HAPPY BIRTHDAY BAD BOY.

on Saturday, August 29, 2015

\

It's your birthday,
But you are the one that wish me on 12.00am.

I can't promise anything,
I can't promise you forever.
I can't promise you happiness.

I'm honestly pray the best for you,
May you get the best in life.
Although it's not me.

All the best bad boy.

P/s: Al-fatihah is my birthday gift for you.
*I know will never read this. 3:)


Biasa

on Monday, June 1, 2015

Ada satu masa,
Kita biasa luang masa bersama,
Lama-lama,
Jadi terbiasa.

Sampai satu masa,
Biasa dah jadi tak biasa,
Mungkin dah bosan gamaknya,
Atau kau ada yang lain yang lebih jelita?
Pujuk hati, aku anggap kau banyak kerja.
Lama-lama,
Tak biasa dah jadi biasa.

Cuma nak kata,
Kau jangan datang semula,
Sebab aku dah biasa kau tak ada.





Let it go

on Monday, April 6, 2015

pergilah ke mana saja kau mahu,
jumpalah siapa saja kau mahu bertemu,
buatlah apa saja asal kau gembira.

kerana aku percaya,
kalau sayangkan manusia,
lepaskan dia.

andai dia tak kemana,
andai dia kembali semula,
dia akan tinggal dengan hati rela,
dan dengan harapan, dia akan setia.

makin lama makin sedar,
tak perlu kaya,
tak perlu berupa,
cukup sekadar setia.




Janji Kerak Nasi

on Wednesday, April 1, 2015


hati yang cuma sekeras kerak nasi,
kau jirus dengan janji manis setiap hari.

hari-hari,
lembut juga nanti.
malangnya, janji kau bukan janji pasti.

jadi,
aku cuma minta kau berhenti.

aku tak perlukan janji,
cuma percaya pada bukti.


Leting

on Monday, March 30, 2015

senyum,
gaya,
cara,
ayat,

manis.

bagaimana manisan melekat di tekak,
sebegitulah semua kemanisan kau melekat di otak

bagaimana diwar-warkan bahana manis untuk manusia,
sebegitulah juga aku war-warkan pada jiwa.

kau terlalu manis untuk aku,
sebagaimana kau terlalu baik untuk aku.


p/s: tekak aku suka tawar,
mungkin bila aku lebih manis,
kau akan jadi tawar.


*" leting" is redundant word for sweet in Tranung dialect
Normal use : "manis leting" = too sweet