,
mereka dan kalian tak semestinya plural,
walaupun sepatutnya begitu mengikut tatabahasa.

cerita aku tak semestinya aku sendiri rasa,
mungkin aku letakkan diri aku pada tempat sesiapa,
cuba fahami perasaan mereka,

cerita dia tak semestinya cerita tentang dia,
boleh jadi cerita aku juga,
atau cerita kalian dan mereka,
cuba berada ditempat dia,
untuk tahu apa dia rasa.

cerita-cerita aku tersirat sebenarnya,
boleh baca, jangan percaya,
takut makna kita berbeza.

aku gantikan nama ikut suka rasa,
sebab aku rasa tak penting ini cerita siapa,
yang penting teladannya,
pengajaran ceritanya kita kongsi bersama.

p/s: kalau tak sebut nama, jangan siapa-siapa terasa,
       kalau terkena, harap ambil sebagai nasihat berguna










TUTUP TETAP NAMPAK

on Tuesday, April 23, 2013


telah ramai yang aku dapat kaburkan mata mereka.
aku dendangkan mereka dengan kata-kata orang berhalwa,
aku lihatkan mereka senyum tawa,
agar mereka percaya,
aku baik-baik saja.

tapi dia,
masih dapat menghidunya,
walau sejauh mana aku cuba sembunyikan ia,
walau dengan aku sebenarnya tak rapat mana,
tak seakrab aku dengan mereka,

tapi dia,
dapat meneka,
dapat rasa apa aku rasa,
dapat tahu tanpa aku cerita,
dapat faham tanpa aku mengadu domba.

tapi dia,
dapat baca segala lara,
dapat rasa beban yang aku bawa,
dapat lihat serabut dikepala,

tapi aku,
cuma bawa muka bercuka,
cuma bawa hati yang lara,
tanpa banyak bicara,
minta hulurkan bahunya.
walaupun masa gembira,
tak pernah cari dia.

dan dia
tak pernah kata apa-apa.
selain beri kata-kata bertenaga,
agar aku kuat semula.


p/s: T E R I M A  K A S I H . :)
* aku takkan lupa jasa-jasa kau.

NEXT DESTINATION

on Monday, April 22, 2013










p/s: study pulun sampai senak otak dulu sementara kumpul duit,
baru boleh berjimba ye NURUL AIDA SYAMIMI.
jangan nak main-main banyak sangat. 

WHY






 in some matter, 

it's good to ask why,
it able us to know better,
to understand,
to explore more,

in some other matter,
it's better not to ask why,
we'll get tired,
to hear those reasons.

just do anything you can,
fix anything wrong,
involve if there're problems,
accept what you get.

stop asking,
stop complaining,
just contribute something,

p/s: Will never ask anything, any more

CUTI?

on Sunday, April 14, 2013




habis cuti satu minggu ,
sekejap sangat masa berlalu.

tak puas lagi goyang kaki depan tv,
tak puas lagi selongkar peti,
tak puas lagi ketawa sampai sengal gigi.

bila nak cuti panjang lagi??
bila nak BBQ lagi?
bila nak lepak tepi pantai lagi?
bila nak sembang sampai pagi lagi?



lepaking with ekah, qilah and fyra

disebabkan apex syok sangat belek gadet
sampai taknak bergambar, so bagi space siket
bg masuk jugak si apex tu


then, lepaking at pantai .
ekah dah chow, tp kami ada gee!

lepaking kat tasik kenyir wif beloved kezen. <3 font="">

baju sama dengan kat atas?
yup, same day. kantoi tak mandi sampai malam.
wif umiaq geng kutu rayau gurney.
nasib sempat jugak jumpa dia, BBQ dulu seround







DAN LAGI WATAK

on Wednesday, April 10, 2013



aku masih ingat,
ada lagi satu watak.
tak pasti nak bagi title apa,

kami bercerita hal ini sekali saja,
itu pun tak lama,
sekadar bercerita untuk makluman bersama,
dan kau tinggalkan kami dengan tanda tanya,
apa motif kau sebenarnya?

sebelum aku,
kau berkawan dengan dia,
agak rapat, kau pernah call dia,
masa tu aku ada dalam kereta,
kau pun sms dia juga,
tegur kenapa kaki dia nampak kecil saja.

mungkin masa tu kau tak tahu
 kami rapat sebenarnya,
dan sampai satu masa,
kau tak mengaku
yang selama ini kau yg berkawan dengan dia,

tak logik langsung pengakuan kau tu sebenarnya.
pengakuan itu perlu diganti katanya
penipuan lebih tepat agar lebih benar ceritanya,
dan kebenaran dah terbongkar rasanya.

aku tak tahu apa dia rasa,
tapi aku tertanya-tanya.
kenapa?
dan sebab apa?

aku harap bukan aku sebabnya.
aku harap aku tak ada kena mengena,
dan peristiwa itu buat aku tak percaya,
juga buat aku tak selesa.
selagi persoalan itu masih dalam kepala.

p/s: soalan aku ni semua akan terjawab tak rasanya?

.







WATAK

on Thursday, April 4, 2013

  KAU,
seorang,
tapi,
bagi aku banyak watak.

pertama,
watak mula-mula,
mangsa buli pertama senior,
seksa,
tapi,
bila tahu cerita,
demi kebaikan aku juga,
terima kasih la ye.
tapi kena tahu, cara kau tak kena.

kedua,
watak perempuan mengada-ngada,
pemerhati yang tak tahu cerita,
anggap aku gedik mengada-ngada,
salahkan aku kerana gatal mengoda,
aku buat mereka sakit mata,
walaupun aku cuma berdiri tegak tak buat apa-apa,
semuanya salah di mata mereka,
dan lumrah dunia kita,
tanggunglah semua khianat dan keji mereka,
mental, aku kenal, faham apa maknanya.
terima kasih juga kepada semua.
aku maafkan kalian semua,
tapi aku akan ingat apa yang aku dapat sampai bila-bila.

ketiga,
aku juga jadi orang ketiga,
salah satu sebab pemerhati anti aku juga,
mereka kenal siapa orang kedua,
mereka tahu cerita kau dan dia,
tapi mereka tak tahu cerita kita,
tahu apa rasa bila orang pandang  sebagai orang ketiga?
rasa terhina gila.
bersalah pun ada walaupun aku bukan punca,
tambah-tambah bila tengok orang kedua kecewa,
rasa macam benci kau pun ada,
kau dah buat kacau dalam hidup dua manusia.
aku harap, orang kedua tu dah tahu cerita sebenarnya,
aku juga harap, para pemerhati juga sedar apa silap mereka,

dunia kita tak besar mana,
semua orang akan lalui benda yang sama,
mungkin situasi berbeza,
tapi ceritanya masih sama,
bila kawan-kawan kongsi masalah mereka,
dan aku ada lalui semua itu juga,
ada nasihat untuk dikongsi bersama,
tapi aku rasa loya,
bila ingat siapa yang bagi aku pengalaman itu semua


p/s: ada juga yang gembira sebenarnya,
tapi rasanya tu tak perlulah nak cerita.. :)