SOME PEOPLE

on Sunday, December 29, 2013


Some people will test you,
Some people will use you,
Some people will teach you,
But most importantly,
Some will bring out the best in you.
-unknown-

p/s: be that some who bring out the best in others,
and you'll find others that will bring out the best in you.
as what you give, you will get back. 





LUPA

on Thursday, December 26, 2013


Aku mungkin tak ingat semua perkara,
Nak-nak benda nak masuk periksa,
Tapi, ada benda yang aku takkan lupa,
Setiap orang yang aku pernah kenali mereka.

Percaya yang Allah temukan aku dengan mereka,
Pertemuan yang bukan saja-saja atau suka-suka.
Ada benda yang  DIA mahu aku belajar dari mereka,
Mungkin mereka belajar dari aku juga,

Tak kira bila pengajaran itu akan berguna,
Kalau bukan sekarang, esok lusa.
Kalau bukan lusa, nanti dihari-hari seterusnya,
Kalau bukan juga,

In sha Allah, sebelum terhembusnya nafas terakhir kita.

SAHABAT UKHUWAH

on Thursday, December 19, 2013


Dalam berjuta kawan 
mungkin ada satu 
yang tak pernah jemu mendoakan 

Mungkin yang satu itu 
yang paling jarang kita hiraukan 
Sahabat Ukhuwah.

p/s: copy paste dari twitter.
masuk TL sbb bff retweet.
dan aku tahu,
aku ada satu itu.
Alhamdulillah.


SUDAH TUA

on Tuesday, December 17, 2013


Salji di mesir, vietman.
SubhanaALLAH,
Dunia sudah cukup tua.

Dari kecil,
kelas fardhu ain,
Ustaz usatazah selalu cerita,
Tanda-tanda bumi sudah tua,
Dia akan lupa cuaca di tempat yang sepatutnya,
Aku masih ingat, tak mustahil Malaysia juga kan bersalji katanya.
MasyaALLAH, benar-benar terjadi,
sungguh, kata-kata ALLAH itu pasti.

Bagaimanakah nasib aku nanti,
Cukupkah amalan untuk dibawa mati?



PERCAYA





bila aku kata dia tak baik mana sebenarnya,
kau taknak percaya tak ape,
aku cuma pesan awal supaya nanti kau tak kecewa,
kalau- kalau kau nak terima buruk baik dia,
kalau-kalau kau rasa nak cari yang lain, masih ada masa.

dan bila kau memang tak nak percaya,
aku tak salahkan kau pilih untuk jadi buta,
ya, aku dan dia jauh beza,
dia malaikat, bidadari syurga,
aku? bukan siapa-siapa.

kau agungkan dia,
aku dengarkan saja,
nanti bila kau kecewa,

jangan risau sedara,
aku sentiasa ada untuk kau berkongsi rasa.


dan aku akan ingatkan balik pesanan aku 
yang dari mula yang kau taknak percaya.

p/s : talk less, keep watching and wait for the right timing. :)



HAPPY BIRTHDAY TIQ!

on Friday, December 13, 2013


13/12/13 *nice date

HAPPY BIRTHDAY

 TO MY BELOVED FAVORITE 

GIRLFRIEND!



32051,

NUR ATIQAH BINTI IBRAHIM


Semoga yang terbaik sentiasa disisi sampai syurga nanti.
It has been 3 years we knew each other,
thanks for being a wonderful girlfriend,
Signkan attendance bila tak pegi kelas,
Explain notes bila tak faham,
Tolong assingment bila tak pandai,
Terima kasih juga kerana sentiasa memahami,
sentiasa menyokong,
dan sentiasa disisi. :)
I LEBIU LA TIQ!

NAH! Hadiah Birthday!



Ingat dok ag zaman MAP?
I can't believe it, we had been stuck together since MAP.


zaman second year: asal group, mesti muka kita tiga je. 

by times, we are still friends, and making a lot of friends. LUV

p/s: ingat lagi tak azam 2013 kita?we had make it reality. congratz.




