MELAKA

on Saturday, September 13, 2014

After messnight,
Gua and Hajar plan nak merayau ke Melaka.

Melaka jadi pilihan sebab dekat,
memandangkan masa limited.
So, tak leh pegi jauh-jauh.
Kalau ada masa panjang,
nak je kami ke rumah naim.
tapi setelah buat kira-kira,
Melaka adalah destinasi terbaik.

So 25hb Ogos bermulalah perjalanan ke
Melaka dari Wisma Transit.
Untuk save bajet, kami follow bas ke KLIA 2.
Bas free, hantar skuad yang nak balik Sarawak.

Sampai KLIA 2, cari tiket dan bergerak ke Melaka.
Oh, masa kt Wisma Transit Aidil dpt tau plan kami nak bercuti ke Melaka.
So, Kami saing la dari sana sampai Melaka.

Sampai di Melaka Sentral, plan nak amek bas je ke Dataran Pahlawan,
Tapi Aidil offer nak hantarkan.
Kami on je, lagipun barang banyak la jugak.
Barang aku la banyak.
Kesian Hajar kena pikul sama.
Thanks Aidil, ayah Aidil yang peramah dan sporting
serta Adik Aidil yang sopan.

Sampai DP, cari hotel, rest, dan start merayau.
Malas cite panjang,
Biar gambar berbicara.

Muzium Samudera,
Tiket masuk tak sampai RM2.
Dalam tu ada banyak lagi muzium, 
boleh masuk guna tiket yang sama.
Takyah beli tiket lain dah.
Sejujurnya gua takut masuk muzium tu.
Dia ada satu perasaan yang lain sikit.
Terutama bila dekat dengan patung.
Rambut dia, kulit dia.
Macam menakutkan sikit.
Tapi buat-buat berani je amek gambar.
haha.

Fefeeling tourist


Sepanjang Sungai Melaka.


Tunggu bas di Menara Jam



Sepanjang Jonker Walk dan cubaan melompat tak jadi.



Taman dekat Menara Taming Sari



Sekitar Bangunan Merah dengan aksi melompat tak jadi lagi.



Kincir angin tepi jalan Masjid Tanah



Sampai Melaka, wajib pekena cendol durian dan cendol special. 

Dari Melaka, kami ambil bas ke Seremban.
Lunch masakan minang dan ambik train ke tempat masing-masing.

p/s:  Overall, tak puas hati merayau kali ni.
Masa limited sangat.
Banyak benda lupa buat.
Next time, kena repeat lagi Melaka.

And gua tak tau kenapa gua suka sangat Melaka,
Mungkin sebab sini ramai orang hebat.
Asal-usul Pahlawan Melayu,
Kerajaan Agung satu ketika dahulu.
There's something special about Melaka.
Selain bab makanan yang sedap la.
Laksa Nyonya, Cendol, Coconut Shake, Cencaluk, Asam Pedas.
Perrgghhhh. Melaka mmg best.

Lepas merayau kali ni, 
gua dapat idea next time 
kalau dari KLIA nak ke arah rawang lagi,
Better amek bas ke Nilai atau Seremban.
Sana lagi senang nak cari barang dan lagi syok nak makan.
Tapi naik train lagi jauh la berbanding KL Sentral.

Some tips to share,
Jangan merayau lepas tauliah,
Pasti akan menyesal bergambar dengan muka burn.
Rajin-rajin jugak check ramalan cuaca before gerak mana-mana.





0 comments:

Post a Comment