KACANG MERAH

on Thursday, September 25, 2014


Kacang Merah.
Benda paling best dalam ABC.

Nak-nak kalau kacang yang dia rebus dulu dengan santan.
Perghhhhh. Memang kaw habis.
Rasa tradisional sangat.

Aku ingat, ada satu masa tu,

Kawan aku kata aku kekampungan 
sbb suka sangat kacang merah.

IDK, I just love it.


Petang tadi,
Deting dengan Ma sambil pekena ABC dekat mall.
And Ma buka cerita.

Time Ma pregnant kan aku dulu,
Hari-hari cari ABC kacang merah.
Kat mane ada ABC ,semua pegi try.
Kalau tak de kacang merah,
Kecewa sampai rasa nak nangis.

Mencari punya cari,
Dari KT sampai Kemaman,
At last, jumpa jugak yang kena dgn selera dkt Kmn.

And now,
I know why I love ABC Kacang Merah so much.

p/s: 
ABC kacang merah paling best pernah pekena is kt Penang.
Zaman matrik dulu, dekat Pekan Kailan.
Sampai sekarang gua ingat lagi nikmat dia.



SURI RUMAH

on Tuesday, September 23, 2014

Sejak sejak menganggur ni,
Aku part time jadi suri rumah.

Haaa, bunyi macam bahagia kan?
Sape kata?

Kemas rumah, laundry, masak untuk lunch.
Macam-macam benda lagi la nak memastikan rumah berseri.

Cite part masak,
bukan senang.
Nak fikir menu,  tgk barang dapur tak complete,
Pegi pasar, belikan.
Balik, masakkan.
Ada yang suka pedas, ada yang takleh pedas.
Kena fikir jugak.
Ada yang tak makan sayur, tak makan ikan,
Pun kena fikir jugak.

Ni bukan cerita aku.
Aku tak serajin ni.
Ni cerita seorang ibu.
Seorang isteri, seorang suri.

Bayangkan, rutin ni dibuat hari-hari,
Penat, Demam semua tolak tepi,
Perut anak, suami kena isi,
Baju mereka kena cuci,
Istana kena berseri.
Tak pernah mereka mengeluh walau sekali.

Tambah lagi, isteri berkerjaya.
Bantu ekonomi keluarga.
Penat mereka berganda-ganda,
Tapi tak pernah nak zahirkan dengan kata-kata,
Senyuman tetap manis di muka.

Besar yang amat, teramat.
Pengorbanan seorang ibu dan isteri.
Mohon anak, suami hargai.
Mohon ringan tulang bantu sekali.

Dan siapa yang rasa nak kawin,
Mohon fikir dua kali.
Bersediakah anda nak lalui semua ni?

p/s: Syurga anak dibawah tapak kaki ibu,
Syurga Isteri di bawah tapak kaki suami.
Fair enough.
SubhanaAllah. :)

LANGIT

on Monday, September 22, 2014



Langit by Yuna.

p/s: Sebenarnya niat dihati
nak settlekan few posts
yang dah lama berkurun dalam draft.
Then, listening to these Yuna's song,
Tak jadi la. Nak layan lagu puas-puas dulu.
So, later yaww.

LAUTAN




Lautan by Yuna.

BICARA





Bicara by Yunalis Zarai

Notes for Future.

on Sunday, September 14, 2014

 I'm not sure if everyone write for future,
But I do that.

I wrote for myself and read it when I feel lazy
I wrote for myself and read it when  I feel Down,

I wrote for my Parent and I read it when I missing them
I wrote for my future husband and has been reading it for years
to avoid me behave disloyal towards him.



Just a soft reminder

MELAKA

on Saturday, September 13, 2014

After messnight,
Gua and Hajar plan nak merayau ke Melaka.

Melaka jadi pilihan sebab dekat,
memandangkan masa limited.
So, tak leh pegi jauh-jauh.
Kalau ada masa panjang,
nak je kami ke rumah naim.
tapi setelah buat kira-kira,
Melaka adalah destinasi terbaik.

