KERING HATI

on Tuesday, October 9, 2012

memang aku tidak secantik puteri,
memang juga aku tidak semulia bidadari,
lebih pasti, aku memang tidak berbakat untuk menyanyi,
apatah lagi untuk mengubah lagu sendiri,


aku hanya insan yang egonya tinggi,
lebih tinggi dari ketinggian diri sendiri,
yang faham apa itu hasad dengki,
sedang belajar memahami permainan duniawi,
yang kenal siapa sahabat sejati,

bukan kerana aku memang sempurna semenjak azali,
bukan juga kerana aku baca kamus dwibahasa pelbagai versi,
tapi kerana pengalaman hidup yang mengajar aku semua ini.

aku bukan pelakon drama bersiri,
tidak pandai bermekap seperti penghias majalah dewi,
namun, pura-pura perlu untuk mengawal situasi.



those smiles, peaces and linked hand was just a past.


 p/s: tiada guna terus bersahabat jika saling menyakiti, 
masing-masing sudah selesa dengan privasi sendiri,
aku juga sudah lali hari-hari mencuci
 sambil memaki-maki.




0 comments:

Post a Comment