PEPATAH 2

on Saturday, October 27, 2012


aku percaya hidup ini tidak ubah seperti sebuah persembahan pentas.
hujah bernas menyokong kenyataan diatas??
tidak dapat aku sertakan , tiada dalil ataupun nas.
ini cuma pendapat aku yang belum cukup 20 tahun bernafas.


dalam pementasan realiti dunia ini,
manusia yang pelbagai ragam dan kerenah inilah krunya,
ada yang glamour beraksi di depan kamera,
ada yang cukup sekadar bekerja di belakang takbir sahaja,
aku tidak pasti apa yang membahagikan mereka kepada dua ketagori.


beraksi di depan kamera itulah anak wayang,
biasanya pengarah lebih sayang, apa pengarah minta,
itu yang perlu mereka tayang.
aku juga tidak pasti apa yang membuatkan mereka layak bergelar anak wayang,


mungkin wajah yang tampan dan badan menawan,
mungkin cukup sekadar bakat yang dianugerahkan,
ataupun wang ringgit yang disogokkan ,
mungkin usaha dan minat yang ditunjukkan,
mungkin juga tahap pendidikan.


kru drama kehidupan ini pula bertungkus lumus di belakang takbir,
baju tak perlu cantik, gincu tak perlu dibibir,
kelayakan? mungkin cukup sekadar bertanggungjawab dan berdisplin,
tak perlu susuk badan menawan, tak perlu berdahi licin,
nampak macam kuli,tapi ketiadaannya semua pun takkan menjadi.


tak kira siapa lebih penting, semua perlu buat kerja masing-masing,
semakin lama shooting,semakin banyak scene,
tiada siapa tahu bila dan bagaimana persembahan ini punya ending.


p/s: 

ini bukan ideologi,
ini hanya pandangan peribadi
insan yang masih mentah dalam permainan duniawi.





































0 comments:

Post a Comment