JUMPA

on Tuesday, July 15, 2014
Aku jumpa,
Ada yang kerja untuk keluarga.
Belum berumahtangga tapi sara kakak dan adik di india sana.
Sekarang dia akauntan, dulu dia buat macam-macam kerja.
Macam-macam sampai tak terkira katanya.
Sambil-sambil kerja, dia sambung belajar, dan berhijrah.
Alhamdulillah, nasib dia dah berubah.
Tapi dia tak berapa gembira,
Bulan 11, bakal terbang ke UK,
Dapat tawaran kerja di sana.

Aku jumpa,
Lulusan master.
Enam bulan menganggur selepas kerja terakhir,
Selepas ada master, dia buat beberapa kerja.
Tapi semua dalam setahun dua saja.
Ada yang dia tak mahu teruskan sebab bayaran tak seberapa,
Ada yang tak mahu sambungkan kontrak dia.
Bila simpanan dah tak ada,
Hutang kad kredit dah cecah limit.
Dia buat ape saja kerja.
Dia dah cukup gembira berbanding tak da buat apa.

Aku jumpa,
Full timers.
Ada yang dah berumah tangga,
Ada yang masih single.
Ada yang tgh pjj sambung Phd juga.
Minggu lepas, 6 orang assistant manager resign,
Bayaran tak seberapa alasan mereka,
Tapi yang masih ada,
Kebanyakkan gembira dengan bayaran yang diterima,
Kata mereka, kerja tak la se”tough” mana.
Ye. Gaji mereka berbeza.
Job specification juga tak sama.
Yang aku tahu, budak Phd tu,
RM 2500 basic dia, tak masuk imbuhan apa-apa.
Sebulan dia boleh dapat RM 3+++ juga katanya.
Hari-hari dia datang kerja dgn ceria.

Aku jumpa,
Part timers.
Ada budak lepasan SPM,
Ada budak lepasan STPM,
Ada budak kolej swasta berdekatan,
Ada dah ada kerjaya,
tapi ada masa datang buat kerja sambilan juga,
Mungkin sbb nk luang masa lapang dgn kawan-kawan sambil jana kewangan.
Kebanyakkan mereka gembira.
Mungkin sebab ini pilihan mereka.

Aku juga jumpa,
Budak intern.
Dari macam-macam institusi.
Bayaran semua sama.
Kerja berbeza, ikut department mana.
Ada yang gembira, ada yang tak rela,
Ada juga yang cabut lari lepas sehari mula,
Intern kena kerah mcm buruh paksa,
Ambil kesempatan mentang-mentang bayaran tak seberapa,
Tapi kebajikan intern paling terjaga.
Cuti, Waktu kerja, semua dijaga.

Mereka yang aku jumpa,
Buat aku terfikir manusia kerja untuk apa?
Ye duit, untuk terus hidup.
Berbaloi ke dapat gaji lumayan, tapi kerja jiwa tak layan?
Atau lebih berbaloi kerja jiwa boleh layan tapi bayaran tak lumayan?

Aku rasa ,
tak mewah takpe,
yang penting kita gembira,
makan cukup saja,
ada masa layan jiwa,
ada masa beramah mersa dengan keluarga, jiran tetangga,
ada “life” orang kata.

p/s: hidup untuk dinikmati,
bukan untuk jadi hamba abdi.
Hidup itu sendiri pun tak abadi.





0 comments:

Post a Comment