Rindu

on Saturday, July 12, 2014


teringat.
perkataan yang aku selalu guna.

ada satu masa,
aku cerita pada kawan baru aku teringat banyak benda,
makanan, kawan-kawan di sana selalu terlintas di kepala.

dan kawan aku kata,
"aku tau ko rindu kenangan tu semua" 
ayat dia buat otak hang sesaat dua.
itu perkataan yang sempurna 
nak gambarkan apa yang aku rasa.
rindu.
ya, aku rindu.

aku rindu banyak benda,
keluarga, geng sekepala, makanan memikat selera.
dan bila terlalu layan rindu itu,
sedih datang sampai aku keliru.
rindu itu sepatutnya tanda bahagia atau duka?

kalau boleh,
aku nak packing semua benda,
takkan aku tinggal satu pun perkara,
termasuk tapak kaki di mana saja aku pernah berada,
semua aku bawa bersama,
supaya semua ada dengan aku selamanya.

tapi.
tak ada daya,
tak mampu nak bawa semua benda bersama selamanya,
"masa tak boleh undur" ayat kawan aku yang kedua,
dia betul. walau ayat dia biasa, 
tapi bermakna dan mampu buat hati kembali selesa.

yang aku pasti,
aku tak menyesal dengan semua yang pernah dilalui,
sebab semuanya akan kekal dalam memori,
sebagai kenangan manis di universiti.

p/s: subcribe je broadband,
terus buka blog.
rindu blog. (T-T)




0 comments:

Post a Comment