So 25hb Ogos bermulalah perjalanan ke
Melaka dari Wisma Transit.
Untuk save bajet, kami follow bas ke KLIA 2.
Bas free, hantar skuad yang nak balik Sarawak.

Sampai KLIA 2, cari tiket dan bergerak ke Melaka.
Oh, masa kt Wisma Transit Aidil dpt tau plan kami nak bercuti ke Melaka.
So, Kami saing la dari sana sampai Melaka.

Sampai di Melaka Sentral, plan nak amek bas je ke Dataran Pahlawan,
Tapi Aidil offer nak hantarkan.
Kami on je, lagipun barang banyak la jugak.
Barang aku la banyak.
Kesian Hajar kena pikul sama.
Thanks Aidil, ayah Aidil yang peramah dan sporting
serta Adik Aidil yang sopan.

Sampai DP, cari hotel, rest, dan start merayau.
Malas cite panjang,
Biar gambar berbicara.

Muzium Samudera,
Tiket masuk tak sampai RM2.
Dalam tu ada banyak lagi muzium, 
boleh masuk guna tiket yang sama.
Takyah beli tiket lain dah.
Sejujurnya gua takut masuk muzium tu.
Dia ada satu perasaan yang lain sikit.
Terutama bila dekat dengan patung.
Rambut dia, kulit dia.
Macam menakutkan sikit.
Tapi buat-buat berani je amek gambar.
haha.

Fefeeling tourist


Sepanjang Sungai Melaka.


Tunggu bas di Menara Jam



Sepanjang Jonker Walk dan cubaan melompat tak jadi.



Taman dekat Menara Taming Sari



Sekitar Bangunan Merah dengan aksi melompat tak jadi lagi.



Kincir angin tepi jalan Masjid Tanah



Sampai Melaka, wajib pekena cendol durian dan cendol special. 

Dari Melaka, kami ambil bas ke Seremban.
Lunch masakan minang dan ambik train ke tempat masing-masing.

p/s:  Overall, tak puas hati merayau kali ni.
Masa limited sangat.
Banyak benda lupa buat.
Next time, kena repeat lagi Melaka.

And gua tak tau kenapa gua suka sangat Melaka,
Mungkin sebab sini ramai orang hebat.
Asal-usul Pahlawan Melayu,
Kerajaan Agung satu ketika dahulu.
There's something special about Melaka.
Selain bab makanan yang sedap la.
Laksa Nyonya, Cendol, Coconut Shake, Cencaluk, Asam Pedas.
Perrgghhhh. Melaka mmg best.

Lepas merayau kali ni, 
gua dapat idea next time 
kalau dari KLIA nak ke arah rawang lagi,
Better amek bas ke Nilai atau Seremban.
Sana lagi senang nak cari barang dan lagi syok nak makan.
Tapi naik train lagi jauh la berbanding KL Sentral.

Some tips to share,
Jangan merayau lepas tauliah,
Pasti akan menyesal bergambar dengan muka burn.
Rajin-rajin jugak check ramalan cuaca before gerak mana-mana.





MANIS

on Friday, September 12, 2014

Jangan kau hidangkan aku dengan kata-kata manis,
Bimbang Percaya terkena diebetis,

Kecewa, Luka tak sembuh,
Hati terpaksa dibuang separuh,

Dan bila Percaya aku dah cacat,
Sesiapa pun dah tak muat.

UBAT

on Tuesday, September 9, 2014


Pernah dengar orang kata? ::

Kenyataan terlalu pahit untuk ditelan.
Dan yang pahit itu ubat.

Jadi,
Yang manis itu apa?
Penipuan?
Penyakit?

After Tauliah

on Monday, September 1, 2014




Ni salah satu contoh.
Tapi hidup dengan orang awam ni lebih sopan.
Ayat bertapis sikit la.

Tak pe, nanti konvo gua cantik.
In Sha Allah.