WATAK

on Thursday, April 4, 2013

  KAU,
seorang,
tapi,
bagi aku banyak watak.

pertama,
watak mula-mula,
mangsa buli pertama senior,
seksa,
tapi,
bila tahu cerita,
demi kebaikan aku juga,
terima kasih la ye.
tapi kena tahu, cara kau tak kena.

kedua,
watak perempuan mengada-ngada,
pemerhati yang tak tahu cerita,
anggap aku gedik mengada-ngada,
salahkan aku kerana gatal mengoda,
aku buat mereka sakit mata,
walaupun aku cuma berdiri tegak tak buat apa-apa,
semuanya salah di mata mereka,
dan lumrah dunia kita,
tanggunglah semua khianat dan keji mereka,
mental, aku kenal, faham apa maknanya.
terima kasih juga kepada semua.
aku maafkan kalian semua,
tapi aku akan ingat apa yang aku dapat sampai bila-bila.

ketiga,
aku juga jadi orang ketiga,
salah satu sebab pemerhati anti aku juga,
mereka kenal siapa orang kedua,
mereka tahu cerita kau dan dia,
tapi mereka tak tahu cerita kita,
tahu apa rasa bila orang pandang  sebagai orang ketiga?
rasa terhina gila.
bersalah pun ada walaupun aku bukan punca,
tambah-tambah bila tengok orang kedua kecewa,
rasa macam benci kau pun ada,
kau dah buat kacau dalam hidup dua manusia.
aku harap, orang kedua tu dah tahu cerita sebenarnya,
aku juga harap, para pemerhati juga sedar apa silap mereka,

dunia kita tak besar mana,
semua orang akan lalui benda yang sama,
mungkin situasi berbeza,
tapi ceritanya masih sama,
bila kawan-kawan kongsi masalah mereka,
dan aku ada lalui semua itu juga,
ada nasihat untuk dikongsi bersama,
tapi aku rasa loya,
bila ingat siapa yang bagi aku pengalaman itu semua


p/s: ada juga yang gembira sebenarnya,
tapi rasanya tu tak perlulah nak cerita.. :)

0 comments:

Post a Comment