SENDIRI

on Thursday, December 12, 2013


ada masa rasa ingin sendiri,
banyak perkara untuk dikongsi,
ada saja telinga yang menadah dengan sudi,
cuma aku rasa lebih baik sendiri.

blog dikunci,
tumblr diprivasi,
mulut lebih banyak berdiam diri,

sampai satu tempoh,
sudah cukup aku muhasabah,
aku kembali berkongsi,
kembali bercampur dengan realiti.

HAPPY BIRTHDAY SYAMIMI

on Monday, December 9, 2013



8 DECEMBER
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 21

semoga hidup dirahmati,
semoga sihat jasmani dan rohani,
semoga yang baik-baik itu sentiasa di sisi,
aku sayang kau syamimi.
semoga kau Allah berkati,


terima kasih atas text betubi-tubi,
terima kasih atas call tak henti-henti,
terima kasih atas sambutan hari jadi,
terima kasih atas ucapan di twitter, ig dan fb
terima kasih masih mengingati,
terima kasih masih menghargai.


p/s:
 Rumah Seri Kenangan beri aku banyak pengajaran.
       Terima nenek-nenek sekalian,
       Apa aku pelajari?
       Nanti kita kongsi.




PANDANG DEPAN

on Tuesday, November 26, 2013


Dulu kita bahagia, bergembira sama-sama,
Dulu punya cerita indah belaka.
Tapi,cuba baca semula 
baca buat kali kedua.
Semua itu dulu punya cerita.

Kita hidup tak undur masa,
Tak perlu kenang cerita lama,
Oh, mungkin kenang tu boleh sekali sekala,
Cuma tak perlu harap dulu punya cerita berulang semula.






RETHINK

on Sunday, November 24, 2013



ribut taufan melanda pagi hari,
semua pasal hal peribadi,
niat murni dia disalah erti,
bila cara berfikir tak sekali,

pagi hari,
reflect diri,
di twitter,
sebab rasanya tak perlu kongsi cerita,




and I just realize,
my critical thinking is too complicated,
make people hard to understand me,
and me myself don't understand me either.



another thing I just realized,
I believe what I want to believe,
I say what I want to say,
I do what I want to do.

All these time,
I believe I'm not a volcano,
I believe I'm not a tsunami,
there are 2 person always make that anology to me,
but today,
I start to think about that again,
and I think I'm going to accept that.





BATASAN

on Thursday, November 21, 2013



Kau tahu aku dan kau kawan,
Dan sampai situ saja kita punya batasan,
Mungkin kadangkala kita bergurau mcm lebih dari kawan,
Tolong terus ingat, jangan sekali lupa yang itu cuma gurauan.
Aku takkan heret kau lebih dari garisan,
Harap kau tak berenang ke sana sorang-sorang,

Sebab aku takkan ke sana,
dengan kau yang aku sayang sebagai kawan.

KAKI SENDIRI

on Wednesday, November 20, 2013



Aku ada abang yang layan aku macam kawan,
Aku ada kawan lelaki layan aku tak macam perempuan.
Aku suka, aku selesa dengan keadaan sekarang.
Aku rasa aku suka berdikari,
Aku tak suka dilayan sebagai puteri.

 aku rasa aku suka berdikari
sebab aku tak pernah tau apa rasa jadi puteri.
        Mungkin seronok bila ada pahlawan bernama suami,
        Layan kita isterinya sebagai puteri.

      
 p/s: Jom kawen. hiks!

JEMU

on Sunday, November 17, 2013


jemu,
ayat kau conteng di sana,
kau tampal juga disitu.

jemu,
ayat kau terbaca disana,
kau tampal juga ia disitu,

jemu,
apa kau sembang disana,
kau kongsi juga disitu,

jemu,
tapi itu hak kamu,
hak aku,
cuma menyatakan yang aku jemu.


p/s: manusia sekarang dah tak ada identiti diri,
apa nampak best, itu dia nak jadi,
dari dressing sampai writing dah takde variety,
semua hampir sama sana sini.

aku bangga jadi pelik.

KONVO

on Monday, November 11, 2013


meriah,
semua gembira,
suasana ceria.

aku harap giliran aku tiba tepat pada masa,
dan semalam, 
aku tambah lagi satu harapan.

nak kawen sebelum konvo boleh?
tapi lepas study la.

dan hari ni,
aku rasa itu cuma angan-angan,

calon takde,
tak bersedia
belum round dunia,
tu tiga alasan kukuh aku taknak kawen lagi.


p/s: round dunia satu-satunya cita-cita dari kecik 
yg masih lagi cita-cita hari ni.



