HIKMAH

on Thursday, September 5, 2013


aku yakin yang ramai percaya bahawa,
setiap yang berlaku ada hikmahnya.

tapi bila musibah menimpa,
atau terjadi perkara yang kita tak suka,
yang kita tak jangka,
kita lupa apa yang Allah kata,
bahkan persoalkan pula kenapa terjadi itu semua.

nak berkongsi cerita,
sem lepas aku tak dapat sekelas dengan sahabat-sahabat semua,
sebab utama line kau tak berapa nak berdaya saing masa itu sebenarnya,
sebab kedua, mungkin mereka lupa.
tak salah mereka kalau ya mereka lupa.
mereka dah ada kawan-kawan baru yang lebih baik dalam segala benda,
sebab ketiga aku nak masuk kelas dekan juga sebenarnya,
dan kosongkan jadual hari rabu sebab taknak pakai uniform formal.
disebabkan masing-masing ada rancangan sendiri,
kami tak sentiasa bersama lagi.

mula-mula aku tak selesa,
sebab aku bukan jenis ingat kelas dimana, pukul berapa,
lagi sebab aku bukan jenis nak berapa alert pada kerja,
dari sem satu, mereka yang selalu ingatkan aku assingment apa yang ada, dan duenya bila.
kerja berkumpulan, memang kami bertiga takkan berpisah selamanya.

tapi Alhamdulillah,
group assingment  semua lecturer yang tentukan ahlinya,
nasib menyebelahi aku bila mereka semua satu kepala,
bahkan boleh dipanggil kawan juga,
ikhlas bila buat kerja, sama macam sahabat aku juga.
nak dijadikan cerita,
list supervisor FYP ditampal pada papan berita,
ramai kenalan baru sama supervisor.
kalau dulu aku tak masuk kelas tu, aku tak kenal mereka.
cuti ini, text sentiasa diterima mengingatkan tentang FYP yang bakal menjelma.

aku juga lebih berdikari,
ingat jadual waktu kelas sendiri,
aku tampal besar-besar setiap assingment yang diberi,
aku lebih pandai mengurus diri,
aku lebih yakin nak hadapi tahun 3 nanti,
bila masing- masing dah busy,
semua benda kita perlu urus sendiri.

kini aku nampak hikmahnya,
walaupun dulu aku agak kecewa,
tapi itu pilihan aku jua,
aku berkeras nak masuk kelas dekan juga.

p/s: mula-mula tak suka, 
lama-lama aku nampak kebaikannya.
ada hikmah pada setiap kejadian yang berlaku di dunia.

* Alhamdulillah, aku gembira.

hikmah buat aku teringat pada hakimah,
tak pernah bersua, tapi namanya pernah bermain di telinga.

0 comments:

Post a Comment