PEPATAH

on Monday, October 22, 2012

JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN.

bila terfikirkan pepatah melayu ni,
 aku sangat kagum dengan orang zaman dulu kala,
pepatah yang mereka cipta, memang semuanya benar belaka,
semuanya berguna dalam perjalanan hidup manusia,
mungkin dicipta sebagai peringatan untuk orang muda.
orang muda yang masih alpha dan mentah dalam urusan dunia.
orang muda yang masih suci dari permainan keji duniawi.

lebih kagum lagi, mereka mencipta bukan kerana nama,
tiada satu pun pepatah melayu di"credit"kan atas nama sesiapa,
tiada siapa tahu setiap pepatah itu siapa tuan punya,
semua itu dicipta untuk peringatan bersama.
betapa "humble"nya kaum aku, kaum yang bergelar melayu.

berkenaan pepatah diatas,
aku yang cetek ilmu dunia dan akhirat ini ingin terdetik ingin mengulas,
setakat perjalanan hidup aku yang belum sampai 20 tahun bernafas,
aku percaya hidup ini tidak ubah seperti sebuah persembahan pentas.

kenapa dan mengapa,
lain kali sahaja aku utarakan alasannya.

p/s: entry ni contoh scene suspen.


0 comments:

Post a Comment