PEHA KANAN DAN KIRI TAK SAMA RASA LAGI

on Wednesday, October 30, 2013



apa yang aku cakap belakang orang,
itu jugak yang aku cakap depan-depan.


{if 
 aku cakap belakang,

only if
aku dah cakap depan-depan

else
aku akan cakap depan-depan.
};

aku diam,
tak jawab soalan?

aku tengah back up kawan.

kawan kita,
tak semestinya semua orang suka,
bila mereka luahkan apa tak kena tentang dia,
diamkan saja,
dan sila terasa.
sebab cubit peha kiri, peha kanan terasa juga.

dan
tegurlah kesalahan kawan,
teguran boleh dalam bentuk cerita atau soalan
cerita biar direct, biar sampai tauladan
soalan tak semestinya ada jawapan,
cukup buat dia fikir dia punya kesalahan,

mungkin saat itu dia hilang pertimbangan,
tak berapa waras buat keputusan,
tak sengaja buat org tak senang.

tapi berdepan kawan tak terima teguran,
maaf tu mungkin last.
jgn tanya kalau lepas ni tiada lagi cerita dan soalan.

mungkin tahap sabar aku dengan kau dah sampai batasan kawan.


p/s : 
hidup bermasyarakat kena ambil tahu kalau kita buat orang tak senang,
 bukan suka hati nak cakap, tulis , baca ikut perasaan.
orang lain juga punya hak untuk tenang




HARI

on Monday, October 28, 2013



isnin,
selasa,
rabu,
khamis,
jumaat,
sabtu,
ahad,

isnin,
.......

seminggu berlalu,
pantas tanpa menunggu,

penat mengejar,
bimbang tergelincir dari litar.

kuatkan kaki, kuatkan hati,
teruskan mengejar masa yang takkan berhenti,
semoga nanti akan jumpa impian yg menjadi realiti.

INSYAALLAH.

p/s: serius penat yang amat.

SETIA II

on Tuesday, October 22, 2013


Is your favorite color blue,
Do you always tell the truth,
Do you believe in outer space,
I'm learning you,

Is your skin as tan as mine,
Does your hair flows side ways,
Did someone took the portion of your heart,
I'm learning you,

If you don't mind can you tell me
all your hopes and fears,
and everything that you believe in,
Could you make a different in the world,
I love for you to take me to a deeper conversation,
Only you take me,

I lend my guard down for you,
And wait for you will to,

If you don't mind can you tell me
all your hopes and fears,
and everything that you believe in,
Could you make a different in the world,
I love for you to take me to a deeper conversation,
Only you take me,

Deeper conversation with me.

diulangi beberapa kali,
mata pada lecture web programming,
fikiran diawang-awangan,
mungkin sebab tak tidur semalam.

dan aku terus mendengar,
jemu, tapi aku suka,
deeper conversation tetap setia,
menjadi ringtone alarm sejak aku tingkatan 4.
dan masih menjadi ringtone alarm ketika aku ditahun 3.

aku rasa aku setia,
tapi aku tak percaya setia sebenarnya,
"sedangkan bayang sendiri pun tak bersama ketika tiada cahaya"

dan pelajaran web programming,aku sedar sesuatu,
kita sendiri pilih apa yang kita mahu ia bersama,
lagu ini, beberapa kali hilang bersama memory card yang dicuri,
tapi aku download lagi,
masukkan ke dalam playlist kembali.

kenapa,
sebab aku suka.
jadi aku berusaha.

prinsipnya sama,
apa yang kita suka,
kita mahu ia bersama,
kita usaha dapatkannya.

bukan cuma harapkan ia tetap setia bersama.
jika mahu bayang-bayang tetap bersama,
cuba berusaha sentiasa dibawah cahaya,
cahaya terang atau cahaya bulan,
itu bukan persoalan,
selagi ada cahaya, selagi itu ada bayang.


