JAUH 2013

on Wednesday, March 27, 2013




aku suka bermain dengan jauhnya jarak,
jarak bukan soal, jika hati saling mengingati.

kian menjauh, usaha merapati
agar ukhwah kemas terpatri


jauh,
banyak mengajar aku soal kehidupan,
aku belajar budaya,aku belajar bahasa,
pelbagai juadah aku dapat rasa.
keindahan ciptaan tuhan,
terbentang di penglihatan.



selama berjauhan,
paling diuji ialah berdikari,
menguruskan ekonomi sendiri,
bagaimana perut diisi,
bagaimana masa dimanfaati.



dalam kejauhan,
kawan-kawan mengantikan family,
pelbagai jenis rakan ditemui,
ada sanggup berkongsi susah dan senang,
tapi dia sukar ditemui,
walaupun saat sukar ditempuhi bersama beberapa kali,
jangan mudah menganggap sesiapa kawan sejati,
tidak mustahil, saat anda tiada apa-apa untuk dikongsi lagi,
dia akan menjauhi,,mengisi keperluan diri sendiri.



lumrah kejauhan,
akan wujud satu perasaan,
terkenang-kenang orang di halaman,
mengidam pelbagai juadah tempatan,
namun, terpaksa dipendamkan,
nafsu kehendak terpaksa dilawan,
saat ini tiba, semangat harus dikuatkan,



kejauhan memerlukan pengorbanan,
takala lemah dalam berkorban,
ingat niat asal berada dikejauhan,
disamping mencari keseronokkan,
jangan sampai harapan orang halaman dikecewakan.



p/s: rasa macam homesick. :(




0 comments:

Post a Comment