JUST DOIT

on Saturday, November 17, 2012


Duit,
Memang tak mampu beli segala-galanya,
Namun,Segala-galanya perlukan duit.

Kerana duit,
Dunia boleh huru-hara,
Negara boleh porak-peranda,
Keluarga boleh putus saudara,
Sihir-menyihir antara mereka,

Ini bukan cerita drama bersiri,
Aku pernah dengar cerita sebegini,
Kisah orang yang pernah aku kenali,
Sebab semua ini terjadi?
hanya sebab duit yang tak boleh dibawa mati.

kerana duit,
keturunan boleh putus saudara,
apatahlagi yang tiada kena mengena,
boleh jadi perang dunia ketiga.

Sebenarnya,
duit tak perlu nak berkira,
Ada buat cara ada, Tak ada duduk diam sahaja,
Tak perlu nak ambil orang punya,
Tak perlu nak pinjam sini sana,
Kita merasa apa kita punya saja,

Takkan wujud along,
Takkan wujud loan,
Takkan ada sesiapa kena potong.

Bila mula berkira,
Itu punca berperang sebab harta.


p/s: kalau duit boleh beranak, aku bela banyak-banyak

0 comments:

Post a Comment