p/s: SETIA I,
entry sebelum ni yang aku tak post-post lagi,
tapi sudah expired validiti,
SETIA II,
kesimanbungan saja sebenarnya,

 
 

MACAM PERNAH LALU

on Friday, October 18, 2013



bila cerita dua tahun lepas dimainkan semula,
cuba mainkan dengan lebih baik dari pelakon lama,
mungkin boleh supaya jadi cerita gembira,
ubah pengakhirannya,
tukar jalan cerita,
mana tahu boleh tamat puaka kolej kenanga



p/s:
pengalaman,
tak kisah pengalaman sendiri atau pengalaman orang,
teacher maszidah pernah cakap yang 
kita takkan mampu nak lakukan semua kesalahan
yang baik jadikan pengajaran,
yang buruk jadikan sempadan.













SERBAN

on Saturday, October 12, 2013


sempit,

terhimpit,
rasa nak menjerit.

need some space,
need vacation.

korban,
berkorban,
terkorban.
pengorbanan sebelum terkorban impian,
berkorban demi pengorbanan,
terkorban dek berkorban.

p/s: oh, third year please be nice.
i'm trying so hard.

SEmpit + koRBAN = SERBAN

BARANGKALI

on Thursday, October 10, 2013



barangkali,
bukan aku yang diimpi,
tapi mohon izinkan aku bermimpi,
namun, jangan dihulur tali terlalu tinggi,
kelak lari jauh dari realiti,
bimbang hanyut dalam mimpi sendiri.

barangkali,
mungkin lebih baik sedar diri,
tak usah bermimpi,
hiduplah dalam realiti,
walau tak seindah mimpi sang bidadari.


p/s:
barangkali,
term klasik kawan sekelas selalu guna kebelakangan ni,

PTA

on Tuesday, October 8, 2013



PTA belum mula,
sibuk tak ingat dunia,
projek sini sana,
dah tak tidur bermalam-malam juga.

oh tahun tiga.
semoga semuanya baik-baik saja.
INSYAALLAH, doakan aku ya.

BAYANGAN

on Monday, October 7, 2013


saat diumumkan,
kau terlintas difikiran,
harap boleh jadi kenyataan. :)

p/s: dah boleh start susun ayat untuk sem depan.

GOOGLE is THE BEST TEACHER?

on Friday, October 4, 2013



check traffic blog,

ada satu visitor dari google,
lalu click,
sebab link dia xhtml,
xhtml yg aku baru kenal sem ni 
dalam kelas web programming,

html,xhtml, html 5 sangat menarik.


dan sebab,
aku memang minat nak tahu 
apa yang orang cari sampai terkandas kat blog aku ni,
kesian korang.

and know what I found?



looks like someone got very interested to know more,
or to get more maybe.

anyway, g. double o. d. j. o. b to do some research,
my web programming lab tutor had said that,
google is the best teacher to learn web programming,

but I tell you this,
MSK PALAPES DARAT,
is much more better than google,
you will learn a lot,
if you have a bright eyes to
crystally see the purpose and benetifs of this event,
you will love this moment damn much.

and, if got anything curious,
you can find me,
I got a lot of stories and tips to share,
and I hope you are a PKW
but it does't matter if you are a PK.

p/s:
masih segar dalam ingatan apa yang dapat dari senior,
serta masih dalam dilema nak bg yg sama ke tak kat junior.
experience is the best teacher.



TANGIBLE COST

on Wednesday, October 2, 2013


bosan?
sedangkan kerja bertimbunan.

berhenti berangan,
hentikan khayalan,

teruskan siapkan tugasan.
teruskan berkorban demi masa depan.


p/s: 
mr.hardyman kata segala pengorbanan masa study
  is tangible operational cost
sebab at the end kita akan dpt recognition 
which is degree certificate.
_Expert System and Design (ESAD), 2 OCT 2013_





LUANG MASA, BUANG MASA

on Tuesday, October 1, 2013


lama juga tak keluar cuci mata,
lama juga tak keluar tengok dunia,
lama juga tak keluar kosongkan kepala,
lama juga tak keluar tenangkan minda.

really wish to see Rafflesia ,
OCT is the blooming season.
but no free time.

need to find some free time,
need to release all these tense.

vacation please?



