LAST ANNUAL CAMP

on Tuesday, February 4, 2014


annual camp,
satu perkataan yang akan mengudang pelbagai perasaan,

sebelum mula,
jiwa tak rela,
sebab tahu perjalan sepanjang camp itu adalah neraka

semasa camp,
sakit, perit, penat, tenat tak dapat nak dicerita,
sumpah ikrar kesatria kelima,
menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya.

selepas camp,
pastinya semua gembira,
tamatnya tempoh diseksa dineraka dunia
tapi beza dengan annual camp pertama dan kedua,
ini adalah annual camp ketiga,
annual camp terakhir buat kami semua.
dalam gembira, sedih juga dirasa,
menyedari detik perpisahan bakal tiba,



gembira, sedih semua jadi satu,
gembira annual camp terakhir berjaya diharungi,
pedih, perit, sakitnya camp itu,
sama-sama kami rasai.

dalam masa yang sama,
sedih juga turut dirasa,
menyedari ini camp terakhir bersama,
lepas berpisah, entah bila dapat jumpa,
setelah 3tahun sama-sama diseksa,
kami dah macam keluarga,

walaupun tiada bertalian saudara,
walaupun berbeza bangsa dan agama,
kami satu keluarga,
sila percaya walaupun aku sendiri sukar untuk percaya.
mereka yang pada mulanya bukan sesiapa,
mereka pada mulanya cuma orang asing saja,
kini sayang pada mereka tak dapat diungkap dengan kata-kata,

mungkin kata-kata sayang itu tak lagi perlu,
hati kami semua dah jadi satu,
semua dapat rasakan wujudnya sayang itu.
dan sayang ini, cuma ada satu, cuma untuk kamu-kamu.

hidup cuma sekali,
pengalaman ini juga cuma sekali,
berani potong jari,
takkan ada sesiapa sanggup lalui semua ini lagi,
jadi, cuma ada satu ruang dihati,
yang ada kamu-kamu yg disayangi,
yang takkan ada sesiapa dapat ganti,
kamu-kamu akan sentiasa dihati,

kini, cuma menunggu detik 
23/8/2014.
hari pentauliahan,
hari perpisahan.


p/s: ada satu sem lagi,
luangkanlah masa dengan berkualiti

first time kena marah sebab dapat markah tinggi,
takpe, dengan orang mabuk jgn ambil hati

0 comments:

Post a Comment