Stay Strong

on Wednesday, January 15, 2014


bila kita nak buat baik memang banyak dugaan,
ini bukan kali pertama kan?
semoga kau tak ubah fikiran,
sebab aku rasa kau dah jumpa jalan kebenaran,

perbuatan mereka mungkin tak mengalakan,
tapi kau faham kan yg mereka tak menghalang.
mereka cuma tak tau apa perkembangan,
dan cuba berlagak jadi tuhan,
tanpa apa perbincangan,
jalankan hukuman.

fizikalnya mungkin kau nampak lemah,
tapi tau tak jiwa  kau sebenarnya gagah.
masih berdiri walau setiap ceruk menomah,
berani mengaku kau salah,


tapi yang salah tetap salah.
kau tewas dengan nafsu serakah.
harini mungkin perasaan itu indah,
tahun mendatang,semoga menyesal tak sudah.

pertama kali itu kesalahan,
kedua kali itu pilihan.
perjalanan hidup adalah pilihan,
pilihan itu terletak ditangan.

kawan,
andai esok permulaan bagi tahun mendatang,
aku ingatkan, tuhan itu maha perngampun dan penyayang.
Selagi matahari masih terbit mengikut kebiasaan,
Selagi itu kau masih berpeluang.

kalau tuhan menerima taubat hambaNya,
tiada manusia layak menolak hambaNya yang bertaubat.


p/s: habis idea. lain kali sambung
idea datang lagi,
selepas setahun dua bulan sembilan hari
selepas kenal dengan lebih dalam lagi.

0 comments:

Post a Comment