BUAT SERIUS

on Thursday, September 26, 2013




minggu ni busy giler, 
memang banyak kerja,
internet pulak taknak kerjasama,
anggap ini semua dugaan nak berjaya.

tapi ada satu peristiwa,

aku nampak dia tarik tangan dia,
mungkin taknak dia ke tempat aku berada,
kemudian kata-kata berbau benci
atau mungkin dengki dilemparkan oleh mereka
tapi buat tak endah saja,
aku tak kacau siapa-siapa
persetankan mereka

tapi mereka tak perasan yang bersama aku ada lagi sorang kawan,
mungkin taknak tunjuk mereka sebenarnya setan,
mereka datang kononnya bertegur-teguran.
ya, baik punya lakonan.
tahniah kawan.

tapi kenapa aku tak terasa,
oh, mungkin sebab aku dah tak ambil tahu hal mereka.
buatlah apa kalian suka, 
heretlah sesiapa saja,
aku ada banyak kerja,


p/s: dan terima kasih buat aku kenal siapa kawan
 yg susah senang bersama.


skrg ramai betul spesis bahagia diam-diam,
dah susah baru nak cari, kononnya kawan.



HABIS CERITA

on Thursday, September 19, 2013




tawar,

tak ada rasa.

tak kisah dulu kau siapa,
tak kisah apa kita lalui bersama,

sebab,
tak kisah bermakna tak kisah.

dan habis cerita.

BUKAN SALAH DIA

on Wednesday, September 18, 2013

tengok muka dia, 
teringat semua apa yang aku pernah kena,

ini masa dia,
masa yang aku rasa aku boleh balas semuanya,

tapi, bila tiba masa,
bila muka itu depan mata,
aku tak boleh bagi dia apa-apa,

hati aku kata itu semua bukan salah dia,
kepala aku teringat balik apa aku rasa masa aku kena,
tak suka,
sangat tak suka.

lagipun masa aku sama taraf dengan dia,
aku pernah berjanji taknak buat perkara yang sama macam mereka,

tapi, bila aku setaraf mereka,
kecik besar, kecik besar je aku tengok dia.

selagi mampu,
ingatkanlah aku,
"bukan salah dia"
dia tak perlu rasa.

dendam, saka? 
sampai bila tak ada kesudahannya.

p/s: mungkin aku yang perlu berkorban
supaya saka ini tak lagi berterusan

HIKMAH

on Thursday, September 5, 2013


aku yakin yang ramai percaya bahawa,
setiap yang berlaku ada hikmahnya.

tapi bila musibah menimpa,
atau terjadi perkara yang kita tak suka,
yang kita tak jangka,
kita lupa apa yang Allah kata,
bahkan persoalkan pula kenapa terjadi itu semua.

nak berkongsi cerita,
sem lepas aku tak dapat sekelas dengan sahabat-sahabat semua,
sebab utama line kau tak berapa nak berdaya saing masa itu sebenarnya,
sebab kedua, mungkin mereka lupa.
tak salah mereka kalau ya mereka lupa.
mereka dah ada kawan-kawan baru yang lebih baik dalam segala benda,
sebab ketiga aku nak masuk kelas dekan juga sebenarnya,
dan kosongkan jadual hari rabu sebab taknak pakai uniform formal.
disebabkan masing-masing ada rancangan sendiri,
kami tak sentiasa bersama lagi.

mula-mula aku tak selesa,
sebab aku bukan jenis ingat kelas dimana, pukul berapa,
lagi sebab aku bukan jenis nak berapa alert pada kerja,
dari sem satu, mereka yang selalu ingatkan aku assingment apa yang ada, dan duenya bila.
kerja berkumpulan, memang kami bertiga takkan berpisah selamanya.

tapi Alhamdulillah,
group assingment  semua lecturer yang tentukan ahlinya,
nasib menyebelahi aku bila mereka semua satu kepala,
bahkan boleh dipanggil kawan juga,
ikhlas bila buat kerja, sama macam sahabat aku juga.
nak dijadikan cerita,
list supervisor FYP ditampal pada papan berita,
ramai kenalan baru sama supervisor.
kalau dulu aku tak masuk kelas tu, aku tak kenal mereka.
cuti ini, text sentiasa diterima mengingatkan tentang FYP yang bakal menjelma.

