BUAT SERIUS

on Thursday, September 26, 2013




minggu ni busy giler, 
memang banyak kerja,
internet pulak taknak kerjasama,
anggap ini semua dugaan nak berjaya.

tapi ada satu peristiwa,

aku nampak dia tarik tangan dia,
mungkin taknak dia ke tempat aku berada,
kemudian kata-kata berbau benci
atau mungkin dengki dilemparkan oleh mereka
tapi buat tak endah saja,
aku tak kacau siapa-siapa
persetankan mereka

tapi mereka tak perasan yang bersama aku ada lagi sorang kawan,
mungkin taknak tunjuk mereka sebenarnya setan,
mereka datang kononnya bertegur-teguran.
ya, baik punya lakonan.
tahniah kawan.

tapi kenapa aku tak terasa,
oh, mungkin sebab aku dah tak ambil tahu hal mereka.
buatlah apa kalian suka, 
heretlah sesiapa saja,
aku ada banyak kerja,


p/s: dan terima kasih buat aku kenal siapa kawan
 yg susah senang bersama.


skrg ramai betul spesis bahagia diam-diam,
dah susah baru nak cari, kononnya kawan.



HABIS CERITA

on Thursday, September 19, 2013




tawar,

tak ada rasa.

tak kisah dulu kau siapa,
tak kisah apa kita lalui bersama,

sebab,
tak kisah bermakna tak kisah.

dan habis cerita.

BUKAN SALAH DIA

on Wednesday, September 18, 2013

tengok muka dia, 
teringat semua apa yang aku pernah kena,

ini masa dia,
masa yang aku rasa aku boleh balas semuanya,

tapi, bila tiba masa,
bila muka itu depan mata,
aku tak boleh bagi dia apa-apa,

hati aku kata itu semua bukan salah dia,
kepala aku teringat balik apa aku rasa masa aku kena,
tak suka,
sangat tak suka.

lagipun masa aku sama taraf dengan dia,
aku pernah berjanji taknak buat perkara yang sama macam mereka,

tapi, bila aku setaraf mereka,
kecik besar, kecik besar je aku tengok dia.

selagi mampu,
ingatkanlah aku,
"bukan salah dia"
dia tak perlu rasa.

dendam, saka? 
sampai bila tak ada kesudahannya.

p/s: mungkin aku yang perlu berkorban
supaya saka ini tak lagi berterusan

HIKMAH

on Thursday, September 5, 2013


aku yakin yang ramai percaya bahawa,
setiap yang berlaku ada hikmahnya.

tapi bila musibah menimpa,
atau terjadi perkara yang kita tak suka,
yang kita tak jangka,
kita lupa apa yang Allah kata,
bahkan persoalkan pula kenapa terjadi itu semua.

nak berkongsi cerita,
sem lepas aku tak dapat sekelas dengan sahabat-sahabat semua,
sebab utama line kau tak berapa nak berdaya saing masa itu sebenarnya,
sebab kedua, mungkin mereka lupa.
tak salah mereka kalau ya mereka lupa.
mereka dah ada kawan-kawan baru yang lebih baik dalam segala benda,
sebab ketiga aku nak masuk kelas dekan juga sebenarnya,
dan kosongkan jadual hari rabu sebab taknak pakai uniform formal.
disebabkan masing-masing ada rancangan sendiri,
kami tak sentiasa bersama lagi.

mula-mula aku tak selesa,
sebab aku bukan jenis ingat kelas dimana, pukul berapa,
lagi sebab aku bukan jenis nak berapa alert pada kerja,
dari sem satu, mereka yang selalu ingatkan aku assingment apa yang ada, dan duenya bila.
kerja berkumpulan, memang kami bertiga takkan berpisah selamanya.

tapi Alhamdulillah,
group assingment  semua lecturer yang tentukan ahlinya,
nasib menyebelahi aku bila mereka semua satu kepala,
bahkan boleh dipanggil kawan juga,
ikhlas bila buat kerja, sama macam sahabat aku juga.
nak dijadikan cerita,
list supervisor FYP ditampal pada papan berita,
ramai kenalan baru sama supervisor.
kalau dulu aku tak masuk kelas tu, aku tak kenal mereka.
cuti ini, text sentiasa diterima mengingatkan tentang FYP yang bakal menjelma.

aku juga lebih berdikari,
ingat jadual waktu kelas sendiri,
aku tampal besar-besar setiap assingment yang diberi,
aku lebih pandai mengurus diri,
aku lebih yakin nak hadapi tahun 3 nanti,
bila masing- masing dah busy,
semua benda kita perlu urus sendiri.

kini aku nampak hikmahnya,
walaupun dulu aku agak kecewa,
tapi itu pilihan aku jua,
aku berkeras nak masuk kelas dekan juga.

p/s: mula-mula tak suka, 
lama-lama aku nampak kebaikannya.
ada hikmah pada setiap kejadian yang berlaku di dunia.

* Alhamdulillah, aku gembira.

hikmah buat aku teringat pada hakimah,
tak pernah bersua, tapi namanya pernah bermain di telinga.