KENCANG

on Thursday, November 8, 2012
sembang,
sekencang manapun kau sembang,
kalau hanya berani sembang belakang,
hanya kencang depan kawan-kawan,
takkan ada siapa goyang,

silap hari bulan,
kawan-kawan pun boleh bengang,
boleh naik bosan,sembang punyalah gebang,
tapi satu pun tak mampu buktikan.

segala yang kau gebang, kami dengarkan saja,
walaupun diam, tak bermakna kami percaya,
kerana apa yang kau buat,  langsung tak serupa seperti yang kau cerita.
kami pilih percaya apa yang kami nampak dengan mata,
bukan percaya bulat-bulat cerita yang kau reka.

mungkin aku patut cakap ni semua depan muka,
tapi aku kenal, kau bukan jenis dengar kata,
kau lah manusia yang betul belaka.
orang lain semuanya celaka


p/s:  tak perlu nak nampak pandai serba serbi,
       yang penting tak nampak bodoh abadi.







0 comments:

Post a Comment