aku juga lebih berdikari,
ingat jadual waktu kelas sendiri,
aku tampal besar-besar setiap assingment yang diberi,
aku lebih pandai mengurus diri,
aku lebih yakin nak hadapi tahun 3 nanti,
bila masing- masing dah busy,
semua benda kita perlu urus sendiri.

kini aku nampak hikmahnya,
walaupun dulu aku agak kecewa,
tapi itu pilihan aku jua,
aku berkeras nak masuk kelas dekan juga.

p/s: mula-mula tak suka, 
lama-lama aku nampak kebaikannya.
ada hikmah pada setiap kejadian yang berlaku di dunia.

* Alhamdulillah, aku gembira.

hikmah buat aku teringat pada hakimah,
tak pernah bersua, tapi namanya pernah bermain di telinga.

ANGKASA sana.

on Tuesday, August 20, 2013


kecewa dengan sikap sesetengah manusia,
boleh aku tinggal di angkasa?

disana tiada pencemaran apa-apa,
disana semuanya bersih saja,
kerana disana
TIADA MANUSIA


p/s:  geram boleh marah,
       sedih boleh menangis,
       kecewa?
       
       aku cuma mampu diam,
       berharap mereka belajar dari ke"diam"an ini.
       sama-sama muhasabah diri,
     
      

PELIK

on Tuesday, August 13, 2013


dari kecik, aku dah biasa dianggap pelik,
tulisan aku tak cantik,
pegang pisau, gunting, pen terbalik,

kidal,
aku tahu itu masa tadika,
cikgu pernah tegur cara aku pegang pensil tak kena,
selalu juga dia tegur sebenarnya,
tapi aku tak boleh buat apa-apa,
memang itu cara yang aku selesa,
budak kelas pandang aku macam aku ni raksaksa.
ma terangkan aku, aku kidal sebenarnya

sekolah rendah,
ada budak sekelas juga macam aku,
dia lelaki, anak cikgu,
orang anggap kami istimewa,
ma aku juga mengajar sekolah yang sama,
mungkin sebab itu persepsi mereka berbeza.

tapi aku tak rasa itu istimewa,
mungkin ya bagi budak lelaki tu, (aku lupa nama dia)
sebab dia ada bakat istimewa,
lukisan dia semua macam bernyawa,
waktu itu, kami baru 6tahun sebenarnya.

7 tahun, aku dah tak bersekolah kat sana,
kembali ke darjah satu buat kali ke 2.
ma tak mengajar di sekolah yang sana,
aku tak lagi dapat layanan istimewa,
tapi sekolah ni semua baik-baik saja,
tapi kerja aku tak sekemas mereka,
comot, tak ada rupa perempuan punya kerja.

darjah- darjah seterusnya,
aku tetap yang pelik dalam kelas yang aku berada,
perempuan kidal, kerja cincai,
ada beberapa cclassmate yang kidal juga,
tapi mereka lelaki,
tulisan comot tak siapa peduli.
aku, selalu kena perli,
kenapa kerja macam lelaki?

masa darjah 5,
aku tak keluar rehat sebab ada kerja,
tengah mengunting,
seorang kawan baru balik dari kantin,
panggil aku dan aku terus berpaling.

"haa, kan betul aku cakap tu mimi",
aku tak faham cerita dan tanya kenapa,
dia cakap, dari jauh dia dah boleh cam yang aku yang tengah buat kerja,
aku tanya macam mana?
dia kata cara aku pegang gunting berbeza.
seingat aku tu kali pertama ada orang anggap itu kelebihan sebenarnya.

sekolah menengah,
aku ada beberapa kawan kidal,
masing-masing pelukis yang handal,
cuma aku tak ada apa yang aku pandai.

tingkatan 2, tulisan aku mula cantik,
tak ada lagi comot sebab dakwat aku seret.

makin lama, orang dah biasa,
minah kidal dalam kelas mereka.
aku pun dah lali mereka nak kata apa.

habis SPM, aku kerja,
jadi customer service di syarikat swasta,
kerja aku menulis untuk pelanggan,
disitu aku jumpa macam-macam ragam.

bermula dari rakan sekerja,
hari pertama, kami makan pagi bersama,
kebanyakkan mereka lelaki, terkejut aku makan pakai tangan kiri,
aku pegang sudu tangan kiri, bukan makan terus dari tangan kiri,
hari itu, aku sedar sesuatu,
mereka tegur hal yang sama, tapi cara mereka berbeza.

Y marah aku suruh aku tukar tangan,
A cuma tanya, aku kidal k? tak boleh tukar tangan ke?
I buat aku tersentuh, dia mulut paling kepoh,
tapi teguran dia buat aku perasan dia tak la teruk mana,
"mimie, tau tak makan pakai tangan kiri tu tak manis ,
ye, I tau mimie kidal, tapi boleh belajar kan?
cuba try, belajar la slow-slow" dan dia terus makan.
aku ingat peristiwa ni sampai bila-bila.

dan sepanjang aku kerja,
pelbagai jenis teguran aku terima dari customer,
ada yang salahkan cikgu,
ada yang salahkan aku,
ada yang salahkan ma dan abah,
ada yang kata cikgu tak buat kerja,
ada yang kata aku degil tak dengar kata,
ada yang kata ma dan abah nak pandai nak didik anak dia.
ada juga aku aku pembersih didapur orangnya,
ada yang tanya aku macam-macam apa aku rasa jadi orang kidal.

bagi aku,
kidal bukan satu kesalahan,
tak perlu salahkan sesiapa ataupun tuhan,

bagi aku juga,
kidal bukan juga satu kelebihan,
mungkin ya bagi sesetengah insan,
tapi aku tak ada apa-apa kelebihan,
tapi dulu, aku boleh makan nasi sambil menulis dalam dewan makan,
biasanya berguna bila nak bayar yuran makan asrama,
penyelia tu susah nak jumpa,
waktu makan je dia selalu tunjuk muka,
tengah makan, nak tulis bil yuran,
biasanya aku tolong tuliskan untuk kawan-kawan.

dan hari ini, 
13 AUGUST,



HAPPY LEFTY DAY's!




COMMENT

on Friday, July 26, 2013





I don't say anything
because you can do nothing. 

I tell Allah everything
because HE may give us best ending .

RAMADHAN

on Wednesday, July 10, 2013




mood nak update entry pasal sibu tergendala pada hari kedua,

dan mood ramadhan datang menjelma.






                                 dan terdetik nak berkongsi sedikit ilmu semoga bermafaat.

                                                    nak puasa jangan lupa niat.
baik niat sebulan terus, nanti takut lupa,

walaupun dah niat sebulan,
masa sahur, niat la jugak untuk sehari-hari.
niat dia?
nah! kat bawah.


yang ni mesti ramai dah hafal.

doa berbuka puasa.
lain dengan doa makan tau.
tapi lepas baca doa berbuka,
baca la doa makan. :)







yang ni mungkin ramai tak alert,

sejujurnya, aku sendiri pun tak alert.
kalau doa selepas makan tu hafal la.
bagi yang tak hafal doa selepas berbuka macam aku ni,
boleh la save, pastu print.
tampal kat meja makan.








sekian perkongsian untuk kali,

semoga bermafaat untuk semua.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.


SWAN CITY #2

on Tuesday, July 9, 2013


Day 2 (1.6.2013)

first morning at sibu.
check out for cheaper hotel seems this it budget holiday

meet christine jane. hudson's sister.

preparation for mengabang

kids there accept us well. *glad

and they are so cute.

while hudson treat his visitors,
we decide to get some rest near to batang igan

such a relaxing place


jane and pika.

p/s: dalam sambutan gawai antu, setiap rumah panjang dalam satu kawasan
akan saling mengujungi  mengikut sistem yang telah dibincang dalam mesyuarat
yang melibatkan setiap tuai rumah.
dan pada hari pertama gawai,
 rumah panjang yang kami kunjungi telah ditetapkan untuk menerima tetamu.
dan, semakin ramai penghuni yang meninggal
dalam satu rumah panjang,
semakin meriah perayaan gawai antu disambut.